fm

Memaparkan catatan dengan label Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku. Papar semua catatan

Khamis, September 05, 2013

Sudah berpunya.....

25 OGOS 2013 adalah tarikh aku sudah resign dari kelab bujang. Register kelab suami penyayang pulak pas ni....

Rabu, Jun 05, 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru... 

Selasa, Januari 22, 2013

SIBUK!!!


Isnin, November 21, 2011

Cetakan Kedua

Klik untuk besarkan gambar

@ Ini buku saya untuk cetakan yang kedua. Saya terbitkan semula untuk tatapan pelajar-pelajar saya terutamanya untuk ahli Kelab Jurnalistik sekolah. Cetakannya terhad, cukup-cukup terhad. Sudah habis dijual pada hari saya mempromosikannya kepada pelajar.
@ Kandungannya sama sahaja, cuma ubah suai kulit hadapan dan sedikit dari kata-kata aluan saya.
@ Bagi yang mahukannya, maaf sebanyak-banyaknya kerana buku ini sudah habis.......

Selasa, Mei 10, 2011

Aku Dan FB (;-D)

Anda sudah lama tidak ke Facebook. Anda telah menerima makluman semasa anda tiada.
1 mesej    11 foto ditanda        28 permintaan menjadi rakan

Kepada sesiapa yang mahu 'add' saya, pesanan saya.....lupakan sahaja hasrat tu kerana saya takkan tambah sesiapa lagi jadi kawan saya. Bukan tak mahu, cuma tak dapat nak bahagikan masa untuknya. Ok....Apa pun terima kasih kerana sudi nak 'add' saya...saya takkan 'add' sesiapa pun...

Rabu, September 22, 2010

Raye oh Raye (7 tahun menanti)

Alhamdulillah, pada 8 September 2010 (2 hari sebelum raya), saya dapat pulang ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara. Dah tujuh kali raya puasa saya menyambutnya hanya bersama kawan2 di luar  negara. kali ni barulah berpeluang merayakannya bersama yang tercinta.

Macam biasalah kalau raye puasa, semua keluarga saya akan beraye di Melaka, kamung mak ayah saya iaitu di Kampung Kuala Linggi. Rumah wan aku (yang satu-satunya maka ayah orang tua aku yang masih hidup) jadi hala tuju aku pada hari kepulangan tersebut. mak aku cakap ade bas dari Port Dickson ke Kuala Linggi, jadi aku dari Seremban naik bas ke PD. Sampai kat PD cari la bas ke kampung aku tu, tapi malangnya perkhidmatan bas ke sana sudah lame stop mungkin sebab orang takde kot....so, kalau bas dah takde, camne nak balik kampong ni???

Saya tanye2 la driver bas yang ade kat situ, die yang cakap sendiri bas ke sana dah takde lagi n kalau nak pegi juga, boleh naik bas ke Pasir Panjang dulu then naik teksi atau prebet sapu ke KL (kuala Linggi la). Pasir Panjang??? Mane la pernah sampai sana! Sampai kat PP, turun kat pekan kecil PP tu macam pelanduk masuk kampung n tak tau nak ke mana n wat pe. tanye punye tanye orang akhirnya ade la sorang pakcik yang kebetulan berniaga di tepi jalan tu sudi bawa saya sampai betul2 depan rumah wan saya. Alhamdulillah...lega hati aku . Terima Kasih banyak2 kat Pak cik tu sebab bantu aku pulang. Barakallahu fi umrik.....

Duk umah wan saa tu x best sebab x de geng. Wan saya tinggal sorang2 je umah tu. Rumah mak cik aku kat depan tu je jadi hari mantai, sebab family saya x balik lagi, saya tolong2 la diorang masak. petang baru la kaum kerabat memenuhi rumah wan yang kecik tu. ade la dalam 30 orang kot dalam rumah yang ade dua bilik je, 1 dapur, n satu bilik mandi tanpa tandas (nak ke tandas pegi rumah depan). Sebaik la ade ruang tamu yang agak besar. Boleh la muat2 untuk semua orang yang ade hari tu.

P/s: tahun ni tak beli baju raye. pakai aje jubah yang ada yang dibeli 3 tahun lepas. Orang bukannya perasan n nak tengok pun baru ke tak. Tunggu 2-3 kali raye baru beli baju raye baru kot....Duit raye pon x dapat nak eri kat sanak saudara sebab x de bujet. Baru sebulan keje manela nak ade duit banyak.....

Selasa, Ogos 24, 2010

Protokol yahudi

DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...moga2 diri kita, zuriat kita, ahli keluarga, keturunan kita tidak terjebak spt mana yang akan sahabat2 lihat di entry di bwh ini...


Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara.... 

1.. Song.... 
      Lagu-lagu yang menghiburkan.. jika ada anak-anak yang tak tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya s uda h Yahudi.... Hingga kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu? 

2. ..Sex..... 
      Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex.. filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah muda h didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah...... 

3. ..Smoke.... 
      Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi b uda ya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date".. Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu.... 

4. ....Sport... 
       Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.. bukan yang bermain sahaja tak sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GO L .... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan.. sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah,.. 

5. .. Fun.. 
      Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan.... Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi.... 

6.... Female... 
      Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta... di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi bersorak lagi..... 

7...Fashion.... 
      Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.... Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam suda h jadi macam Yahudi.... 

8. .. Food. 
      Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan... Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check... halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi... Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi... 

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi....  oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah...... 

Ahad, Ogos 22, 2010

Catatan Kerja 2

Minggu ke 3 bekerja. Banyak yang perlu difahami dan diteliti dengan baik. Beban kerja semakin bertambah. Sabtu lepassaya menghadirimesyuarat bersama semua guru-guru sekolah. Alhamdulillah, banyak benda yang saya ketahui, faham dan akan laksanakan.

Duk kat bilik warden kadang2 membosankan. Yelah, duk sorang2, ngadap buku laporan sambil tengok tv. Bosan bukan sebab keje tapi x de geng nak borak2. Takkan la asyiknak mel;ayan budak2 je...lagi boring n sakit hati. Pepehal pon keje tetap keje n mesti diteruskan. Tu bukan masalah besar.

Semalam (Ahad), untuk aspura saya telah mengadakan satu operasi gerak gempa untuk membersihkan kawasan adalam asra tu sendiri. Seperti yg aku cakap sebelum ni, bilik budak2 ni macam kapal karam. Tambah lagi macam duk sarang tikus n tempat pembuangan sampah. Memang teruk. Mengucap panjang kalo tengok. Jadi aku ambilsatu tindakan untuk mengarahkan budak2 ni bersihkan betul2 bilik diorang. Mula jam 8 pagi sampai 12 tengahari. Ambik ko. Tebungkang sampai terlewat solat zohor sebab tertidur kepenatan.

Dah abis sesi gotong royong tu, diorang rasa kagum dengan ketenangan yang diorang tengok dalambilik diorang tu. Saya plan n ubah kedudukan beberapa alatan macam katil, almari baju n almari buku. Senyum je diorang lepas tu. Aku pun letih gak lepas tu. Bantai 2 jam aku tido petang tu.

Minggu depan sambung lagi operasi ni.

p/s:Bile cuti ek...aku nak gak balik umah....huhu....
- Hari ni keje aku tambah lagi satu. - Jadi tukang masak untuk sahur budak2 ni. Pagi tadi kene masak telor goreng kul 5 pagi. Kene bayar lebih ni....

Rabu, Ogos 11, 2010

Mula Bekerja

Alhamdulillah...permohonan saya untuk mengajar telah diterima dan secara rasminya telah mula bertugas pada 2 Ogos yang lalu tapi baru petang kelmarin 10 Ogos  dapat punch card. Tapi yang sebenarya, 9 hb baru lapor diri. Jawatan aku sebagai pengajar dan warden asrama.

Opsss...lupe, aku ngajar di SRI Seremban untuk sekolah menengah. Sekolah ni sekolah swasta. Kemudahannya bagi aku ok la walaupun x sehebat sekolah kerajaan yang lain. Dari segi pelajaran, ada subjek khusus bahasa arab yang mengikut silibus dari negeri-negeri lain seperti kelantan, Selangor, dan sebagainya selain subjek untuk PMR dan SPM. Mean ada lebih kurang 20 subjek yang diorang ambil untuk setiap kelas.

Baru dua hari bertugas dah masuk bulan Ramadhan. So, sebagai seorang warden yang masih tak tahu nak wat ape ni, tanye2 la guru-guru lain n student ana wat ape. Banyakla gak yang perlu aku susun n gerakkan. Alhamdulillah setakat ni student x susah untuk dikawal coz diorang tahu nak wat ape n boleh buat keje tanpa diarah. Cuma kalau ade ape2 hal2 tertentu saje aku arah student. Yang dudukdi asrama tak ramai pon dalam 28 orang je pelajar lelaki. Keseluruhan student x tau la berape ramai tapi memamg ramai la.

Harapan aku agar aku boleh kekal dan bertahan lama di sini serta dapat menjalankan amanah dengan baik kepada agama, bangsa dan negara. Amin ya Rabb.... :-)   Semoga cita-cita dan impian aku akan terlaksana bermula dari ini.....

Rabu, Ogos 04, 2010

Dalam Dilema

Kerja...kerja...kerja...

Saya tersepit antara dua pilihan. Antara peluang dan kehendak. Saya diberi peluang dan tawaran untuk mengajar dengan gaji yang boleh saya katakan 'bolehlah untuk permulaan ni'. Satu lagi ialah dalam bidang pentadbiran di Jabatan Kerajaan dengan elaun yang sekadarnya tanpa tempat tinggal dan pengangkutan. Tapi saya suka bidang ni. Satu yang diminta untuk tetap dan satu lagi sementara.

Pilihan ini membuatka saya betul-betul gelisah dan tertekan. mahu tak mahu salah satunya mesti di pilih dan dijadikan keputusan muktamad. Kedua-dua pilihan tersebut ada pro kontra yang agak seimbang. Setelah mendapatkan pandangan dari beberapa individu tertentu yang dipercayai, pilihan saya kuat pada satu pilihan yang mempunyai risiko yang agak kurang. InsyaAllah sama ada hari ini atau esok aku akan buat keputusan dan menyatakan penerimaan tersebut kepada pihak berkenaaan.

Semoga Allah tunjukkan jalan yang betul untuk saya lalui agar saya dapat membina kekuatan diri dan dapat memberikan diri ini pada perjuangan pada masa akan datang....Amin.

Khamis, Julai 15, 2010

Sajak Saya di Dewan Siswa


Selongkar punya selongkar PC aku ni, jumpalah balik satu sajak aku yang pernah diterbitkan dalam Dewan Siswa keluaran Mei 2000. Dah lame dah pun. Sepuluh tahun. Mase tu aku form 5 (Senawi 2). 

Ada sorang budak sekolah aku perasan name aku dalam majalah tersebut. Aku pun mule2 kompius gak, yelah entah bila aku hantar pun tak ingat. Aku pun cepat2 dapatkan majalah tersebut. Memang betul ade dan baru au ingat aku pernah hantar tapi dah lame. Rasanya pakai tulis tangan je.

Beberapa bulan lepas tu dalam la cek dari penerbit. Tak banyak pon tapi banggalah karya kecil aku ni kuar majalah. Siap ade komentar lagi betul2 belakang sajak aku tu. Beberapa bulan lepas tu plak ade plak sampai surat peminat katanya jumpe name dan alamat aku dalam majalah tersebut. Ape2 je la.

Setakat ni aku hanya menghantar karya melalui laman siber di esastera.com. memang dah jadi ahli dan sering menghantar karya, memberi komentar pada karya orang lain, dan berinteraksi dengan ramai penulis2 lain di serata dunia mean penulis Malaysia yang berada di Malaysia dan luar negara.  Untuk yahoogroup penulis aku sertai ada dua, adabuna (Mesir) dan GKLN (Grup Karyawan Luar Negara) dan ade gak menyertai beberapa sayembara2 yang diadakan. 

Semoga aku diberikan kekuatan dan peluang untuk berkarya dengan lebih giat lagi dan tersiar dalam majalah2 atau akhbar2 dalam negara kita nih....Amin ya Rabb.

Selasa, Julai 13, 2010

Facebook Saya

Atas saranan kawan-kawan dan berdasarkan keperluan saya sekarang ini, setelah dinilai dan difikirkan beratus kali, pada hari ini secara rasminya saya membuka akaun di Facebook. Banyak perkara yang saya boleh lakukan dan akan lakukan dengan FB ni. Insyaallah semuanya dalam perancangan saya dan setakat ini masih lagi merangka dan menguatkan dasar projek saya ni. Nak tahu ape dia, nantikan sajalah. Semoga Allah berikan saya ruang dan kesempatan untuk menjayakan plan masa depan saya ni.


Saya buat keputusan ini bukan untuk suka-suka atau ikut orang. Saya tegaskan bahawa saya ada matlamat yang jauh untuk dicapai. Banyak hal yang perlu saya perolehi dan gerakkan mulai sekarang. Situasi saya dah berubah dan perlukan satu alternatif baru untuk bergerak dengan lebih baik. kepada kwan-kawan dan yang mengenali saya, saya ucapkan selamat bertemu dan saya sudah pun mempunyai FB. Huhu....

Awal tagun ni saya dah belajar buat blog saya sendiri. Tak belajar dari siape pon, cuma menggodek sendiri juga melalui panduan-panduan dari blog dan website orang lain. Banyak yang saya ketahui dan dipraktikkan. Tapi tak semua, masih banyak yang perlu saya pelajari. Sebelum ni saya memang buta internet. Hanya tahu guna software biase je macam Office, Adobe, Ulead, Swish, dan beberapa program lagi. Tapi internet ni masih baru dan masih mencari kekuatan untuk mempelajarinya.

Orang pandai ambil peluang dan kesempatan, orang itu boleh pergi jauh dan boleh berjaya dengan baik. Saya mahu menjadi orang tersebut. Kepada semua, bolehlah berjumpa dengan saya di laman FB saya. See ya....

p/s: Errrr...camne nak guna FB ni? aku main hentam je nih.....

Isnin, Julai 12, 2010

Ke Penang Jap...

Alhamdulillah, minggu lalu aku telah musafir ke Pulau Pinang. Bertolak dari stesen bas Segamat dengan sorang kawan menuju ke Butterworth. 9 jam dalam bas. Bertolak jam 8 malam dan sampai pukul 5.30 pagi. Pening gak kepala sebab tak cukup tido.

Bukan untuk jalan-jalan makan angin atau buang masa. Tapi ada hal penting yang aku nak selesaikan. Ada beberapa urusan yang perlu dilakukan dalam proses penghantaran ijazah aku ke JPA. Segala urusan akan melalui kolej lama aku iaitu Maahad Al-Ihsaniah (MANHAL), Pulau Pinang. Kena siapkan beberapa dokumen penting seperti ijazah dan transkrip asli, ijazah dan transkrip asli yang lama, salinan pasport, SPM, STAM dan dua tiga benda lagi.

Aku dah check dalam website JPA. Nama pusat pengajian aku ade dan bermakna ijazah aku diiktiraf oleh JPA. Alhamdulillah. Semoga proses pengesahan tersebut berjalan dengan baik dan segera. Amin, Insyaallah.

Selesai aje urusan, lepak la kejap kat rumah lama di Simpang Empat tu (dekat ngan Kolej). Masih ada yang duk situ. Tapi tak lama pon sebab akan naik bas kul 1 tengah malam tu gak. Tapi turun kat Seremban sebab ada urusan lain pulak yang hendak disetelkan. Sampai Seremban kul 6 pagi. Bas laju macam kura-kura....huhu....

Jumaat, Julai 09, 2010

No Idea...

Sudah lebih dua minggu pulang dari Medan. Beberapa hari duduk di rumah, memang membosankan sebab tak tahu nak buat ape lagi. Takde benda yang menarik atau best nak buat. nak pegi jalan2 pusing kampung pun tak de yang best jugak. So, hari-hari la buat keje yang sama je. Lepas sembahyang subuh sapu rumah, sarapan, and then tengok tv sampai malam. Tak buat ape2 sementara menunggu panggilan kerja atau temuduga. 

Kalau petang skit layan tv9 tengok kartun dari Wonderpets sampai la Spongebob. Tu yang aku paling minat dari cite lain. kalau nak cite pasal kartun2 kat tv9 ni, banyak yang aku suka macam Danny Phantom, kappa Mikey, El-Tigre, Wonderpets, The Fairly Odd Parents, Jimmy Neutron, Cat Dog, dan tentunya Spongebob. Kira hampir semua kartun tu aku suke...huhu..mengalahkan budak2 pulak. Aku mengaku bahawa aku suka tengok cite kartun. Kartun2 kat tv9 tu antara kartun2 yang aku minati. 

Ramai yang bertanya kat aku terutama kawan-kawan, apasal la aku ni suke tengok kartun? Perangai pon macam kartun je....( ye ke?). Mmm...susah nak jawab soalan tu. tapi ape yang aku boleh katakan aku suke dengan aksi2 kelakar dan gelagat kartun2 tu. Macam2 hal yang terjadi, camne selesaikan masalah, menambah masalah, lawan sana sini, ayat2 kelakar, fantasi, merepek, lawak bodo, dan macam lagi yang buat aku suke. Jangan marah arrrr......

Apa pandangan korang kalau lelaki macam aku ni, ye la, selalu orang panggil Ustaz, suka tengok cite2 katun. Ape saje kate orang, ni dah jadi peberet aku nak tengok. Orang lain tak nak tengok, aku nak tengok. Same layan katun ngan anak buah aku sorang ni. Baru dua tahun dah pandai tengok katun. Tapi yang paling pelik die suke tengok iklan, time cite tak berepe layan. Kalau mase iklan tenganga tengok tv, orang sakat pun die buat tak layan je. Tapi kalau cite Upin & Ipin die tengok. Kalau cite dah habis die akan menangis nak cite tu lagi...Cess...ape jenis budak la nih.

Sebenarnya aku dah takde idea nak letak ape kat entry kali nih...tu yang masuk cite katun kegemaran aku ni.   Lain kali aku cite yang best2. Banyak nak cite tapi malas nak menaip. 

Rabu, Jun 30, 2010

Majalah Yang Saya Design

Alhamdulillah, sepanjang hampir dua tahun di Medan saya terlibat agak aktif di dalam persatuan mahasiswa. Terutamanya setelah diberikan amanah menjawat beberapa jawatan penting untuk persatuan dan kelab. Yang paling besar ialah Bendahari Agung. Memang menguji kemampuan dan kekuatan fikiran serta keimanan saya. Banyak perkara yang saya pelajari dan banyak juga perkara yang membuatkan saya terfikir sendiri bagaimana mahu menyelesaikannya.

Dalam kesibukan itu juga saya sempat mencurahkan keringat saya untuk perkara yang saya sukakan iaitu dalam bidang penerbitan. Untuk pertama kalinya dalam persatuan menerbitkan majalah. Ada dua majalah yang saya gerakkan untuk diterbitkan dan syukur kepada Alllah kerana telah memberikan kesempata serta kelapangan masa dan tenaga kepada saya dalam usaha menerbitkannya. Berikut adalah majalah yang diterbitkan. saya sebagai perancangan sekaligus sebagai designernya:

1) Majalah Nur Islam. Dilancarkan sempena Festival Nur Islam (I-fest) anjuran BADAR PKPMI-CM. Majalah ini meruupakan majalah pertama yang berjaya diterbitkan oleh kelab dan juga diperingkat persatuan. Saya menerima sijil penghargaan khusus pada Majlis Perasmian Penutup Festival di atas kejayaan penerbitan majalah tersebut.

2) Majalah Episode. Diterbitkan di bawah seliaan Biro Jurnalistik PKPMI-CM. Ini merupakan rekod pertama persatuan menerbitkan satu majalah rasmi persatuan. Saya rasa belum ada lagi persatuan-persatuan anak-anak Malaysia di seluruh Indonesia menerbitkannya. Majalah ini diisi dengan beberapa topik persatuan, isu semasa, bahan-bahan ilmiah dan sastera. saya juga telah menghantar kepada beberapa PKPMI cawangan lain termasuk kepada YDP PKPMI Pusat, JPMI, dan Kedutaan.

Selain majalah, saya juga telah berusaha menerbitkan beberapa buletin, risalah, dan mengendalikan blog PKPMI-CM. Saya amat berharap sesi yang baru ini dapat meneruskan apa yang telah saya lakukan. 

Kepada sesiapa yang nak belajar teknik pembikinan majalah, buletin dan sebagainya, boleh berbincang dengan saya. InsyaAllah, saya tidak akan kedekut ilmu untuk sama-sama berkongsi pengalaman, kebolehan serta bakat yang saya ada.

Ahad, Jun 20, 2010

Sayonara.....

InsyaAllah, esok (Isnin, 21  Jun 2010), saya akan meninggalkan Kota Medan yang telah saya huni selama hampir 2 tahun atau lebih tepatnya 1 tahun 10 bulan. kali ini pulang habis. Maknanya aku sudah selesai mendapatkan ijazah dan menyelesaikan segala urusan lainnya. Skrispi yang sudah dijilid pun sudah diserahkan kepada Fakulti minggu lepas.

Kali ini terpaksa menggunakan penerbangan AirAsia kerana itu yang mudah untuk saya dapatkan. Jua terpaksa memiih untuk penerbangan di waktu malam iaitu jam 10 malam WIB (waktu Indonesia Barat) kerana pada waktu tersebut aling murah. Harga ambil yang murah sebab saya tambah berat kargo sebanyak 25 kg. Nak balik habis tentulah semua barang nak dibawa pulang.

Petang ni dalam 95 % kerja-kerja mengemas sudah siap. hanya ada beberapa barang yang mahu dijualkan dan dan diberikan kepada ahli bait yang tinggal. Selebihnya pagi dan petang esok akan diselesaikan. Tak lah banyak sangat barang yang hendak dibawa. Ada 4 beg (1 beg pakaian, 3 beg buku) dan 1 kotak kecil. beg pakaian dan kotak akanamsuk kargo dan selebihnya naik atas. Harap-harap semuanya lepas.

Untukmu Medan, banyak ranjau dan jerih payah telah kutempuhi. Aku mengenali dirimu darinya. Walaupun banyak juga masa-masa gembira, tetapi aku lebih mengingati waktu sukarku bersamamu. Sungguh pun begitu, aku akan tetap kan mengingatimu sebagai tempat tumpah keringat sebagai bukti aku telah berusaha mendaki lautan ilmu dan mencapai gelaran seorang sarjana. Apa pun, Medan tetap di dalam kamus hidupku. Tempat yang mengajar dan mendesakku agar lebih bersabar dan tidak akan berputus asa atas segalanya. Tempat yang memperkenalkan padaku erti cinta, pengorbanan, kesetiaan (cewah), kejujuran, ketabahan, perjuangan, keberanian, kematangan, dan kepatuhan. Ingin aku ucapkan sayonara, selamat tinggal kepadamu dan seluruh isimu. Selamat tinggal IAIN-SU....Kepada yang telah membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada diri ini, semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada dirimu. Jumpa kita lagi di lain waktu. Salam.....

Khamis, Mei 27, 2010

Apa Pula Lepas Ni???

Konvo dah selesai, skripsi dalam proses pembukuan, dan hanya menunggu ijazah siap je. Sekarang ni dah boleh nak kemas-kemas barang masuk beg, kotak, buang mana tak pakai, kasi orang mana yang tak dapat bawak balik, selesaikan hutang, beli tiket flight dan menunggu untuk mengucapkan sayonara kepada Kota Medan yang telah dicatakan namanya dalam diari hidup aku. Sedar tak sedar, sudah 1 tahun 10 bulan aku berada di Medan dalam rangka mendapatkan mutiara ilmu dan 'sekeping kertas'. 

Kalau ada rezeki pada masa akan datang, aku berniat untuk sambung Master dan kalau boleh sampai PhD. Semoga Allah berikan kemudahan dan jalan untuknya. Tapi ape-apehal pun, kena kerja dan kawin dulu lah, baru senang segalanya. Insyaallah. (Nak kaya kena kahwin).

Pasal kuliah dah tak perlu risau-risau lagi dah. Dah setel sume. Yang kena pikir, dah balik Malaysia nanti nak keje ape plak. Bab ni yang paling mencabar nih. Biasalah bagi orang baru yang mahu mengenali alam kerjaya ni, mahu tak mahu kena menghadapi pelbagai suka duka ntuk berjaya. Aku sebenarnya bukan fikir sangat pasal kerja tu. Yang aku runsingkan adalah- apakah aku mampu untk mengharungi cabaran alam kerjaya nanti ni? Ni yang membuatkan aku lemah mengenangkan keadaan diri yang banyak kelemahan dan rasanya tidak mampu nak harungi badai yang akan dihadapi. Rasa macam nak terus belajar je. 

Tapi masanya sudah tiba untuk aku memulakan alam baru ni walau macamana sekalipun. Tiada lagi masa untuk rehat-rehat, main-main, lepak-lepak, buat kerja merapu dan sebagainya. Sekarang sudah tiba masanya untuk aku kerahkan seluruh tenaga, fikiran dan semangat untuk menongkah cabaran nanti. Sudah tiba masanyaaaaaaaaa!!! Haiyah!!! (sambil mengkarate kayu katil ahli bait. Kayu tak patah, tangan aku pulak  yang sakit). Mulalah merepek nih. :-D

Semoga Allah membuka pintu rezeki untuk aku nanti. "Ya Allah, tetapkan aku di dalam agamamu, bimbinglah aku ke jalanmu, murahkan rezekiku agar aku dapat memberikan semaksima mungkin pengorbanan dan  perjuangan dalam merebut redhamu ya Allah."




p/s: Baru teringat, rupanya sebutan yang betul bagi Nama dan Gelar aku camni - 
                                      Omar, S.H.I Bin Md Rasib
seperti yang disebut semasa konvo kelmarin.

Rabu, Mei 26, 2010

Sarjana...



Nama dan gelar: Omar Bin Md Rasib, S.H.I

Selasa, Mei 25, 2010

Konvo....haureyyyy :-)

26 Mei (hari ini, pagi ini), aku akan konvo. Huhu...penantian selama 7 tahun berhasil juga akhirnya. Jubah dan toga konvo dah dapat tapi yang tak bestnya satu kaler je. Kaler hitam sume tanpa ade sebarang corak atau warna lain pada jubah. Tak menarik lansung. Toga pulak sampai 5 penjuru. Ye la Pancasila la kata kan....kelakar pulak tengok. Macam gambar Bapak ni la. kan ade 5 penjuru tu. Ni bukan la gambar aku dan aku tak kenal ni sape. Main ambik je dalam Google...kuakua...
Pepehal pun. Tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya mendapat gelar Sarjana.
 :-b.

Rabu, Mei 19, 2010

18 Mei 2010 - Hari Bahagia

Setelah bertungkus-lumus selama beberapa bulan, maka tibalah hari yang dinanti walaupun digeruni. 18 Mei kelmarin (Selasa) adalah satu hari yang mebuatkan aku menyesal dan juga  bahagia/ gembira.

Hari tersebut adalah hari getir bagi kami yang bakal menamatkan sesi perkuliahan untuk sarjana muda. Satu ujian lisan atau lengkapnya Ujian Munaqasyah Skripsi sebagai satu persyaratan terakhir untuk diberikan gelaran sebagai sarjana. Memang hari itu penting serta ditunggu-tunggu untuk mahasiswa. Tapi hari itu jugalah yang amat kami takuti kerana kami akan berhadapan dengan lima orang penguji untuk membedah, mengkritik dan 'membelasah' kami secukupnya.

Bab jawab menjawab dan berhujah itulah yang amat menakutkan kerana soalan-soalan yang bakal dipertanyakan oleh penguji benar-benar 'menguji' pengetahuan kami terhadap tajuk skripsi kami. Memang teruklah aku kena hentam. Rasa nak menangis je dalam bilik sidang tu. Menyesal sebab tak  prepair betul-betul hal-hal yang berkaitan dengan perbahasan penulisan aku sendiri. Banyak soalan tak dijawab dengan baik dan betul. banyak main 'hentam' saja. Bagaimana pun, setelah hampir 9 jam dalam sesi tersebut, badan pun dah macam 'sayur'- penat, otak pun penat, maka selesailah sesi 'serangan' bertubi-tubi tersebut. 

Tibalah waktu pengunguman keputusan sidang tersebut. Inilah yang waktu-waktu bahagianya aku rasakan. dengan berkat dari kesabaran, usaha, doa, dan tawakkal diri, Allah telah memberikan kejayaaan yang amat-amat aku hajati selama hampir tujuh tahun di alam kampus. Berita acara diumumkan oleh Ketua Sidang, kami berenam (4 lelaki 2 perempuan) telah diumumkan lulus dan sekaligus dengan rasminya dinobatkan sebagai Sarjana Hukum Islam (S.H.I) dari Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan Indonesia. Alhamdulillah, penat lelah aku selama beberapa tahun akhirnya berhasil walaupun mendapat pointer yang tidak setinggi mana. Inilah hari-hari bahagia aku.

Nama dan gelar: Omar Bin Md Rasib, S.H.I

Balik rumah dah nak Maghrib. Selesai mandi dan solat Maghrib, oleh kerana terlalu penat, aku pun dengan selesanya landing atas katil terus tidur tanpa sebarang gangguan. Solat Isyak pukul 2 pagi. Huhu.

Insyaallah, pada tanggal 26 Mei ni (Rabu depan) Majlis Konvokesyen IAIN-SU kali ke berapa aku pun tak tahu. Malas nak masuk sebenarnya. Memang tak minat nak masuk. Tapi oleh sebab desakan dari pensyarah dan kawan-kawan, ikut jugalah masuk konvo dengan hati yang berat. :-(

Bergambar setelah selesai Sidang Munaqasyah Skripsi. Berada di barisan depan dari kiri adalah Pak Azwani selaku Ketua Jurusan Ahwal Syahsiah, Pak Iqbal sebagai Pembantu Dekan 3 Fakulti Syariah, dan Pak khalid, Setiausaha Jurusan Ahwal Syahsiah. Aku di barisan belakang, tiga dari kiri bersama sahabat-sahabat satu sidang.

Anything, segalanya hampir selesqai dan dalam tempoh tak sampai sebulan (insyaallah), aku akan meninggalkan Kota Medan sebagai 'sesi' terakhir bersamanya. Alhamdulillah. Hadiah besar untuk Mak dan keluarga aku yang support aku walaupun rasanya aku telah banyak menyusahkan mereka. Tujuh tahuan aku mengembara dalam dan luar negara menggunakan wang mereka, tibalah masa aku balas semula jasa-jasa dan pengorbanan mereka pada aku. Insyaallah, ada rezeki yang Allah janjikan bagi hambanya yang bersabar. Amin. Semoga Allah berkan aku tempat yang sesuai dan sepaptutnya untuk aku bekerja dijalannya. Amin.

Tajuk Skripsi:

PERMOHONAN PENGESAHAN NIKAH POLIGAMI 
(STUDI KASUS PERMOHONAN PENGESAHAN NIKAH POLIGAMI YANG DITOLAK DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – MALAYSIA)
oleh: Omar Bin Md Rasib (21080-8778)
Pembimbing: Bapak Drs.Azwani Lubis M.Ag dan Ibu Noor Azizah, S.H, M.Hum


p/s: Sekali Ibu pembimbing aku bersalin pula beberapa hari sebelum sidang. Sebaik lepas semakan dan tandatangan die sebelum tu. Masa sidang ganti dengan penguji lain.