fm

Rabu, Mei 19, 2010

18 Mei 2010 - Hari Bahagia

Setelah bertungkus-lumus selama beberapa bulan, maka tibalah hari yang dinanti walaupun digeruni. 18 Mei kelmarin (Selasa) adalah satu hari yang mebuatkan aku menyesal dan juga  bahagia/ gembira.

Hari tersebut adalah hari getir bagi kami yang bakal menamatkan sesi perkuliahan untuk sarjana muda. Satu ujian lisan atau lengkapnya Ujian Munaqasyah Skripsi sebagai satu persyaratan terakhir untuk diberikan gelaran sebagai sarjana. Memang hari itu penting serta ditunggu-tunggu untuk mahasiswa. Tapi hari itu jugalah yang amat kami takuti kerana kami akan berhadapan dengan lima orang penguji untuk membedah, mengkritik dan 'membelasah' kami secukupnya.

Bab jawab menjawab dan berhujah itulah yang amat menakutkan kerana soalan-soalan yang bakal dipertanyakan oleh penguji benar-benar 'menguji' pengetahuan kami terhadap tajuk skripsi kami. Memang teruklah aku kena hentam. Rasa nak menangis je dalam bilik sidang tu. Menyesal sebab tak  prepair betul-betul hal-hal yang berkaitan dengan perbahasan penulisan aku sendiri. Banyak soalan tak dijawab dengan baik dan betul. banyak main 'hentam' saja. Bagaimana pun, setelah hampir 9 jam dalam sesi tersebut, badan pun dah macam 'sayur'- penat, otak pun penat, maka selesailah sesi 'serangan' bertubi-tubi tersebut. 

Tibalah waktu pengunguman keputusan sidang tersebut. Inilah yang waktu-waktu bahagianya aku rasakan. dengan berkat dari kesabaran, usaha, doa, dan tawakkal diri, Allah telah memberikan kejayaaan yang amat-amat aku hajati selama hampir tujuh tahun di alam kampus. Berita acara diumumkan oleh Ketua Sidang, kami berenam (4 lelaki 2 perempuan) telah diumumkan lulus dan sekaligus dengan rasminya dinobatkan sebagai Sarjana Hukum Islam (S.H.I) dari Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan Indonesia. Alhamdulillah, penat lelah aku selama beberapa tahun akhirnya berhasil walaupun mendapat pointer yang tidak setinggi mana. Inilah hari-hari bahagia aku.

Nama dan gelar: Omar Bin Md Rasib, S.H.I

Balik rumah dah nak Maghrib. Selesai mandi dan solat Maghrib, oleh kerana terlalu penat, aku pun dengan selesanya landing atas katil terus tidur tanpa sebarang gangguan. Solat Isyak pukul 2 pagi. Huhu.

Insyaallah, pada tanggal 26 Mei ni (Rabu depan) Majlis Konvokesyen IAIN-SU kali ke berapa aku pun tak tahu. Malas nak masuk sebenarnya. Memang tak minat nak masuk. Tapi oleh sebab desakan dari pensyarah dan kawan-kawan, ikut jugalah masuk konvo dengan hati yang berat. :-(

Bergambar setelah selesai Sidang Munaqasyah Skripsi. Berada di barisan depan dari kiri adalah Pak Azwani selaku Ketua Jurusan Ahwal Syahsiah, Pak Iqbal sebagai Pembantu Dekan 3 Fakulti Syariah, dan Pak khalid, Setiausaha Jurusan Ahwal Syahsiah. Aku di barisan belakang, tiga dari kiri bersama sahabat-sahabat satu sidang.

Anything, segalanya hampir selesqai dan dalam tempoh tak sampai sebulan (insyaallah), aku akan meninggalkan Kota Medan sebagai 'sesi' terakhir bersamanya. Alhamdulillah. Hadiah besar untuk Mak dan keluarga aku yang support aku walaupun rasanya aku telah banyak menyusahkan mereka. Tujuh tahuan aku mengembara dalam dan luar negara menggunakan wang mereka, tibalah masa aku balas semula jasa-jasa dan pengorbanan mereka pada aku. Insyaallah, ada rezeki yang Allah janjikan bagi hambanya yang bersabar. Amin. Semoga Allah berkan aku tempat yang sesuai dan sepaptutnya untuk aku bekerja dijalannya. Amin.

Tajuk Skripsi:

PERMOHONAN PENGESAHAN NIKAH POLIGAMI 
(STUDI KASUS PERMOHONAN PENGESAHAN NIKAH POLIGAMI YANG DITOLAK DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – MALAYSIA)
oleh: Omar Bin Md Rasib (21080-8778)
Pembimbing: Bapak Drs.Azwani Lubis M.Ag dan Ibu Noor Azizah, S.H, M.Hum


p/s: Sekali Ibu pembimbing aku bersalin pula beberapa hari sebelum sidang. Sebaik lepas semakan dan tandatangan die sebelum tu. Masa sidang ganti dengan penguji lain.