fm

Rabu, Julai 28, 2010

The Net 2.0


Bayangkan anda ke luar negara di mana tidak seorang pun yang anda kenali. Permulaan yang agak bagus selepas turun dan check out dari Airport. Tetapi yang menjadi permulaan episode anda apabila nama anda bertukar menjadi nama orang lain dan segalanya mengesahkan bahawa anda adalah orang lain tersebut dan bukanya diri anda yang sebenarnya. bagaimanakah anda akan meneruskan hidup tanpa pasport, duit, kad pengenalan/ lesen memandu, diburu polis, penjahat, dan penipu?

Malam tadi bersengkang mata menonton movie kat TV2. Cerita yang best, menarik, action, dan mengagumkan aku. Tajuknya The Net 2.0. Inilah kami pertama aku menonton sebuah movie aksi seorang perempuan yang hanya seorang pakar komputer, tidak dalam berlawan.

Hope Cassidy, seorang penganalisis komputer telah membuat satu travel ke Istanbul atas urusan kerja. Setelah mendapati pasportnya bermasalah, dia terus ke kedutaan Amerika di istanbul untuk memperbaharui pasportnya. Segalanya bertukar tragedi apabila pasportnya yang telah siap tersebut menggunakan nama orang lain tapi gambar pasport itu adalah gambarnya. Kesilapan itu membawa perubahan total kepada dirinya kerana nama orang yang ada pada pasportnya itu adalah seorang penjenayah yang dikehendaki polis. Maka berlakulah pelbagai insiden yang membuatkan dia berusaha melepaskan diri dan mencari kebenaran atas apa yang berlaku.

Filem ini memang penuh dengan aksi, pantas, dan dilakonkan dengan hebat sekali. Aku memang betul2 menyukai filem ni dan ini merupakan salah satu filem yang mengagumkan aku. Kalau boleh aku nak download cite ni n tengok banyak kali.

Terimpi juga mahu buat filem sehebat tu......

Isnin, Julai 26, 2010

Apa guna membaca Al-Quran?


Tersebut kisah seorang datuk dan cucunya tinggal di tepi sungai. Setiap pagi datuknya membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat indah Al-Quran dan menyuruhnya cucunya mengaji Al-Quran..
Didesak rasa ingin tahu,si cucu bertanya, “Mengapa Datuk selalu membaca al-Quran? Menjadi rutin, setiap pagi?” Menurut si cucu, sukar untuk memahami kandungan ayat-ayat Al-Quran tersebut,walaupun setelah membaca terjemahannya. “Mengapa memaksakan diri membaca sesuatu yang tidak kita mengerti?”
Mendengar pertanyaan tersebut, si datuk terdiam. Dia tidak menjawab sebaliknya si datuk menyuruh cucunya mengambil air di sungai berdekatan rumah mereka menggunakan bakul bekas arang. Bakul tersebut hitam legam maklumlah bekas tempat arang.
Walaupun tidak faham dan tidak berpuas hati kerana datuknya tidak menjawab soalannya tadi, si cucu mengikut apa yang disuruh oleh datuknya iaitu mengambil air di sungai menggunakan bakul. Tetapi setiap kali air diceduk menggunakan bakul biasalah air akan keluar dari lubang bakul yang diperbuat dari rotan tersebut.
Si cucu memberitahukan hal tersebut kepada datuknya, mustahil untuk mengambil air menggunakan bakul rotan tersebut. Tetapi datuknya menyuruhnya mencuba lagi. Dengan patuh, sang cucu kembali ke sungai dan menceduk air dengan bakul tersebut. Dapat diceduk tetapi air dengan cepat keluar balik. Cucu tersebut berfikir,si cucu memutuskan untuk berlari sambil membawa bakul berisi air tersebut. Mungkin saja setibanya di rumah masih ada air yang tersisa di bakulnya.
Namun begitu bakul tersebut tinggal kosong ketika si cucu sampai rumahnya. Airnya sudah keluar sepanjang perjalanannya. Tidak menerima kegagalan, sang datuk tetap menyuruh si cucu untuk kembali ke sungai dan mengambil air dengan bakul rotan tersebut.
Berkali-kali cucunya berlari dari sungai menuju rumahnya sambil membawa bakul berisi air tersebut. Dia cuba berlari dengan lebih laju, namun hasilnya tetap sama: air sungai tersebut tak pernah sampai ke rumahnya, ke hadapan datuknya. Termengah-mengah,si cucu akhirnya berkata pada datuknya bahawa benar-benar mustahil mengambil air dengan bakul rotan tersebut.
Mendengar pernyataan cucunya, datuknya tersenyum. Ia mengajak cucunya duduk dekat. Lalu berkata,”Begitulah cucuku. Maaf membuatmu penat. Memang tidak ada air yang sampai kesini. Tapi lihatlah, adakah perubahan yang dapat kau lihat pada bakul tersebut?”
Si cucu memperhatikan bakul yang dibawanya tadi untuk pertama kali. Benarlah, ia memang tidak menyedari sebelumnya karena terlalu memikirkan cara bagaimana membawa air dengan bakul tersebut, tapi bakul yang tadinya hitam legam kerana arang tersebut sekarang sudah bersih, berwarna asli seperti rotan asalnya.
“Seperti itulah membaca Al-Quran,” ucap si datuk. “Mungkin masa ini kita belum faham ertinya, belum mengerti pengajarannya. Tapi tanpa kita sedari, ayat-ayat yang selalu kita lantunkan tersebut membuat hati kita bersih dari noda-noda kehidupan, dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin bersemayam dalam hati kita. Amalkanlah membaca Al-Quran cucuku, sebagai alat pembersih hati.”
Si cucu masih terduduk lelah dengan nafas sedikit termengah-mengah, namun ia mengangguk faham. Rasa ingin tahunya dapat jawapan yang memuaskan hatinya, ia mendapat sesuatu yang berharga hari itu.
Ya Allah bimbinglah hambaMU ini untuk selalu membaca Firman-firman-Mu setiap hari, timbulkanlah rasa rindu di hati ini untuk selalu mengkaji kitab-Mu. Aamiin.

Sabtu, Julai 24, 2010

Segitiga Bermuda & Segitiga Formosa



Segitiga Bermuda


Segitiga Bermuda Istilah Bermuda asal mulanya dimaksudkan sebagai nama untuk bulan ketujuh kalendar Mesir, iaitu Naisan. Pada bulan ini petani menanam tebu dan kurma. Istilah ini kemudian di gunakan untuk menunjukkan suatu Segitiga imajinatif yang terletak di Lautan Atlantikj Segitiga Bermuda mempunyai keluasan 770,000 kilometer dan terdiri dari gugusan puau-pulau yang berjumlah 350 pulau. Pulau-pulau ini tersusuun seperti untaian manik-manik. Beberapa teluk kecil merupakan hujungnya terletak seluruhnya di Lautan Atlantik, 930 kilometer dari daratan Amerika.

Puncak Segitiga Imajinatif Bermuda di bahagian utara, terletak di pulau Bermuda. Sudut tenggaranya terletak di Puerto Rico. Penduduk nya berbahasa Sepanyol, di samping bahasa Inggeris. Ibukotanya bandar San Juan, sudut barat terletak di Miami Florida.

Banyak kejadian misteri berlaku di kawasan ini, bahkan menurut para peneliti daerah ini, segitiga bermuda merupakan daerah Elektromagnet. Daerah ini juga digelar Kuburan Atlantik yang tidak boleh ditangkap oleh setiap or-ang yang melakukan kajian dan menganalisa misterinya. Di situ terdapat singgahsana Iblis.


Segitiga Formosa

Segitiga Formosa ialah nama untuk sebuah pulau yang terletak 145 kilometer di sebelah Timur daratan China yang dipisahkan oleh Selat yang disebut Selat Formosa. Formosaa adalah China Nasionalis yang lebih dikenali dengan nama Taiwan. Luas pulau itu sekitar35,961 kilometer dan ibukotanya ialah BandarTaipeh. Formosa terkenal kerana kedudukannya yang terletak di tenggara sebuah segitiga yang dikenali dengan nama “Perigi Syaitan” atau juga dikenali “Pusaran Syaitan” di m ana disitu juga terjadi berbagai-bagai peristiwa di mana hilangnya kapal dan kapal terbang yang sama hebat misterinya dengan Bermuda.

Puncak Segitiga Formosa ini terletak di Pulau Gilbert di Laut Kuning, daerah ini disebut dengan “Kuburan Kapal dan Kapal Terbang”. Sudut Timur lautnya terletak di pulau Formosa. Segitiga Pusaran Syaitan Formosa disebut sebagai daerah yang lebih merbahaya dari Segitiga Bermuda.

Daerah Formosa merupakan kawasan Segitiga pusaran air yang tersembunyi. Bukti-bukti ilmiah menunjukkan bahawa kawasan tersebut merupakan pertemuan antara arus air panas dan air sejuk.

Bahkan ada rahsia yang terungka dari alam Jin. Semua tempat yang merupakan antara aliran air panas dan air sejuk adalah kawasan yang digemari oleh Iblis dan pembantu-pembantunya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negara Iblis.

Rabu, Julai 21, 2010

Tips Temuduga

Setiap hari ada saja kerja kosong yang diiklankan. Setiap hari beribu calon menghadiri temuduga. Tapi bukan semua ditawarkan kerja. Kenapa ye?

Ha... sebab tidak cukup kalau resume anda saja yang tip top, anda juga perlu membuat persediaan untuk temuduga. Cuba lihat petikan yang diambil dari zaharuddin.net:

Saya bimbang dengan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya.


Saya cukup setuju dengan kenyataan di atas. Saya pun banyak pengalaman menemuduga calon sebegini.

Pada pendapat saya, salah satu sebabnya adalah pendidikan di Malaysia yang lebih kepada exam - oriented. Menjurus kepada penghafalan semata-mata. Jadi bila tiba masa untuk mempraktikkannya di dunia nyata seperti temuduga, tidak ramai yang dapat mengadaptasikan formula hafalannya dalam konteks semasa.

Mungkin terdetik dalam hati anda sekarang, "Jadi apa yang boleh saya dari sekarang buat untuk memastikan saya betul - betul bersedia untuk temuduga?"

Tips temuduga yang berikut boleh membantu. 

Perkara yang perlu anda tahu:
- Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job.


- Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalah rojak Singapore (macam website ni. keh.. keh.. keh).


- Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. Anda boleh :


1. Menonton filem Inggeris (dengan nawaitu nak belajar bahasa Inggeris la)
2. Membaca secara lantang artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk membantu kelancaran sebutan. Pilihlah artikel yang menarik minat anda seperti gosip, sukan, hiburan dan sebagainya supaya anda lebih menumpukan perhatian. Janganlah baca majalah Playboy plak. Menambah dosa je.
 3. Berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap kali ada kesempatan. Jangan hiraukan kalau rakan - rakan mengejek. Jangan hiraukan jika orang kata anda nak menunjuk - nunjuk. Bukan mereka yang menjaga periuk nasi anda.



- Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan). Atau sebaliknya. kuang kuang kuang…

- Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Tunggu sehingga penemuduga menghulurkan tangan untuk berjabat. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.


- Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab soalannya kelak.  Jangan pulak biarkan fikiran anda menerawang jauh sampai ke Akademi Fantasia.


- Jangan cakap berterabur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pembaca Al-Qur'an mempunyai sebutan yang jelas dan intonasi yang baik. Tu la... Al-Qur'an malas nak sentuh. Berabuk kat dalam lemari.

- Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Ala... macam buat homework masa nak nikah dulu. Beriya - iya hafal rukun islam, rukun nikah, mandi wajib…

- Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidak off-topic.

- Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.

- Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.

- Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga.






p/s: Semoga aku berjaya dalam mana-mana temuduga yang akan aku hadapi nanti. Huhu....

    SMS Cinta 60

    Aku mungkin
    bukan teman “sempurna”
    yg kau cari.
    Bukan juga
    yg “TERBAIK”
    di antara semuanya..
    Tapi yg pasti
    aku teman
    yg akan selalu
    kau rindui....

    Panduan Penjagaan Anak 12


    Bila mengurut baby, urut dan belailah dengan lembut. Gosokkan perlahan-lahan badannya. Usah nak memandai-manadai nak mengurut macam urut orang muda @ orang tua. Apatah lagi kalau urut macam orang seliuh kaki. 

    Ahad, Julai 18, 2010

    Hati Yang Sudah Hitam

    "Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. 

    Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air". 

    Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- 

    > * Bertaubat 
    > * Menyesali dosa yang telah dilakukan 
    > * Tidak tergila-gilakan dunia 
    > * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya') 
    > * Tinggalkan sifat berbangga 
    > * Tinggalkan sifat khianat dan menipu 
    > * Meninggalkan sifat dengki. 

    Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan: 

    > 1.aku sedang berhadapan dengan Allah, 
    > 2..Syurga di sebelah kananku, 
    > 3.Neraka di sebelah kiriku, 
    > 4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan 
    > 5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." 

    "Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." 

    Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. 

    > Untuk munafaat kita bersama, Tolong sampaikan email ini kepada sahabat2. 
    > Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

    Jumaat, Julai 16, 2010

    Nasihat Imam Al-Ghazali


    (Klik gambar untuk besarkan)

    Khamis, Julai 15, 2010

    Sajak Saya di Dewan Siswa


    Selongkar punya selongkar PC aku ni, jumpalah balik satu sajak aku yang pernah diterbitkan dalam Dewan Siswa keluaran Mei 2000. Dah lame dah pun. Sepuluh tahun. Mase tu aku form 5 (Senawi 2). 

    Ada sorang budak sekolah aku perasan name aku dalam majalah tersebut. Aku pun mule2 kompius gak, yelah entah bila aku hantar pun tak ingat. Aku pun cepat2 dapatkan majalah tersebut. Memang betul ade dan baru au ingat aku pernah hantar tapi dah lame. Rasanya pakai tulis tangan je.

    Beberapa bulan lepas tu dalam la cek dari penerbit. Tak banyak pon tapi banggalah karya kecil aku ni kuar majalah. Siap ade komentar lagi betul2 belakang sajak aku tu. Beberapa bulan lepas tu plak ade plak sampai surat peminat katanya jumpe name dan alamat aku dalam majalah tersebut. Ape2 je la.

    Setakat ni aku hanya menghantar karya melalui laman siber di esastera.com. memang dah jadi ahli dan sering menghantar karya, memberi komentar pada karya orang lain, dan berinteraksi dengan ramai penulis2 lain di serata dunia mean penulis Malaysia yang berada di Malaysia dan luar negara.  Untuk yahoogroup penulis aku sertai ada dua, adabuna (Mesir) dan GKLN (Grup Karyawan Luar Negara) dan ade gak menyertai beberapa sayembara2 yang diadakan. 

    Semoga aku diberikan kekuatan dan peluang untuk berkarya dengan lebih giat lagi dan tersiar dalam majalah2 atau akhbar2 dalam negara kita nih....Amin ya Rabb.

    Selasa, Julai 13, 2010

    Facebook Saya

    Atas saranan kawan-kawan dan berdasarkan keperluan saya sekarang ini, setelah dinilai dan difikirkan beratus kali, pada hari ini secara rasminya saya membuka akaun di Facebook. Banyak perkara yang saya boleh lakukan dan akan lakukan dengan FB ni. Insyaallah semuanya dalam perancangan saya dan setakat ini masih lagi merangka dan menguatkan dasar projek saya ni. Nak tahu ape dia, nantikan sajalah. Semoga Allah berikan saya ruang dan kesempatan untuk menjayakan plan masa depan saya ni.


    Saya buat keputusan ini bukan untuk suka-suka atau ikut orang. Saya tegaskan bahawa saya ada matlamat yang jauh untuk dicapai. Banyak hal yang perlu saya perolehi dan gerakkan mulai sekarang. Situasi saya dah berubah dan perlukan satu alternatif baru untuk bergerak dengan lebih baik. kepada kwan-kawan dan yang mengenali saya, saya ucapkan selamat bertemu dan saya sudah pun mempunyai FB. Huhu....

    Awal tagun ni saya dah belajar buat blog saya sendiri. Tak belajar dari siape pon, cuma menggodek sendiri juga melalui panduan-panduan dari blog dan website orang lain. Banyak yang saya ketahui dan dipraktikkan. Tapi tak semua, masih banyak yang perlu saya pelajari. Sebelum ni saya memang buta internet. Hanya tahu guna software biase je macam Office, Adobe, Ulead, Swish, dan beberapa program lagi. Tapi internet ni masih baru dan masih mencari kekuatan untuk mempelajarinya.

    Orang pandai ambil peluang dan kesempatan, orang itu boleh pergi jauh dan boleh berjaya dengan baik. Saya mahu menjadi orang tersebut. Kepada semua, bolehlah berjumpa dengan saya di laman FB saya. See ya....

    p/s: Errrr...camne nak guna FB ni? aku main hentam je nih.....

    RM1 Juta Tidak Cukup Selepas Bersara

    Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa. Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan. Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.

    ''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.

    Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.

    Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda.

    Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.

    Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada.

    ''Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.

    ''Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,'' jelasnya.

    Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan.

    ''Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,'' jelasnya.

    Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung.

    Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.

    ''Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,'' katanya.

    Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ''Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,'' kata beliau.


    p/s: Mulalah menabung dari sekarang.

    Isnin, Julai 12, 2010

    Ke Penang Jap...

    Alhamdulillah, minggu lalu aku telah musafir ke Pulau Pinang. Bertolak dari stesen bas Segamat dengan sorang kawan menuju ke Butterworth. 9 jam dalam bas. Bertolak jam 8 malam dan sampai pukul 5.30 pagi. Pening gak kepala sebab tak cukup tido.

    Bukan untuk jalan-jalan makan angin atau buang masa. Tapi ada hal penting yang aku nak selesaikan. Ada beberapa urusan yang perlu dilakukan dalam proses penghantaran ijazah aku ke JPA. Segala urusan akan melalui kolej lama aku iaitu Maahad Al-Ihsaniah (MANHAL), Pulau Pinang. Kena siapkan beberapa dokumen penting seperti ijazah dan transkrip asli, ijazah dan transkrip asli yang lama, salinan pasport, SPM, STAM dan dua tiga benda lagi.

    Aku dah check dalam website JPA. Nama pusat pengajian aku ade dan bermakna ijazah aku diiktiraf oleh JPA. Alhamdulillah. Semoga proses pengesahan tersebut berjalan dengan baik dan segera. Amin, Insyaallah.

    Selesai aje urusan, lepak la kejap kat rumah lama di Simpang Empat tu (dekat ngan Kolej). Masih ada yang duk situ. Tapi tak lama pon sebab akan naik bas kul 1 tengah malam tu gak. Tapi turun kat Seremban sebab ada urusan lain pulak yang hendak disetelkan. Sampai Seremban kul 6 pagi. Bas laju macam kura-kura....huhu....

    Jumaat, Julai 09, 2010

    No Idea...

    Sudah lebih dua minggu pulang dari Medan. Beberapa hari duduk di rumah, memang membosankan sebab tak tahu nak buat ape lagi. Takde benda yang menarik atau best nak buat. nak pegi jalan2 pusing kampung pun tak de yang best jugak. So, hari-hari la buat keje yang sama je. Lepas sembahyang subuh sapu rumah, sarapan, and then tengok tv sampai malam. Tak buat ape2 sementara menunggu panggilan kerja atau temuduga. 

    Kalau petang skit layan tv9 tengok kartun dari Wonderpets sampai la Spongebob. Tu yang aku paling minat dari cite lain. kalau nak cite pasal kartun2 kat tv9 ni, banyak yang aku suka macam Danny Phantom, kappa Mikey, El-Tigre, Wonderpets, The Fairly Odd Parents, Jimmy Neutron, Cat Dog, dan tentunya Spongebob. Kira hampir semua kartun tu aku suke...huhu..mengalahkan budak2 pulak. Aku mengaku bahawa aku suka tengok cite kartun. Kartun2 kat tv9 tu antara kartun2 yang aku minati. 

    Ramai yang bertanya kat aku terutama kawan-kawan, apasal la aku ni suke tengok kartun? Perangai pon macam kartun je....( ye ke?). Mmm...susah nak jawab soalan tu. tapi ape yang aku boleh katakan aku suke dengan aksi2 kelakar dan gelagat kartun2 tu. Macam2 hal yang terjadi, camne selesaikan masalah, menambah masalah, lawan sana sini, ayat2 kelakar, fantasi, merepek, lawak bodo, dan macam lagi yang buat aku suke. Jangan marah arrrr......

    Apa pandangan korang kalau lelaki macam aku ni, ye la, selalu orang panggil Ustaz, suka tengok cite2 katun. Ape saje kate orang, ni dah jadi peberet aku nak tengok. Orang lain tak nak tengok, aku nak tengok. Same layan katun ngan anak buah aku sorang ni. Baru dua tahun dah pandai tengok katun. Tapi yang paling pelik die suke tengok iklan, time cite tak berepe layan. Kalau mase iklan tenganga tengok tv, orang sakat pun die buat tak layan je. Tapi kalau cite Upin & Ipin die tengok. Kalau cite dah habis die akan menangis nak cite tu lagi...Cess...ape jenis budak la nih.

    Sebenarnya aku dah takde idea nak letak ape kat entry kali nih...tu yang masuk cite katun kegemaran aku ni.   Lain kali aku cite yang best2. Banyak nak cite tapi malas nak menaip. 

    Sabtu, Julai 03, 2010

    Kesalahan Wanita Dalam Berpakaian

    Melihat kepada dunia sekarang, wanita-wanita Islam tidak mengambil berat soal aurat mereka. Pemakaian mereka ada kalanya tidak dapat dibezakan dengan wanita-wanita barat. Bahkan ada yang lebih teruk dari segelintirnya. Tetapi tidak ketinggalan juga bagi yang memakai tudung. Cara pemakaian tudung mereka tidak menepati apa yang dituntut oleh Islam. Antara kesalahan yang dilakukan adalah :

    1. Bagi wanita, aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
    2. Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
    3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
    4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
    5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
    6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat/kuliah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
    7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
    8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

    Firman Allah yang bermaksud :

    Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

    Lagi Firman Allah yang bermaksud :

    “Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

    Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    “Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

    Kesimpulannya

    Wahai sekalian wanita Islam kembalilah kamu semua ke ajaran Islam yang sempurna atau kaffah. Sesungguhnya diri kamu akan selamat di dunia dan di akhirat, Islam bukan agama yang membebankan kamu semua, tetapi Islam adalah agama yang paling cantik dan dapat menyelamatkan kamu dari fitnah dunia. Jadikanlah Khadijah dan Aisyah isteri Rasulullah saw sebagai contoh tauladan kamu semua kerana sesungguhnya mereka adalah umul mukminin (ibu mukmin).

    Sumber: asshafiee

    Jumaat, Julai 02, 2010

    Sajak: Sebuah Lukisan


    (Klik untuk besarkan gambar)

    Khamis, Julai 01, 2010

    Logiknya Solat Dalam Sudut Pandangan Sains

    "Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

    Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

    Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

    Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

    Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

    Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

    Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

    Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

    Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

    Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

    Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

    Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam."