fm

Rabu, September 29, 2010

Untuk Suami...

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You". 
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur. 
4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh. 
5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai. 
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik
7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri. 
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. 
9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya.... sekiranya pendapat isteri anda salah.... betulkan. 
10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa. 
11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual. 
12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri. 
13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.. 
14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai. 
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala. 
16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan. 
17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan. 
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai. 
19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak. 
20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri. 
21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi 'angpau' kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira. 
22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan. 
23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya. 
24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan. 
25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu! 
27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka. 
28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian. 
29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.
30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka. 
31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu... itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Isnin, September 27, 2010

Fakta Kelakar....







Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.
Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.
Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.
Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada gunanya...:P

Wajah dan Hati Yang Cantik

Tak perlu beli kosmetik yang mahal-mahal. Cubalah petua di bawah. 

• Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdo’a.
• Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘bersenam’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.Lalu berkomunikasi pada Allah SWT dengan zikir dan do’a.
• Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN.
• Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
• Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
• Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Tiada Alasan Untuk Tidak Solat

Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor knp pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak de masjid/surau dan yg paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedang solat adalah kewajipan kita.

Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya.
Semoga gambar-gambar di bawah memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba.

Rabu, September 22, 2010

Raye oh Raye (7 tahun menanti)

Alhamdulillah, pada 8 September 2010 (2 hari sebelum raya), saya dapat pulang ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara. Dah tujuh kali raya puasa saya menyambutnya hanya bersama kawan2 di luar  negara. kali ni barulah berpeluang merayakannya bersama yang tercinta.

Macam biasalah kalau raye puasa, semua keluarga saya akan beraye di Melaka, kamung mak ayah saya iaitu di Kampung Kuala Linggi. Rumah wan aku (yang satu-satunya maka ayah orang tua aku yang masih hidup) jadi hala tuju aku pada hari kepulangan tersebut. mak aku cakap ade bas dari Port Dickson ke Kuala Linggi, jadi aku dari Seremban naik bas ke PD. Sampai kat PD cari la bas ke kampung aku tu, tapi malangnya perkhidmatan bas ke sana sudah lame stop mungkin sebab orang takde kot....so, kalau bas dah takde, camne nak balik kampong ni???

Saya tanye2 la driver bas yang ade kat situ, die yang cakap sendiri bas ke sana dah takde lagi n kalau nak pegi juga, boleh naik bas ke Pasir Panjang dulu then naik teksi atau prebet sapu ke KL (kuala Linggi la). Pasir Panjang??? Mane la pernah sampai sana! Sampai kat PP, turun kat pekan kecil PP tu macam pelanduk masuk kampung n tak tau nak ke mana n wat pe. tanye punye tanye orang akhirnya ade la sorang pakcik yang kebetulan berniaga di tepi jalan tu sudi bawa saya sampai betul2 depan rumah wan saya. Alhamdulillah...lega hati aku . Terima Kasih banyak2 kat Pak cik tu sebab bantu aku pulang. Barakallahu fi umrik.....

Duk umah wan saa tu x best sebab x de geng. Wan saya tinggal sorang2 je umah tu. Rumah mak cik aku kat depan tu je jadi hari mantai, sebab family saya x balik lagi, saya tolong2 la diorang masak. petang baru la kaum kerabat memenuhi rumah wan yang kecik tu. ade la dalam 30 orang kot dalam rumah yang ade dua bilik je, 1 dapur, n satu bilik mandi tanpa tandas (nak ke tandas pegi rumah depan). Sebaik la ade ruang tamu yang agak besar. Boleh la muat2 untuk semua orang yang ade hari tu.

P/s: tahun ni tak beli baju raye. pakai aje jubah yang ada yang dibeli 3 tahun lepas. Orang bukannya perasan n nak tengok pun baru ke tak. Tunggu 2-3 kali raye baru beli baju raye baru kot....Duit raye pon x dapat nak eri kat sanak saudara sebab x de bujet. Baru sebulan keje manela nak ade duit banyak.....

Selasa, September 21, 2010

Catatan Kerja 4

Pada 8 September yang lalu, genaplah sebulan saya bertugas di Sri Seremban. Masa tu sekolah dah mula cuti, tapi untuk student yang akan mengambil peperiksaan tahun ni (PMRU, PMR dan SPM) ada kelas tambahan atau KDC (kelas dalam cuti) yang bermula 4 hb hingga 7 hb. So, dapatlah balik raya pada 8hb tu. Dua hari je lagi nak beraya baru la dapat nak beli2 ape2 barang yang patut untuk dibawa pulang.

Sebenarnya, saya tak pandai nak ngajar ni. Takde kemahiran n pengalaman. Bleh katakan tak tahulah...tapi mase dalam kelas tu main hentam je lah ngajar berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru2 lain. Madah tak banyak pun, 1 je untuk empat kelas. Form 1 dan form 2 yang masing2 dua kelas. Boleh la sebagai permulan nak belajar teknik mengajar.

Sekarang ni dah mula mengajar dari buku, sebab sebelum ni hanya jage pekse n semak/ bincang kertas jawaban je bile masuk kelas. Untuk form 2 ade tugas berat coz dalam mase tak sampai sebulan lagi diorang akan ade pekse besar. Jadi sebagai persiapan diorang, saya banakkan latihan menjawab soalan setiap kali masuk kelas. Form 1 plak akan diadakan ujian syafawi (lisan) hafazan hadis untuk sebahagian dari markah pekse (masih dalam plan lagi).

Sekarang ni banyak berfikir untuk kegiatan asrama (perancangan masa pendek dan panjang)....ape nak wat ye.....

Rabu, September 01, 2010

Diet makan Rasulullah SAW


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


JENIS MAKANAN

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU 
Jangan makan IKAN bersama TELUR 
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL


CARA MAKAN

JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...)
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..

Personaliti Melalui Kenderaan Kesukaan


Tahukah korang bahawa pemilihan kenderaan melambangkan diri seseorang. dalam diam, orang lain akan meramal diri korang, menilai peribadi korang... berhati-hatilah bila memilih kenderaan untuk dinaiki. cuba korang jawab soalan-soalan kat bawah ni, korang akan dapat menilai diri sendiri. Selamat menjawab! ;D

Soalan: Anda pilih untuk menggunakan kenderaan apa?

a) kereta
b) lori
c) motor
d) van
e) jeep
f) skuter
g) basikal
h) beca
i) sampan
j) tongkang
k) kapal terbang
l) helikopter
m) kerusi roda
n) kereta sorong
o) lelain...

jika korang pilih....

a- korang mmg suka naik keta

b- korang mmg suka naik lori

c- korang mmg suka naik motor

d- korang mmg suka naik van

e- korang mmg suka naik jeep

begitulah seterusnya dll... hehehe~

Fakta Yang Jarang Diketahui

Fakta-fakta yang jarang-jarang korang dengar

1)Bom nuklear yang meletup di hiroshima dan nagasaki diberi nama 'fat man' dan 'little boy'.

2)Bom terkuat di dunia ,bom hidrogen yang diletupkan di Socorro, New Mexico, diberi nama 'trinity'.namun ianya diharamkan penggunaannya sejurus selepas mereka selesai meletupkannya.

3)Batu @ galian yang menyerap radiasi bom 'Trinity' dinamakan 'Tritenite'

4)Mata yang anda lihat pada watak kartun@anime jepun sebenarnya berasal dari mata ikan.

5)Gelaran 'TUN' adalah gelaran yang paling tinggi sekali justeru ianya tidak boleh dikurniakan kepada lebih dari 25 penerima yang masih hidup.

6)TUN Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn adalah antara penuntut silat seni gayong yang paling dikenali ramai.

7)Kebanyakkan barangan global dihasilkan di malaysia. Antaranya adalah chip Intel Pentium (ya..yang ada dalam komputer dan laptop anda tue...).

8)Ramai yang mengatakan album siti nurhaliza adalah yang paling laris di malaysia tapi kumpulan nashid Raihan adalah pemegang rekod sebenar bagi album terlaris di malaysia dengan jualan 700,000 unit album 'Puji-Pujian'

9)Restoren mcdonald's adalah pembekal mainan paling banyak di dunia.

10)Cuba teka binatang apakah yang paling berbahaya di dunia..singa?,gajah?,ular?,jerung?,.semuanya salah.jawapan sebenarnya adalah lalat.(yer lalat yang selalu hinggap kat makanan korang tue) kerana lalat selalu hinggap dekat 'buangan' haiwan lain dan menyebarkan lebih banyak penyakit berbanding binatang lain.

11)Super glue sebenarnya dicipta dengan tidak sengaja.saintis sebenarnya mahu mencipta bahan yang menyalut bahan optic (seperti contact lenses) dengan meletakkan super glue antara dua prism dan menghalakan lampu padanya.namun apabila saintis itu cuba mengasingkan kedua-dua prism tersebut ia tidak dapat dipisahkan (mujurlah dia tak teruskan ujikaji nie kalau tidak hancus mate pengguna contact lenses iyer?

12)Ramai orang setuju yang sebenarnya beruk lebih kacak dari manusia.anda tidak percaya?cuba anda tanya pada seseorang 'antara aku dengan beruk mane satu lebih kacak?' (jika ada antara mereka jawap 'anda',mereka adalah antara orang yang paling baik hati.hehehe)