fm

Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 26, 2014

MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST

Makanan yang perlu dielakkan:

1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.

evening primrose oil
**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.

3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.

4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.
Makanan yg di galakkan
> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan
> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak


FIBROID DAN CYST
♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA♛
TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?
1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.
Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka

Jumaat, Oktober 18, 2013

10 Pesanan Jadi Isteri Solehah

HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak gadisnya dipinang orang. Sukanya hati bukan kepalang lalu pelbagai langkah bersiap untuk melangsungkan pernikahan dijalankan menurut tertib dan adat.

Biasanya ibu dan ayah akan bertungkus-lumus berusaha menjadikan majlis akad nikah puteri kesayangannya dengan penuh komitmen supaya meriah dan ceria.

Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.

Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah.

Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”

Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.

Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga.
Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.

Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.”

Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”

Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.”

Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.

Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.

Pesanan lain, “Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”

Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur.

Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka. Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga.

Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.

Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.

Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau: “Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.

Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.”

Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.

INFO: 10 pesanan jadi isteri solehah
  1. Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  2. Mendengar dan mentaati suami.
  3. Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
  4. Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  5. Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  6. Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
  7. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  8. Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
  9. Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
  10. Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.
albakriah.wordpress.com

Sabtu, September 08, 2012

Petanda Dia Adalah Jodoh Kita


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Isnin, Mac 19, 2012

Suri Rumah Atau Bekerja?

Wanita Bekerjaya : 

1. Dapat bantu suami dari segi ekonomi, Tapi masa utk bersama suami agak kurang. 
2. Kemungkinan besar bila dah terlalu sibuk dengan kerjaya peranan seorang isteri untuk melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas dsb akan terabai 
3. Anak-anak juga kemungkinan akan kurang mendapat kasih sayang yang secukupnya bila si ibu dan ayah sibuk dengan hal kerja masing-masing 
4. Terdedah kepada fitnah. Yelah, jadi isteri orang ni bukan senang. Besar tanggungjawabnya 
5. Tak ada masa nak tambah amal ibadat sebab sibuk kerja, keluar pagi balik senja. 


Wanita Suri Rumah : 

1. Memang sejak dari dulu peranan isteri adalah menjadi suri rumah yang menjaga hal-hal di rumah 
2. Keperluan suami dan anak-anak mungkin akan lebih terjamin. Makan, minum, pakaian, rumah semua akan lebih terjaga. 
3. Pagi-pagi sebelum subuh bangun kejut suami untuk solat berjemaah. 
4. lepas subuh boleh wirid panjang dan baca quran. 
5. sebelum waktu duha dan siap-siapkan sarapan untuk anak-anak dan suami. 

Habis tu wanita belajar tinggi-tinggi buat apa? tepuk dada tanya iman masing-masing.  

Rabu, November 23, 2011

Siapa Wanita Cantik?



Wanita cantik ialah:
1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjayamemanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

P/S PDH : Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang. Cantik itu subjektif!


© Kimo

Isnin, Jun 13, 2011

Coret-coret Pakaian Wanita Kita


Photobucket
Photobucket
Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Rabu, April 06, 2011

7 Cara Menggalakkan Kebahagiaan Keluarga

Setiap orang ingin merasa hidup berkeluarga. Namun semua harus sedar bahawa sebuah keluarga bukan sekadar untuk dibina, tetapi mengekalkan dan menyuburkan sesebuah keluarga merupakan perkara yang paling penting. Setiap insan yang bergelar ibu dan bapa pasti inginkan keluarga yang bahagia. Banyak perkara yang boleh dilakukan dan diamalkan bagi menjamin kebahagian sesebuah keluarga. Di sini, aku ingin berkongsi beberapa tips bagi menggalakkan kebahagian keluarga, harap dapat mengisi minda bagi yang sudi membaca.....

1. Bersenanglah pada waktu anda bersama anak, pasangan atau di dalam keluarga. Anda seharusnya memberi banyak masa anda sendiri dari mengambilnya.

2. Tunjukkan perasaan anda, jadi anak-anak akan mengikutnya. Ini akan mengajar mereka untuk meluahkan perasaan masing-masing. Sentuhan adalah sesuatu yang amat penting dan melakukannya sebagai sebahagian dari amalan dalam keluarga adalah sesuatu yang baik, seolah-olah ia menyatakan perasaan sayang pada satu sama lain.

3. Bilang hingga 10 tarik nafas yang panjang dan berhenti melakukan sapa saja perkara baru yang anda cuba namun tidak berjaya. Tanya diri anda adakah anda seorang yang munasabah atau bolehkah anda ambil perkara itu dari sudut positif? Ajar anak anda untuk berfikir begitu.

4. Kekalkan peraturan dan hadkannya secara konsisten. Ini memerlukan kata-kata yang bagus dan kemahiran kokunikasi antara ibu dan bapa serta semua orang dewasa yang sayangkan anak anda. Berpendirian tetap dalam membuat batas-batas pada ank-anak penting agar mereka juga belajar untuk menghormati dan bertindak dengan apa yang telah ditetapkan.

5. Jadilah seseorang yang pentingkan diri sendiri sedikit. Ini penting unutuk tonjolkan diri anda sebagai satu individu dan sebagi satu pasangan begitu juga sebagai ibubapa. Maka, ambillah masa untuk berdikari dan bergembira.

6. Makan bersama dan nikmati aktiviti sebagai satu keluarga di mana-mana yang anda boleh. Padamkan televisyen dan gunakan peluang yang ada unutk berborak misalnya.

7. Bila keadaan menjadi serba tidak kena, fikirkan kembali mengapa. Misalnya jika menyediakan sarapan selalu membuatkan anda tergesa-gesa dan akhirnya lembat menghantar anak ke sekolah atau tadika, tanya diri anda adakah anak anda mempunyai tidur yang cukup? Fikirkan, sama ada semua orang terlalu bergantung kepada seorang individu sahaja atau anda perlu rombak rutin hari anda setiap pagi ?

*Perkongsian idea dari Mami&baby*

Ahad, Januari 30, 2011

Nikah Tutup Aurat, Sanding Buka Aurat


Setiap kali majlis nikah, ia biasanya dilangsungkan di masjid mahupun di surau. Jadi, di situ biasanya ahli keluarga terdekat dan rakan taulan hadir untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah yang menyatukan dua hati.
Biasalah, jika dilakukan di masjid, semua yang hadir perlu mematuhi adab memasuki masjid. Sudah pasti, antara lain yang dipatuhi ialah adab menutup aurat dengan sempurna.
Jadi, di situ dapat kita lihat ramai yang hadir cantik menutup aurat khususnya yang perempuan, termasuklah perempuan yang akan dinikahkan.
Alangkah indahnya majlis penyatuan hati disertai oleh orang-orang yang patuh pada tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati. Si pengantin perempuan elok menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari yang bakal dilalui sebagai isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya disahkan.
Namun yang sedihnya, ia hanya setakat majlis nikah itu.
Apabila tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini sana.

Tiada lagi kesucian majlis sepertimana yang ada pada majlis nikah sebelumnya. Itu belum lagi dibincangkan hal tingkah laku yang ada kalanya hilang kawalan. Dalam sedar mahupun tidak, banyak mata yang memerhati.
Malangnya, bukannya semua yang hadir ke majlis persandingan adalah mahram kepada pengantin. Sudah tentu hadirin terdiri daripada orang-orang yang bukan mahram juga, yang tidak halal mata mereka menjamah aurat pengantin, khususnya yang perempuan.
Jika dalam majlis nikah, segala tuntutan agama boleh dipenuhi, mengapa tidak meneruskannya dalam majlis persandingan pula?

Apakah ada beza amalan agamamu ketika majlis nikah dan ketika majlis persandingan? Apabila ada beza auratmu kepada yang bukan mahram ketika di masjid dan ketika di luar masjid? Mengapa ada kesedaran bahawa agamamu ialah Islam ketika dinikahkan, tetapi tidak ketika berada di persandingan?

Pelik. Tetapi itulah realitinya yang kerap berlaku sekarang.
Buat bakal pengantin, sedarlah bahawa Islam mewajibkan umatnya menutup aurat kepada orang yang bukan mahram setiap masa dan tidak kira di mana-mana.
Nasihat ini bukan khusus untuk wanita sahaja. Buat keluarga pengantin perempuan, tunjukkanlah cara yang terbaik yang menurut tuntutan Islam dalam menganjurkan majlis. Buat si bakal suami, ketahuilah bahawa sejurus lafaz nikah disahkan, tanggungjawab, dosa dan pahala isteri ditanggung suami. Usahlah menjadi suami yang dayus dengan membenarkan isteri mendedahkan auratnya.
Seolah-olah tidak ada makna dan tidak istimewa nikah yang dilafazkan sekiranya mata orang-orang yang bukan mahram berkongsi melihat aurat isterimu.