fm

Jumaat, Mac 19, 2010

Berehat sebentar

InsyaAlah, esok 20 hb Mac, saya akan pulang sebentar ke Malaysia. Ada beberapa hal yang perlu saya lakukan dan selesaikan. Tak mahu mengambil masa yang lama, rasanya dalam 3 minggu sudah siap dan boleh pulang ke Medan. Kali ni saya memilih penerbangan Firefly kerana masa ni tiketnya murah berbanding Airasia. Akan turun di Subang. Ini kali pertama akan turun di Airport Subang kerana sebelum ini menaiki Airasia dan turun di LCCT. Kepada makluman kawan2, saya akan berehat sebentar untuk tempoh saya berada di Malaysia. Kat Malaysia nak tumpu pada kewajiban yang harus dilakukan jadi no time for blog (kat rumah takde internet sebenarnya). InsyaAlah apabila pulang semula ke medan, saya kan sambung semula entry seterusnya. Jumpa lagi nanti ya. Up up away......... (sebab naik flight.huhu...) Jangan jeles aaaa...... p/s: Ade ke pensyarah (pensyarah perempuan) aku kata aku nak balik Malaysia sebab nak bertunang...sabar je la dengarnye... kena gelak ramai-ramai sebab die tengah borak-borak dengan pensyarah lain. Malu aku, cepat2 aku keluar dari bilik die...

Sajak - Wasiat Ibu

Bila kau dewasa anakku Telaga kasih ayah bonda jangan dikeringkan Secalit luka usah tergaris Biar tiada airmata yang tumpah Tegakkan mereka di tugu paling mulia Agar tasik kebahagiaan Bisa mengepung kehidupan.

Bila kau dewasa anakku Biar Al Quran menjadi bacaan harianmu Sunnah Nabi menjadi rujukanmu Agar kau tidak tersesat di belantara dunia Yang paling kelam dan gelap Kelak rohmu bisa digamit bidadari Syurga.

Bila kau dewasa anakku Biarlah pilihanmu wanita solehah Bakal penyejuk hati dan matamu Kaulah nakhoda pengemudi utama Usah kau layari Sungai Jahaman Yang merah menyala Kerana Sungai Firdaus berair madu Yang sedia menantimu dengan keredhaan Ilahi.

Bila kau dewasa anakku Dalam munajat dan doaku Biarlah lahir seorang mukmin sejati Bersungguh sungguh memikul Tanggung jawab dan amanah Allah.

Mutiara Kuala Lumpur

Peribahsa Melayu 4

Bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

SMS cinta 52

Salam MANIS serta MADU, Salam SAYANG serta I LOVE U. Salam RINDU serta I MISS U. Salam INGATAN kuingin tahu... HOW ARE U?

Panduan Penjagaan Anak 4

Nak bawak anak ke mana-mana atau nak selimutkan anak tu, baik-baik. Kasi selesa, aman dan selamat. Jangan bungkus macam beli ayam kat pasar pulak.

Isnin, Mac 15, 2010

Panduan Penjagaaan Anak 3

Ini manusia bang..bukannya haiwan. Letak anak dalam buaian atau yang seumpamanya. Bukan letak dalam sangkar burung. Cuba ko pulak yang masuk dalam reban ayam, ape ko rase?

Sabtu, Mac 13, 2010

Mantan Bendahari Agung

Kalau cerita bab-bab duit ni, aku boleh jadi pitam. Kalau aku pegang duit, aku boleh jadi lupe kat mane aku simpan. Dalam bilik aku pulak bersepah-sepah duit syiling ngan duit kertas. Semua tempat ade. Tak reti nak letak satu tempat khusus melainkan dalam poket seluar je. Banyak kali jugak la duit2 kertas aku bermandikan sabun dan pewangi baju.
Ade pula sorang insan ni nak lantik aku jadi Bendahari Agung Persatuan. Jawatan yang paling aku tak suke dan takde minat apatah lagi takde kemahiran atau pengalaman menguruskan kewangan. Kalau kira-kira duit, lame2 aku boleh jadi semacam urat beku kat otak aku nih. Memang tak reti...
Tapi di atas permintaan kawan-kawan, aku terimalah juga dengan hati yang berat tapi cuba untuk ikhlaskan niat. Aku akan berikan khidmat termampu...
Sekarang ni dah setahun (dah abis sesi dah pun) aku urus kewangan persatuan...banyak yang aku pelajari. Yang paling penting ialah amanah (moral) dan kebijaksanaan mengurus. Memang aku akui, aku banyak melakukan kesilapan merencanakan belanjawan tahunan. memang banyak komen-komen mengenainya. Aku minta maaf banyak2 atas kesilapan. Aku dah cuba sedayanya...
Aku dah berikan satu kekuatan dana untuk sesi baru..baki tahunan 3 kali ganda dari sesi sebelum aku. ramai yang terkejut dengan jumlah tu. Aku pun tak tahulah camne boleh banyak. Aku tak pernah pun mintak mane2 sumbangan dan dah banyak beri kat perwakilan dan kelab...baki masih banyak lagi. laporan yang aku buat walaupun ade kesilapan teknikal tapi aku boleh katakan agak lengkap...(camne tu tak dapat nak tulis kat sini).
Anything, aku dah berikan yang terbaik dan minta maaf banyak2 yang tersilap tersalah. Biasalah tu kelemahan manusia. harap sesi baru boleh baiki dan ambil iktibar dari sesi aku. Moga sesi baru terus sukses.

Panduan Penjagaaan Anak 2

Nak check baby tu dah ek-ek ke belum, tarik je belakang pempers dia tu.
Tak payah gatal-gatal tangan gobok pulak untuk memastikannya. :-))

Peribahasa Melayu 3

Arang habis besi tak kimpal

Maksud : Kerja yang sia-sia

Jumaat, Mac 12, 2010

Panduan Penjagaaan Anak 1

Beri bayi makanan yang sesuai mengikut keperluan asas bayi seperti susu dan nestum. Jangan nak mengada-ngada bagi makan KFC atau Pizza pulak.

Khamis, Mac 11, 2010

Kesejukan Ais & Hikmahnya

* Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. * Orang yang tidur dalam udara yang sejuk & berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. * Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. * Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti & pergerakan bumi pada paksinya. * Ais @ air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. * Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan & berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. * Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran & kepantasan pergerakan. * Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. * Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalahpengimbang dasar bumi yang amat panas. * Air sejuk @ ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut sepertidemam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. * Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patahdengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. * Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. * Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan & mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. * Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. * Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. * Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. * Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. * Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. * Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan & keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Rabu, Mac 10, 2010

SMS cinta 51

Kukirim 1,000,000 senyuman,
1 untuk hari ini &
kamu simpanlah 999,999
didalam hatimu.

Keluarkanlah 1 per 1
bila kamu mengingatiku,
pasti kamu akan
turut tersenyum…=)

Peribahasa Melayu 2

Yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Selasa, Mac 09, 2010

Peribahasa Melayu 1

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

SMS cinta 50

Sebanyak mana awak
‘RINDU’ saya

lebih banyak saya
‘MERINDUI’ awak

tapi sebanyak mana awak
‘MELUPAKAN’ saya

tak sedikit pun saya
MELUPAKAN’ awak..

SMS cinta 49

Hiasi tidurmu dgn
titisan air SEMBAHYANG
Lelapkan matamu dgn
kalimah SYAHADAH

alaskan tidurmu dgn
DOA
moga.. dirimu mendpt
rahmat dari NYA

SELAMAT MALAM…

Isnin, Mac 08, 2010

Untuk Wanita Bertudung

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang.
Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat.
Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis
Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong.
Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah
Kebaya ketat, kain terbelah.
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung.
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung
Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’.
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan.
Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan
Menutup aurat satu syariat.
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat.
p/s: opsss, kepade sesiape yg terkena, jangan marah, hekhek.. ;p hanyalah sekadar peringatan untuk semua ;) tapi lagi okla kan bertudung dari tak pakei ap2 untuk menutup aurat en, lalala~ ;D

Ahad, Mac 07, 2010

Bunga Putih

(Klik gambar untuk besarkannya)

Khamis, Mac 04, 2010

Langkah Demi Langkah Dalam Merancang Majlis Perkahwinan

Kali ni nak cerita luar sikit la. Pasal kahwin plak. Khas untuk yang merancang nak kahwin tak lama lagi atau dalam proses. Ni saya ambil dari satu laman web khusus cite pasal kahwin. Berikut adalah perancangan yang disarankan untuk bakal-bakal pengantin, tak kira pihak lelaki atau perempuan.

1) Tetapkan tarikh

Sebelum membuat apa2 perancangan, tarikh nikah hendaklah ditetapkan awal2. Seelok-eloknya, tarikh ditetapkan at least 6 bulan sebelum majlis berlangsung - bagi memberi korang masa yg cukup untuk merancang.

2) Kursus kawin

Setiap pasangan yang nak kawin, wajib mengikuti kursus kawin. Sebaik-baiknya selepas dah set tarikh nikah, terus daftar jer untuk kursus kawin yang biasanya hanya berlangsung 2 hari sajer.

3) Tentukan konsep majlis

Bincang dengan pasangan bagi mendapat ilham konsep perkahwinan sama ada exclusive, modern atautraditional. Tetapkan jugak lokasi di mana korang ingin majlis diadakan sama ada di rumah sendiri, dewan, taman, hotel atau tempat2 lain yg seangkatan dgnnya.

4) Buat bajet perkahwinan

Cara terbaik untuk buat bajet atau perbelanjaan bagi majlis perkahwinan ialah dengan membuat list.Listkan segala bende2 yang perlu dibuat seblum majlis berlangsung. Kemudian tuliskan bajet untuk setiap perkara yg ditulis tue bagi mendapatkan anggaran jumlah bajet secara keseluruhan.

5) Buat senarai jemputan

Senaraikan saudara mara, kawan2 dan kenalan yang ingin dijemput supaya senang korang nak tempah kad kahwin nanti. Selain tue, dengan adanya list nie, korang bleh tau sebesar atau semeriah mana majlis perkahwinan korang nanti.

6) Pilih pakej perkahwinan

Seboleh-bolehnya 3 bulan sebelum majlis, korang dah kena pilih pakej perkahwinan yang sesuai. Sebabnya kalu tempah lewat2, semua pakej yang lawa2 dan berpatutan mungkin dah abis ditempah orang (lebih2 lagi kalu majlis dibuat masa cuti sekolah). Biasanya, pakej kawin nie akan termasuk sekali pelamin, baju pengantin, hiasan kamar pengantin, pintu gerbang, make-up, fotografi dll…

7) Tempah kad

Setelah siap buat list jemputan, korang kena lah tempah kad jemputan kawin pulak. Biasanya kira-kira dalam 2 bulan sebelum majlis diadakan, korang dah bleh tempah kad kawin nie. Jangan tunggu last2 minute, sbb nnt kot tak sempat nak hantar kad pulak.

8) Shopping untuk barang2 hantaran

Barang2 untuk hantaran kawin nie better dibeli masa tengah ada sale. Barang2 yg tahan lama spt kasut,handbag dsb. boleh dibeli awl2 lagi. Alang2 tue, belilah skali alat2 untuk buat gubahan hantaran. Nie jika korang gubah barang2 hantaran tue sendiri la…Jimat masa sket, ye tak?

9) Memilih cincin

Dalam adat perkahwinan Melayu, cincin melambangkan ikatan kasih sayang di antara dua mempelai.So, pilih lah cincin yang tepat dan sesuai untuk insan tersayang korang. Sebaik-baiknya, beli atau tempah cincin perkahwinan 2 bulan sebelum majlis berlangsung.

10) Settle kan segala urusan dengan pejabat agama

Sebelum majlis pernikahan berlangsung, settlekan semer urusan dengan pejabat agama spt. surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan wali. Biasanya segala urusan nie hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum majlis.

11) Hantar kad jemputan

Haii… kalu terlupa hantar kad jemputan, sunyi sepi la majlis perkawinan korang nanti:-) Kad jemputan nie elokla dihantar 1 bulan atau beberapa minggu sebelum majlis. Jangan korang lupe pulak, yer!

12) Tempah khidmat katering/tukang masak

Selewat2nya 1 bulan sebelum majlis, korang dah kena tempah khidmat katering atau tukang masak untuk kenduri kawin korang. Ini bagi memberi masa yg cukup untuk tukang masak membeli barang2 dapur spt. beras, rempah, daging dsb…

13) Tempah pakej canopy

Pakej canopy jugak perlu ditempah awl2. Pastikan pakejnya termasuk kelengkapan yang berkaitan spt. kerusi, meja, tray lauk, bekas minuman, pinggan, gelas dsb. lagi.

14) Pastikan gubahan hantaran sudah siap

Sebelum majlis berlangsung, pastikan segala hantaran telah siap digubah. Barang2 hantaran seperti manisan, coklat, kek dsb. boleh digubah sehari sebelum majlis berlangsung. Manakala barang hantaran spt sejadah, telekung sembahyang, sepersalinan kain dsb. boleh digubah awl2 lagi.

15) Telefon pihak2 berkaitan dan pastikan segalanya berjalan lancar.

Pihak2 yg dimaksudkan adalah spt. penyedia pakej perkahwinan, juru solek, tok kadi, camera man,caterer (kalu guna khidmat katering) dll yang berkaitan. Nie penting bagi mengelakkan sebarang masalah yang tak diingini berlaku menjelang majlis perkahwinan korang nanti.

16) Hari berlangsungnya majlis!

Saat manis anda telah tiba! Bagi pasangan Raja Sehari, bergembiralah di majlis bahagia korang nie. Relaks, tenangkan fikiran dan jangan panik:-) Jika telah diatur dengan baik, segala2nya akan berjalan dengan sempurna!

p/s: Bila plak aku punye turn ya! :-) Errrrr.....