fm

Ahad, Januari 31, 2010

SMS cinta 28

Kalau kamu bertanya berapa kali kamu datang ke fikiranku, jujur saja, cuma sekali. Yalah, tak pernah keluar-keluar!

SMS cinta 27

Salam MANIS beserta MADU,
salam SAYANG beserta I LOVE U.
salam RINDU beserta I MISS U,
salam INGATAN kuingin tahu..
HOW ARE U?

Khamis, Januari 28, 2010

SMS cinta 26

AnGkAT tgN! inI RoMPaKan! YG HenSEM Ke SeBELah KaNAn! yG lAwA ke SeBelAh KIri! yg WaJaHnYa hoDoH ke TeNgaH. AWak! yE AwK jgn pUrA2 bAce SMS!. cEpAt Ke TeNGah !!

SMS cinta 25

"Smlm aku mimpi jumpa syaitan & iblis, mreka kata:tnjukkn pd kami mnsia yg baik2 sbb kmi nk goda. Aku cakaplh nama hang. Trus mereka marah. Dgn brkata:mana boleh, itu BOS kami!

SMS cinta 24

One day u'll be surprise.. To see me bside u U & me LAUGHING, U & me CRYING, U & me DREAMING, u & me together Forever Just u & me in MENTAL HOSPITAL u patient & I doctor

SMS cinta 23

ada orang cerita pasal awak, saya tak pasti betul atau tak.
tapi tu hak awak dan saya tak nak campur.
betol ke? macam tak caya je saya yang awak tu ahli POWER RANGERS!

Kisah Sebuah Masjid

Mungkin kita tidak akan percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong dalam golongan fakir miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu “Shanke Yadem” (Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh bukan? Di sebalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut berselindung kisah yang sangat menarik dan mengandungi pelajaran yang sangat berharga buat kita.
Ceritanya begini :
Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggiran kota Istanbul ada seorang yang warak’ dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar dia tidak membeli apa-apa. Ketika merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: “Anggap saja sudah makan”; dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem”.
Apa yang dia lakukan selepas itu? Wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan sebuah tabung. Begitulah yang dia lakukan pada setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan berbelanja sesuka hati kecuali cukup untuk membeli sedikit makanan bagi meneruskan kehidupannya.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi tetap istiqamah dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid. Tanpa disedari, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknya sangat sederhana. Sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.
Akhirnya, Khairuddin berjaya mencapai cita-citanya yang amat mulia itu. Masyarakat di sekitarnya pun turut berasa hairan dan kagum. Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, yakni membangun sebuah masjid. Khairudin ternyata orang yang sangat luar biasa dan mempunyai tahap keimanan yang tinggi. Ramai lagi orang yang kaya-raya tetapi tidak mampu berbuat kebaikan seperti yang dilakukan oleh Khairuddin Afandi.
Masyarakat kagum dengan Khairuddin Afandi. Mereka kagum bagaimana seorang yang fakir miskin boleh membangunkan masjid. Merekapun sepakat memberi namanya dengan: “Shanke yadem” (Angap Saja Saya Sudah Makan).
Subhanallah! Jama’ah yang melimpah, tanda keberkahan dan amal sholeh dari harta yang halal dan bersih.

Jangan Terlalu ….


1. Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan – merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat – merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu banyak ketawa – merosakkan usus / menghilangkan nur wajah (yang ini aku tambah).

7. Terlalu kerap marah – merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. (fikir masalah umat takpe kot?)

9. Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut – merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut – merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan – merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais – merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

SMS cinta 22

Zaman berubah tetapi dendam manusia tidak pernah berubah.
Lelaki yang gagah mustahil tidak pernah menangis.
Tetapi percintaan yang akan menyebabkan mereka menangis.

SMS cinta 21

Jika cinta itu dicukai...
aku lah pembayar cukai paling tinggi!

Selasa, Januari 26, 2010

SMS cinta 20

Ku hampiri katilmu... kutatap wajahmu... kukucup ke2 belah pipimu... ku bisikkan ke telinga mu... INNALILLAHIWAINNAILAIHIRROJIUUN...

SMS cinta 19

Ingatlah..jika dimarah kamu DIAM.. jika difitnah kamu SENYUM.. jika dikeji kamu KETAWA.. Nescaya dgn berbuat demikian, kamu tergolong orang2 yang SOUND TROUBLE

SMS cinta 18

Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja.
Tapi setiap kali aku mendengar suaramu,
aku jatuh cinta sekali lagi!

Andai Ada Cinta

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjinya pasti. Itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sakit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang….
1-KUAT AGAMANYA.
Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-BAIK AKHLAKNYA.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-unsur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada keluarga begitu ketara.
3-TEGAS MEMPERTAHANKAN MARUAH.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam seperti ‘rumah urut’, disko, pub dan bar?
4-AMANAH
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-TIDAK BOROS
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan uwang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikonsi bersama mereka yang berhak.

Wanita yang wajib dijauhi oleh orang lelaki

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini:
1. Wanita kategori liar.
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan. Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.
2. Wanita si Bom jangka.
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya terkawal. Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya. Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.
3. Wanita si Gula-gula
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita. Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya. Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.
4. Wanita si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.
5. Wanita si Penggapai.
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya. Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak. Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama. Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.
6. Wanita yang Tercedera.
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa. Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya. Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok. Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya. Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.

SMS cinta 17

Cinta ini berdarah kerana ianya di hati, Cinta ini waja, sukar dihakisi, Cinta ini rumah, melindungi, Cinta ini hujan, memberi harapan diri, Cinta ini kamu, cinta ini aku.

Khamis, Januari 21, 2010

Michael Jackson Akhirnya Peluk Islam

LOS ANGELES, 21 NOV 2008: Sebelum ini gosip pernah tersebar mengatakan superstar Michael Jackson sedang mendalami Islam malah sudah memeluk agama suci itu. Namun tiada kesahihan tentang khabar angin berkenaan.
Semalam, sebuah akhbar di Amerika Syarikat melaporkan penyanyi lagu Beat It akhirnya sudah memeluk Islam di kediaman seorang rakannya di Los Angeles, pada minggu ini.
Laporan itu berkata, upacara itu berlangsung di kediaman pemuzik album Thriller, Steve Porcaro dan disaksikan beberapa rakan seni lain termasuk pendakwah Yusof Islam atau Cat Stevens. Sebelum ini, Michael adalah bekas penganut mazhab Kristian Jehovah's Witness.
Difahamkan, Michael, 50, mengucapkan dua kalimah syahadah di depan seorang imam yang dijemput ke upacara bersejarah itu. Michael kemudian bersetuju menggunakan nama Mikaeel, iaitu salah nama malaikat dalam agama Islam.
Sebelum ini, abang Michael iaitu Jermaine Friday, terlebih dulu memeluk Islam pada 1989 dan sejak itu penyanyi lagu Heal The World itu mula menunjukkan minat terhadap ajaran Islam.
Satu ketika, selepas Jermaine pulang dari Tanah Suci Makkah, dia menghadiahkan Michael beberapa buku tentang ajaran Islam dan pada saat itu Jermaine semakin yakin bahawa satu hari kelak, pintu hati Michael akan benar-benar terbuka untuk menjadi seorang muslim.
Sementara itu, minggu depan, Michael dijadual memberikan keterangan di sebuah mahkamah di London berhubung tentang ganti rugi berjumlah US$7 juta kepada putera kedua Raja Bahrain, Sheikh Abdullah Hamad Al Khalifa.
Sheikh Abdullah mendakwa beliau memberikan sejumlah wang kepada Michael untuk menghasilkan sebuah album di bawah label syarikatnya selain sebuah kereta mewah Rolls-Royce berharga US$120,000.
Bca lagi..klik sini.

Rakaman Lagu Terakhir Mikaeel Abdullah @ Michael Jackson (MJ) - Nasyid

Allahyarham Mikaeel (MJ) @ Michael Jackson mungkin telah mendapat hidayah ALLAH dan mungkin sekarang ditempatkan dikalangan orang-orang yang SOLEH (Insyallah). Anggaplah ini bingkisan terakhir dari beliau untuk semua umat di DUNIA tak kira apa AGAMA.
Sebelum beliau pergi meninggalkan kita, beliau sempat merakamkan sebuah nashid yang tidak disebarkan oleh syarikat rakaman tersebut.
Cuma nak kongsi kat sini. Percaya atau tidak, lagu ini adalah rakaman terakhir Allahyarham Mikaeel (MJ)
"They found it on one of Mikaeel's die hard fan website blog. It's not been published by his recording company (for sure right since he's Muslim right now) but I can guarantee if he still alive, I'm sure he'll write & produce many song especially in nasyid genre just like greatest songwriter & singer, Yusuf Islam a.k.a Cat Stevens. Hopefully his soul & body will be bless by Allah where He gave hidayah to him before end of his life".
Nak dengar lagu ini, klik sini untuk download (Nasyid MJ)
Sayu dengar lagu ni, macam nak nangis, Mikaeel Abdullah pergi dengan hidayah, nasib kita belum tentu lagi. YA ALLAH kurniakan lah Hidayahmu kepada kami semua, lindungilah kami di dunia dan di akhirat. Matikanlah kami dalam IMAN.
AL-FATIHAH untuk Allahyarham Mikaeel Abdullah (MJ),semoga cinta Allah telah dapat diraih sebelum pulangnya dia.

SMS cinta 16

Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan, Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan, Air mata kerana kekasih 1penyesalan, Air mata kerana Allah 1 keberkatan.

SMS cinta 15

Apakah kasih sayang perlu diucapkan? Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu,
hingga tidak perlu mengucapkannya.

Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok!


Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.

Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.

Ini atas beberapa alasan;

1) Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.

2) Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.

3) Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.

4) Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.

Untuk Isteri Tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

SMS cinta 14

berkawan biar beribu... bercinta sampai empat... yang spesel tu satu... yang lain tu spare part....

SMS cinta 13

Basket is raga, wood is kayu, bila i trjaga trus ingat u! This is kulit kerang, wood is kayu, i cakap trus trang, i miss giler kat u!!!

SMS cinta 12

Saat malaikat menghampiriku dia bertanya padaku “apa yg kau inginkn hari ini? Aku menjawab “tolong jaga org yg membaca mesej ini. “kerna aku SAYANG DIA”.

SMS cinta 11

Jika semlm ada kesalahnku, maafkanlah. Jka hari ini aku brtayakan khabarmu, ini yg trakhir. Jika esok tiada berita dariku, anggaplah aku telah tiada… KREDIT

SMS cinta 10

Kdg2 I sms U.. Kdg2 tidak.. Kdg2 I reply.. Kdg2 I xde kreadit.. Tapi jgn risau, brpe byk kdg2 tue.. U tetap “TEMAN ISTIMEWA” i Bkn utk kdg2.. tapi utk SELAMANYA(”,)

Rabu, Januari 20, 2010

Dunia Tanpa Cinta Allah

DUNIA AKAN MEMBEKU JIKA TIADANYA "CINTA"
Tujuh abad yang lalu Jalaluddin Rumi sufi besar dalam karyanya yang teragung "Matsnawi"mengungkapkan."Jika tiada cinta dunia akan membeku". Cinta baginya adalah umpama lautan luas dan dalam seluas dan sedalam daya jelajah nurani manusia itu sendiri.Cintalah yang semestinya menjadi anak kunci utama bagi hubungan antara manusia antara kebudayaan dan antara sistem hidup yang berbeza.Jelas sekali hari ini akibat corak hubungan manusia yang terlepas dari panduan cinta dan pertimbangan yang rasional telah membawa manusia kepada kebinasaan dan kehancuran.Contoh yang jelas peperangan yang berlaku sesama manusia adalah manifestasi dan iklim hati yang membeku,kecuali perang untuk membela diri dan membela keadilan yang hakiki.
Cinta adalah akar dari segala kebaikkan dan keutamaan hidup manusia.Jesteru itu,Rasulullah saw dalam satu hadithnya memberi panduan yang bermaksud:
"Tidaklah berimah seseorang diantara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimanan ia mencintai dirinya sendiri."
Namun disaat peradaban manusia semakin materialistik, sombong, serta tamak haloba,masih adakah telinga yang mahu mendengar pesan-pesan agung para Nabi itu? Dan hakikat ini juga Nabi Isa a.s dikatakan pernah berpesan:"Cintailah jiranmu".
Tidak dinafikan bahawa peradaban yang menguasai arus globalisasi,berkat ilmu dan teknologi moden adalah peradaban yang lahir dan keadaaan hati yang sedang membeku. Akibat kebekuan hati manusia akan lenyapnya kepekaan terhadap nilai baik dan buruk. Baik dan buruk telah dijadikan barang perniagaan tanpa modal Hati yang beku dan tertutup inilah yang dinyatakan dalam Al-Quran suruh Al-Araaf ayat 179..firman Allah yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dan dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat."
Hati mereka sudah buta dan sudah tidak berfungsi lagi sebagaimana mestinya.Implikasi kedua akibat hati adalah hubungan persaudaraan hanya didasarkan semata-mata atas kekuatan benda dan kepentingan-kepentingan duniawi lain. Akibatnya suasana persaudaraan umat manusia di dunia terasa begitu kering dan tandus.Umat Islam berpecah belah dan berperang sesama sendiri dan ajaran persaudaraan sejati seperti yang ditekan oleh al-Quran sudah tidak dihirau lagi semata-mata kerana tarikan kepentingan benda dan bangsa yang lebih diutamakan.
Implikasi ketiga akibat kebekuan hati manusia kita dapat lihat bentuk tindakannya yang rakus,baik terhadap benda mahupun terhadap kekuasaan. Benda dan kekuasaan seseungguhnya apabila jatuh ke tangan hati yang beku akan membawa malapetaka.Kerakusan itu sebenarnya adalah simbol dan struktur batin yang sakit dan tidak bermaya.Malangnya,hari ini banyak sekali manusia tidak mampu melihat bencana yang mungkin ditumbulkan oleh watak manusia yang rakus ini.Ketumpulan wawasan moral dan kerakusan terhadap kebendaan dan kekuasaan sepanjang sejarah telah mencabik-cabikkan prinsip kesatuan umat manusia.
Para sahabat yang dikasihi:
Carilah cinta yang hakiki dan cinta kepada yang lain kerana Allah,janganlah kerana cinta,kita sanggup menggadaikan agama dan maruah kita.Ingatlah kita akan dipersoal kerananya kelak.
Begitulah antara 3 implikasi yang dapat kita sama-sama hayati dan fikir-fikirkan bila mana perasaan cinta yang dikurniakan Allah swt didalam hati manusia itu disalah guna.Ya,memang benar"dunia akan membeku jika tiadanya cinta..membeku dan terhenti dari perkara-perkara kebaikkan,keprihatinan dan kasih sayang.Moga bermanfaat buat semua..insyaALLAH.
Wallahualam.

SMS cinta 9

,-)))), q" _ _) ( _ ) Doaku: _.>("i")._ Ampunilah orang yang baca sms ini Ohh TUHAN, Dia jarang baca doa, asyik baca sms ajer! Aamiinnn..

SMS cinta 8

HP anda telah dilengkapi puzzle game. Caranya mudah saja. Lemparkan HP anda ke dinding @ susunkan kembali. Selamat Mencuba!

SMS cinta 7

Barang siapa yg terjumpa seorang budak lelaki umur dlm 8 thn, baju biru, seluar hitam, pakai selipar besar ASADI, dlm area kawasan anda, sila talipon mak dia 0370388555 atau 0172610123, sebab MAK DIA NAK PAKAI SELIPAR TU PEGI PASAR MALAM..

SMS cinta 6

pantun melayu : henpon mahal poliponik berkumandang kreditnya banyak gunanya kurang kalau stakat nak miscal orang huh, hentak kat tiang, campak jer kat longkang.

SMS cinta 5

"Semalam aku mimpi jumpa syaitan & iblis, mreka kata:tnjukkn pada kami manusia yang baik2 sebab kami nak goda. Aku cakaplah nama hang. Terus mereka marah. Dengan berkata:mana boleh,itu BOS kami!

Selasa, Januari 19, 2010

SMS cinta 4

Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!

SMS cinta 3

Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I

SMS cinta 2

kau sungguh dinamis, sifatmu cukup puitis, gayamu selalu erotis, jiwamu sungguh romantis, caramu seperti celebrities, tapi sayang wajahmu seperti teletubbies...

SMS cinta 1

Dari mana datangnya cinta, dari SMS turun ke hati...

Antara Cinta Dan Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja. Di depan orang yang kita cintai, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukan image yang sebenarnya. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira. Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga.

Kata Cinta

1) Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
2) Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
3) Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
4) Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
5) Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
6) Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
7) Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
8) Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
9) Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
10) Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
11) Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Sabtu, Januari 16, 2010

Dari Bintang Ke Bintang

Ketika mata saling menyapa senyum berbunga ‎Tasik hati mu mencecah jiwaku mesra Betapa debar dada kurnia alam kasih bertakhta Kau datang tanpa suara, menjamahku tanpa sabda. Subur laksana ladang petani di lereng gunung Ranum menguntum dalam wujud rasa maha agung Mata yang memberi hati ini penuh menanti Kureguk kasih menghadapi hidup seluruh berani Kini kulihat kepalamu tersandar di jinjang pelamin Rambutmu tersanggul terandam mengilau di cahaya lilin Gemersik kainmu membisikkan bahagia malam pengantin Melimpah tumpah bahagia dalam tawa teman keliling. Ketika malam kulihat matamu pada bintang Senyummu melambai di gemilang sinar bulan Dari bintang ke bintang kunantikan lagumu Hanya kerdipan dalam bisu suara hatiku bimbang. Jika aku berdiri di muka jendela hati terluka Bulan sedang mengintai di balik awan kusapa Angin yang datang dari pelaminmu kutanya Ia bisa mengabarkan saat adinda sedang bahagia. ~ Allahyarham Usman Awang ( 1960 - Puisi-Puisi Pilihan Sasterawan Negara, DBP 1991)

14 TIP MILIKI MENTAL YANG BAIK

1. Luahkan /kongsi masaalah dengan orang lain. 2. Luaskan pergaulan. 3. Bertemu semula dengan kawan-kawan lama. 4. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab. 5. Membaca. Penuhi waktu sebaik-baiknya. 6. Berkongsi hobi atau kegemaran dengan keluarga, sanak saudara, jiran dan kawan. 7. Jaga kesihatan diri. 8. Bersenam selalu. 9. Makan makanan yang seimbang dan minum air yang banyak. 10. Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga. Eratkan ikatan kekeluargaan. 11. Bersiar-siar, menonton wayang, makan di luar. 12. Pastikan diri sentiasa ceria/gembira. 13. Berbincang mengenai permasalahan keluarga/isu-isu semasa. 14. Bersikap realistik tentang perubahan di dalam pelbagai aspek.

Jumaat, Januari 15, 2010

Usaha Tangga Kejayaan

Bukan mudah untuk saya membikin blog seterusnya menjadikannya aktif. Saya memang tidak tahu mengenai pembikinan blog. Blog ini saya bina mengikut sedap tangan dan mata memandang sahaja. InsyaAllah, saya akan usahakan untuk memaparkan yang terbaik dari sudut paparan dan informasi. harap boleh memberikan komentar agar saya lebih maju. Salam untuk semua.