Rabu, Februari 29, 2012
Cara Efektif Menangani Stress Dalam Masa 10 Minit
Manusia tidak akan pernah dapat elakkan diri, daripada menghadapi sebarang masalah. Setiap bulan, kita perlu menyelesaikan bil yang tertunggak, hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit dan banyak lagi hutang yang perlu diselesaikan. Ini secara tidak langsung membuatkan diri kita tertekan, untuk menghadapi situasi ini.
Menurut Melinda Smith dalam artikel beliau ‘How To Reduce, Prevent, And Cope With Stresss’, terdapat pelbagai cara untuk mengatasi stress. Antaranya adalah menguruskan masa dengan betul, meluangkan masa untuk bersukan, melakukan aktiviti yang luar daripada bidang kerja, dan banyak lagi.
Namun akibat daripada terlalu banyak jawapan, maka kita akan menghadapi kekeliruan, untuk mengenalpasti kaedah mana yang memberikan hasil yang efektif.
Kaedah Membenarkan Diri Untuk Menghadapi Stress
Dalam satu perbincangan yang dilakukan dalam sebuah laman web sosial media yakni Facebook, salah seorang jurulatih NLP (Neuro Linguistic Programming) bertauliah, Tuan Rizal Hassan menyatakan, cara paling efektif untuk kita menangani stress adalah dengan membenarkan diri kita untuk menghadapi stress.
Ini kerana pendapat beliau, stress itu adalah emosi yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambanya. Namun membenarkan diri kita untuk menghadapi stress bukan jalan penyelesaian tepat.
Apa yang paling penting di sini, kita perlu tetapkan berapa lama kita mahu menghadapi situasi stress. Pakar-pakar psikologi Amerika Syarikat menyatakan, manusia mempunyai kuasa untuk menetapkan berapa lama mereka mahu menghadapi stress.
Sebagai contoh, apabila kita menghadapi stress, maka apa yang perlu kita lakukan adalah berkata pada diri sendiri, “Baiklah, saya mahu stress dalam masa 10 minit.” Selepas 10 minit, secara tidak langsung tubuh badan kita akan bebas daripada sebarang stress.
10 Minit, 10 Jam, 10 Hari? Kita yang Tetapkan
Kita sendiri yang menetapkan jumlah masa untuk menghadapi stress. Jadi kita perlu pilih masa yang kita inginkan. Kebanyakan individu melakukan kesilapan, dengan tidak menetapkan jangka masa untuk menghadapi stress. Ini dapat dilihat melalui situasi individu, yang tidak dapat membebaskan diri daripada stress selama beberapa hari.
Jadi, tanya pada diri kita hari ini, berapa lama kita mahu menghadapi stress? Tetapkan jumlah masa yang kita inginkan, dan lihat hasilnya sendiri.
Koleksi
Tips Menarik
Rabu, Februari 22, 2012
Isnin, Februari 20, 2012
Amalan Murah rezeki
- Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, - Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. - Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. - Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28) - Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, - Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. - Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri - Banyak berselawat
- Buat kebajikan banyak-banyak
- Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. - Menjalin silaturrahim
- Melazimi kekal berwuduk
- Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. - Amalkan solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah. - Amalkan solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: - Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: - Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. - Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan. - Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) - Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah.
Koleksi
Tips Menarik
Khamis, Februari 16, 2012
Orang Kaya Malaysia 2012
Orang Melayu terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) yang memiliki harta sebanyak RM6.01 bilion, kedua adalah Tan Sri Azman Hashim (Arab Malaysian).
Turut tersenarai adalah anak-anak Allahyarham Tan Sri Shamsuddin iaitu pemilik syarikat Sapura Holding iaitu Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin.
Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mokhzani Mahathir turut termasuk dalam senarai 20 orang terkaya di Malaysia.
Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.
Malaysian Busines mendedahkan senarai 40 orang terkaya di Malaysia melalui kajiselidik yang dibuat oleh majalah perniagaan itu.
Orang terkaya di Malaysia, menurut majalah itu adalah Raja Gula iaitu Tan Sri Robert Kuok yang dinyatakan memiliki harta sejumlah RM42.76 bilion meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion, setahun lalu.
Berikut adalah 40 orang terkaya di Malaysia menurut Malaysian Business.
1. Robert Kuok $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)
2. Ananda Krishnan $7.2 billion (Maxis, Astro)
3. Lee Shin Cheng $5.5 billion (IOI Group)
4. Teh Hong Piow $3.5 billion (Public Bank)
5. Lee Kim Hua & family $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)
6. Quek Leng Chan $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)
7. Yeoh Tiong Lay & family $2.1 billion (YTL Corp)
8. Syed Mokhtar AlBukhary $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)
9. Vincent Tan $1.3 billion (Berjaya Group)
10. Tiong Hiew King $1.1 billion (Rimbunan Hijau)
11. Azman Hashim $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)
12. William H. J. Cheng $660 million (Lion Group, Parkson)
13. Lee Swee Eng $495 million (KNM Group)
14. Ong Beng Seng $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)
15. Lim Kok Thay $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)
16. Vinod Sekhar $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)
17. Lee Oi Hian $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)
18. Yaw Teck Seng $295 million (Samling Group)
19. Anthony Fernandes $290 million (AirAsia, Tune Hotels)
20. Mokhzani Mahathir $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)
21. Kamarudin Meranun $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandess lover *grin*)
22. Jeffrey Cheah $275 million (Sunway Group)
23. Lee Hau Hian $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)
24. Chong Chook Yew $245 million (Selangor Properties, widow son is MD now)
25. Yaw Chee Ming $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)
26. G. Gnanalingam $230 million (Westports Malaysia)
27. Lim Wee Chai $200 million (Top Glove, worlds largest rubber gloves manafacturer)
28. Kua Sian Kooi $195 million (Kurnia Asia, insurance)
29. Lau Cho Kun $185 million (Malaysian Mosaic)
30. Abdul Hamed Sepawi $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)
31. David Law Tien Seng $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)
32. Tiah Thee Kian $163 million (TA Enterprise)
33. Liew Kee Sin $160 million (SP Setia)
34. Ahmayuddin bin Ahmad $155 million (Westports Malaysia)
35. Eleena Azlan Shah $150 million (Gamuda largest individual shareholder)
36. Lin Yun Ling $145 million (Gamuda founder and MD)
37. Ong Leong Huat $130 million (OSk Group)
38. Lim Thian Kiat $115 million (former head of Multi-Purpose)
39. Khoo Kay Peng $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)
40. Nazir Razak $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)
Koleksi
Cerita-cerita
Gambar-gambar Rumah Rasulullah s.a.w
"Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata, “saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan seprei , lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.
Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”
Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”
Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”.
Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” -(HADIS RIWAYAT AHMAD)-
Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.
Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah. itu lah gambaran Rasulullah SAW yang dapat "tukanglawan" cari.
Dibawah ini adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.

Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” -(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI DAN AL-BAIHAQI)-
Dibawah ini pula kesan-kesan runtuhan rumah Baginda

.Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
.

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat2nya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.
Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka.

Rabu, Februari 08, 2012
Ahad, Februari 05, 2012
CINTA RASUL DAN MAULID NABI
Setiap orang berhak mengatakan dirinya mencintai Nabi Muhammad S.A.W, namun pendakwaan tersebut hanya akan dianggap mitos jika ia tidak dibuktikan dengan ittiba' (yakni mengikuti langkah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W), taat dan berpegang teguh pada petunjuknya. Cinta terhadap Rasulullah S.A.W merupakan salah satu syarat kesempurnaan iman kepadanya, bahkan kecintaan kepada Baginda mesti melebihi segala kecintaan kepada makhluk selainnya. Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya), "Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehinggalah aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya, dan manusia seluruhnya". (Riwayat Imam Bukhari & Muslim). Begitupun mencintai Nabi Muhammad S.A.W tidak boleh dijadikan ukuran dengan sekadar memperingati bulan Rabi'ul Awal, iaitu pada hari kelahiran Baginda. Dalam sejarah-pun, bukan sahaja mereka yang diiktiraf bermazhab Sunni merayakan Maulid Nabi, bahkan golongan yang dikenal sebagai Batiniyyah (salah satu aliran kefahaman yang terdapat dalam ajaran Syiah) juga turut merayakannya.C. Cherfils di dalam bukunya ‘Napoleon And Islam’ menukilkan bahawa Napoleon Bonaparte juga telah menganjurkan upacara besar-besaran menyambut Maulid Nabi di atas kekagumannya terhadap Rasulullah S.A.W, hingga ada yang mengatakan dengan yakin berdasarkan beberapa dokumen sahih bahawa Napoleon, di akhir hayatnya adalah seorang Muslim dengan nama Muhammad Ali Bonaparte.
Salah satu kumpulan awal yang mahsyur memperkenalkan sambutan Maulid Nabi adalah kabilah Bani Ubaid Al Qaddah, dikenal sebagai Fatimiyyun atau Bani Fatimiyyah (salah satu cabang Syiah) pada pertengahan abad ke-4 H. Mereka menubuhkan kerajaan Fatimiyyah setelah berjaya memindahkan dinasti pemerintahan mereka dari Morocco (Maghribi) ke Mesir pada tahun 362 H. Ia diacarakan oleh puak Batiniyyah untuk menarik simpati masyarakat Mesir ketika itu yang majoritinya begitu memuliakan dan menjiwai rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Sehingga ke hari ini, jika kita pernah melangkah kaki ke Mesir, masyarakatnya akan sedia menghentikan perkelahian yang berlaku jika masing-masing diundang untuk melafazkan salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, "Sollu 'ala Nabiyy..."
Pemerintahan Fatimiyyah ketika itu melakukan Maulid Nabi untuk meraih sokongan rakyat Mesir, malah pakar sejarah Islam yang bernama Al Maqrizi menjelaskan bahawa selain "Maulid Nabi", begitu banyak perayaan yang dilakukan oleh Fatimiyyah dalam setahun. Al Maqrizi menyebutkan bahawa terdapat lebih kurang 25 jumlah perayaan yang menjadi rutin sambutan setiap tahun dalam masa Fatimiyyah, dan hal itu memburukkan lagi apabila mereka turut merayakan hari kebesaran orang-orang Majusi dan Nasrani iaitu hari Nairuz (tahun baru Parsi), hari Al Ghottos, hari Natal, dan hari Khomisul ‘Adas (perayaan tiga hari sebelum Paskah).
Manakala, sumber yang lain pula menyebut, perayaan "Maulid Nabi" diperkenalkan oleh Sultan Al Muzaffar Abu Said Kaukabri ibn Zainuddin Ali bin Baktakin (549 H - 630 H), seorang gabenor bandar ke-4 terbesar selepas Baghdad, Basrah dan Mosul, iaitu Erbil/ Irbil di Iraq sewaktu zaman pemerintahan Sultan Salahuddin Al Ayyubi (532 H - 589 H). Menurut Imam Az Zahabi, Abu Said Kaukabri merupakan seorang pemerintah yang sangat merendah diri, bermazhab Sunni, dan sangat mencintai para ulama [ Rujuk Siyar A'lam An Nubala 22/336 ]. Malah Abu Said Kaukabri mengetuai tentera Mosul dan Jaza'ir untuk turut bersama-sama Sultan Salahuddin Al Ayyubi di dalam siri-siri peperangan yang penting antaranya perang Hittin. Segala pujian tentang kesolehan dan sikap wara' Abu Said Kaukabri turut direkodkan oleh Ibnu Kathir [ Bidayah wan Nihayah ] dan Imam As Sayuti [ Husnul Maqsid fi Amali Maulid ].
Memang benar secara khususnya, Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah mengarahkan umatnya untuk meraikan hari kelahiran Baginda. Oleh kerana tiada arahan daripada Baginda, maka perkara tersebut tidak boleh dikatakan sebagai - masyru’ - (disyariatkan). Namun, sekalipun ia tidak disyariatkan bukan bermaksud bagi sesiapa yang meraikannya telah melakukan penyelewengan terhadap agama.
Bukanlah semua perkara yang tidak disuruh oleh Nabi itu, maka ia tidak boleh dilakukan secara mutlaq. Sebagai contoh poligami. Poligami itu bukan budaya Islam, bahkan Islam tidak mengarahkan umatnya berpoligami, tetapi dalam masa yang sama juga Islam tidak melarang umatnya berpoligami. Amalan berpoligami telah dilakukan oleh umat sebelum ini lagi, yakni sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Namun, Islam hadir mendisiplinkan umatnya mengenai keharusan berpoligami, bukan melarangnya.
Apa yang perlu ditekankan dalam memaknai citra sambutan Maulid Nabi ialah mengingati kembali nilai-nilai dan hikmah yang terkandung tentang kenapa Rasulullah diutuskan. Lihatlah sebahagian pandangan Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah, ketika beliau menyebut tentang menyambut Maulid Nabi :
"Memuliakan kebesaran hari Maulid Nabi dan mengambil (peringatan) secara bermusim telah dilakukan sebahagian manusia, dan ia menjadikannya sambutan tersebut memiliki nilai yang begitu bermakna, maksudnya yang baik, bertujuan memuliakan Rasulullah S.A.W. Begitupun sesuatu yang baik dilakukan sebahagian mereka ini dianggap buruk oleh sebilangan orang Mukmin yang lurus (sukar bertolak ansur). Sikap tolak ansur ada pada akhlak Imam Ahmad ketika beliau ditanya mengenai tindakan seorang penguasa yang menginfakkan wang 1000 dinar untuk memperindah Mushaf Al Quran. Lalu Imam Ahmad menjawab, biarkan dia, itu adalah infaq yang paling bagus pada harta emasnya" [ rujuk: Iqtida' Sirat Al Mustaqim, Ibn Taimiyyah hal.297 ]
Padahal menurut mazhab feqah ulama Hanabilah (Ulama bermazhab Hanbali - Imam Ahmad Ibn Hanbal), memperindahkan Mushaf Al Quran adalah makruh. Sebaliknya, Imam Ibn Hanbal mengharuskan pula perbuatan tersebut. Apapun ia adalah natijah daripada pandangan Imam Ahmad yang mengetahui tujuan sebenar tindakan penguasa tersebut.
Tulisan ini bukanlah untuk menjustifikasikan kemestian menyambut "Maulid Nabi", tetapi tulisan ini sebagai pencerahan agar kita bersikap lapang dada, tidak asyik bergelumang dengan pertikaian-pertikaian furu'iyyah dan tohmahan-tohmahan "sesat orang itu" atau "sesat orang ini", sehingga menimbulkan tuduhan kafir-mengkafir sesama saudara. Fahamilah ilmu Allah itu sangat luas, dan setiap ulama memiliki disiplin ilmu masing-masing. Para ulama hadis berbeza disiplinnya dengan ulama dakwah, manakala disiplin ulama dakwah berbeza dengan ulama feqah, begitu juga disiplin ulama feqah berbeza dengan ulama tasawwuf. Apa yang penting masing-masing mesti saling kuat-menguatkan antara satu sama lain, bukannya tuduh-menuduh dan jatuh menjatuhkan.
Sambutan Maulid Nabi hanyalah sebuah platform alternatif bagi dakwah 'ammah, mendidik masyarakat di seluruh dunia yang tidak pernah bertemu Nabi merasai nikmat yang begitu besar Allah turunkan di atas muka bumi ini. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa masih ramai yang tidak mengenali Rasulullah S.A.W sama ada dari aspek pemikiran, peribadi, akhlak, politik, pendekatan dan keseluruhan cara hidup Baginda S.A.W. Jika kita merujuk kepada sejarah penulisan Sirah Rasulullah S.A.W, ia telah pun dimulakan oleh Para Sahabat seperti Abu Rafi Mawla yang telah menulis tentang sifat solat dan ibadah Baginda. Ini termasuk Sahl bin Abi Hathmah Al Madani Al Ansari dan ‘Abd Allah bin ‘Amru bin Al ‘As. Penulisan sirah Rasulullah S.A.W secara sistematik telah dimulakan oleh Ulama' Muhaddithun yang juga ahli sejarah seperti Sa`id bin Al Musayyib Al Makhzumi, ‘Urwah bin Al Zubayr bin Al ‘Awwam and Abu Fadalah ‘Abd Allah bin Ka’b bin Malik Al Ansari, Syurahbil bin Sa’ad.
Penulisan sirah Rasulullah S.A.W kemudiannya kian popular ketika zaman Muhammad bin Ishaq yang telah menulis kitab Kitab "Al Mubtada’ wa Al Mab`ath wa Al Maghazi" iaitu buku yang membincangkan secara terperinci kehidupan Baginda bermula kelahiran hingga kewafatan. Ini diikuti oleh Muhammad bin ‘Umar Al Waqidi yang menulis Kitab "Azwaj An Nabiyy", Kitab "At Tarikh wa Al Maghazi wa Al Mab`ath" dan Kitab "Wafat An Nabiyy" dan Kitab "Al Maghazi". Kitab Sirah yang menjadi rujukan utama hingga kini telah ditulis oleh ‘Abd Al Malik bin Hisham (Ibnu Hisham) melalui karyanya yang masyhur iaitu Kitab "As Sirah An Nabawiyyah". Ulama-ulama lain yang turut merekodkan tentang perihal Rasulullah S.A.W ialah Imam Abi Nu'aim Al Asfahani yang menulis Dala’il An Nubuwah, Imam At Tirmizi yang menulis "As Syama’il", Imam As Sayuti menulis "Syama'il As Syarifah". Ibnu Hazm yang terkenal sebagai pendiri mazhab Zahiri juga turut menulis sirah Nabi yang berjudul "Jawami' As Sirah".
Sumber-sumber tersebut telah menghasilkan tulisan-tulisan yang boleh dijadikan rujukan dalam memahami perjalanan hidup Nabi, antaranya ialah :
"Ar Raheq Al Makhtum" oleh Sheikh Shofi'urrahman Al MubarakfuriApa yang perlu ditekankan dalam memaknai citra sambutan Maulid Nabi ialah mengingati kembali nilai-nilai dan hikmah yang terkandung tentang kenapa Rasulullah diutuskan. Lihatlah sebahagian pandangan Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah, ketika beliau menyebut tentang menyambut Maulid Nabi :
"Memuliakan kebesaran hari Maulid Nabi dan mengambil (peringatan) secara bermusim telah dilakukan sebahagian manusia, dan ia menjadikannya sambutan tersebut memiliki nilai yang begitu bermakna, maksudnya yang baik, bertujuan memuliakan Rasulullah S.A.W. Begitupun sesuatu yang baik dilakukan sebahagian mereka ini dianggap buruk oleh sebilangan orang Mukmin yang lurus (sukar bertolak ansur). Sikap tolak ansur ada pada akhlak Imam Ahmad ketika beliau ditanya mengenai tindakan seorang penguasa yang menginfakkan wang 1000 dinar untuk memperindah Mushaf Al Quran. Lalu Imam Ahmad menjawab, biarkan dia, itu adalah infaq yang paling bagus pada harta emasnya" [ rujuk: Iqtida' Sirat Al Mustaqim, Ibn Taimiyyah hal.297 ]
Padahal menurut mazhab feqah ulama Hanabilah (Ulama bermazhab Hanbali - Imam Ahmad Ibn Hanbal), memperindahkan Mushaf Al Quran adalah makruh. Sebaliknya, Imam Ibn Hanbal mengharuskan pula perbuatan tersebut. Apapun ia adalah natijah daripada pandangan Imam Ahmad yang mengetahui tujuan sebenar tindakan penguasa tersebut.
Tulisan ini bukanlah untuk menjustifikasikan kemestian menyambut "Maulid Nabi", tetapi tulisan ini sebagai pencerahan agar kita bersikap lapang dada, tidak asyik bergelumang dengan pertikaian-pertikaian furu'iyyah dan tohmahan-tohmahan "sesat orang itu" atau "sesat orang ini", sehingga menimbulkan tuduhan kafir-mengkafir sesama saudara. Fahamilah ilmu Allah itu sangat luas, dan setiap ulama memiliki disiplin ilmu masing-masing. Para ulama hadis berbeza disiplinnya dengan ulama dakwah, manakala disiplin ulama dakwah berbeza dengan ulama feqah, begitu juga disiplin ulama feqah berbeza dengan ulama tasawwuf. Apa yang penting masing-masing mesti saling kuat-menguatkan antara satu sama lain, bukannya tuduh-menuduh dan jatuh menjatuhkan.Sambutan Maulid Nabi hanyalah sebuah platform alternatif bagi dakwah 'ammah, mendidik masyarakat di seluruh dunia yang tidak pernah bertemu Nabi merasai nikmat yang begitu besar Allah turunkan di atas muka bumi ini. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa masih ramai yang tidak mengenali Rasulullah S.A.W sama ada dari aspek pemikiran, peribadi, akhlak, politik, pendekatan dan keseluruhan cara hidup Baginda S.A.W. Jika kita merujuk kepada sejarah penulisan Sirah Rasulullah S.A.W, ia telah pun dimulakan oleh Para Sahabat seperti Abu Rafi Mawla yang telah menulis tentang sifat solat dan ibadah Baginda. Ini termasuk Sahl bin Abi Hathmah Al Madani Al Ansari dan ‘Abd Allah bin ‘Amru bin Al ‘As. Penulisan sirah Rasulullah S.A.W secara sistematik telah dimulakan oleh Ulama' Muhaddithun yang juga ahli sejarah seperti Sa`id bin Al Musayyib Al Makhzumi, ‘Urwah bin Al Zubayr bin Al ‘Awwam and Abu Fadalah ‘Abd Allah bin Ka’b bin Malik Al Ansari, Syurahbil bin Sa’ad.
Penulisan sirah Rasulullah S.A.W kemudiannya kian popular ketika zaman Muhammad bin Ishaq yang telah menulis kitab Kitab "Al Mubtada’ wa Al Mab`ath wa Al Maghazi" iaitu buku yang membincangkan secara terperinci kehidupan Baginda bermula kelahiran hingga kewafatan. Ini diikuti oleh Muhammad bin ‘Umar Al Waqidi yang menulis Kitab "Azwaj An Nabiyy", Kitab "At Tarikh wa Al Maghazi wa Al Mab`ath" dan Kitab "Wafat An Nabiyy" dan Kitab "Al Maghazi". Kitab Sirah yang menjadi rujukan utama hingga kini telah ditulis oleh ‘Abd Al Malik bin Hisham (Ibnu Hisham) melalui karyanya yang masyhur iaitu Kitab "As Sirah An Nabawiyyah". Ulama-ulama lain yang turut merekodkan tentang perihal Rasulullah S.A.W ialah Imam Abi Nu'aim Al Asfahani yang menulis Dala’il An Nubuwah, Imam At Tirmizi yang menulis "As Syama’il", Imam As Sayuti menulis "Syama'il As Syarifah". Ibnu Hazm yang terkenal sebagai pendiri mazhab Zahiri juga turut menulis sirah Nabi yang berjudul "Jawami' As Sirah".
Sumber-sumber tersebut telah menghasilkan tulisan-tulisan yang boleh dijadikan rujukan dalam memahami perjalanan hidup Nabi, antaranya ialah :
"Al Fushul fi Ikhtishari Siratur Rasul Salallahu ‘Alaihi wa Sallam" oleh Ibnu Katsir
"Al Wafa’ bi Ahwal Al Musthafa" oleh Ibnu Jauzi
"Feqh Sirah" oleh Sheikh Muhammad Ghazali
"Fiqh Sirah An Nabawiyyah" oleh Muhammad Sa’id Ramadan Al Buti
"Siratun Nabawiyyah : Durus wa 'Ibar" oleh Dr. Mustafa As Siba'ie
"Al Manhaj Al Haraki lis Siratin Nabawiyah" oleh Dr. Munir Muhammad Al Ghadban
"Hayat Muhammad" oleh Muhammad Husain Haykal
"As Sirah An Nabawiyyah : Tarbiyah Ummah wa Bina' Ad Daulah" oleh Syeikh Soleh Ahmad As Shami
"Nurul Yaqin fi Sirah Sayyidil Mursalin" oleh Sheikh Al Khudoriy
"Sirah An Nabawiyyah" oleh Dr. Mohamad Ali As Solabi
"Dirasah fi Sirah" oleh Dr. 'Imaduddin Kholil
"Muhammad Salallahualaihi Wasalam" oleh Sheikh Mohamad Redha dan banyak lagi.
Terdapat juga buku-buku lain yang menceritakan perihal Baginda S.A.W dalam bahasa selain Arab, sebagai contoh :
"Prophet Muḣammad & His Mission" oleh S. Athar Husain
"Muhammad, The Messenger Of Islam : His Life and Prophecy" oleh Hajjah Amina Adil
"The Messenger Of God Muhammad : An Analysis of the Prophet’s Life" oleh M. Fethullah Gulen (tokoh pemikir Islam dari Turki)
"Prophet Muhammad & His Family : A Sociological Perspective" oleh Shamim Aleem
"Muhammad : Prophet & Statesman" oleh William Montgomery Watt
"Muhammad : Prophet For Our Time (Eminent Lives)" dan "Muhammad : Western Attempt To Understand Islam" oleh Karen Armstrong (seorang orientalis yang menulis tentang sirah nabawiyah dengan pendekatan ‘ilmiah’)
"Introducing Muhammad" oleh Ziauddin Sardar (tokoh pemikir Islam dari Iran)

Di samping itu, terdapat juga koleksi rujukan dalam bentuk cakera padat seperti "The Life of the Last Prophet", sebuah audio biografi oleh Yusuf Islam.
Terdapat buku-buku dalam bahasa Melayu yang menceritakan perihal Nabi Muhammad S.A.W dan perjuangannya secara terperinci, antaranya oleh :
Terdapat buku-buku dalam bahasa Melayu yang menceritakan perihal Nabi Muhammad S.A.W dan perjuangannya secara terperinci, antaranya oleh :
- "Feqh Al Harakah Dari Sirah Nabawiyyah" oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
"Sirah Nabawiyyah : Insan Teladan Sepanjang Zaman" oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Terdapat juga tulisan mengenai Rasulullah S.A.W yang ditulis dengan bahasa-bahasa puitis karangan Sasterawan Negara, A.Samad Said berjudul "Al Amin".
Ada juga tulisan-tulisan yang berkonsepkan pembelaan kepada Rasulullah S.A.W, antara judul-judul buku yang berkisar tentang konsep tersebut ialah :
Ada juga tulisan-tulisan yang berkonsepkan pembelaan kepada Rasulullah S.A.W, antara judul-judul buku yang berkisar tentang konsep tersebut ialah :
- "Bidayah As Sul fi Tafdhil Ar Rasul" oleh Al Imam Sheikh 'Izzidin Abd Salam
"As Sorim Al Battar" oleh Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah
"An Nifaq wal Munafiqun fi Ahdi Rasulillah Salallahualaihi Wasalam" oleh Dr. Ibrahim Ali Salim
"Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W : Implikasi Hukum, Menelusuri Sejarah & Isu Kontemporari" oleh Riduan Mohamad Nor dan Mohd Asri Mat Daud.
Umat Islam sangat wajar untuk memiliki sekurang-kurangnya senaskhah sirah Rasulullah S.A.W sebagai koleksi bacaan peribadi, kerana memahami dan meneladani Rasulullah S.A.W merupakan suatu kewajipan bagi semua umat Islam sebagaimana Para Sahabat mengajar nasihat-nasihat Baginda S.A.W kepada generasi mereka saban waktu. Perkara ini tidak akan dapat dicapai melainkan melalui proses pencarian ilmu. Dalam aspek ini, sememangnya kita telah disajikan dengan pelbagai koleksi rujukan mengenai kehidupan Rasulullah S.A.W. Hanya tinggal kini ialah kemahuan, keazaman, keiltizaman diri untuk belajar memahami dan meneladani seterusnya mendidik jiwa dan rohani untuk mengasihi Rasulullah S.A.W.
Ini kerana, sekalipun keharusan menyambut perayaan Maulid Nabi itu adalah wajar dan dibenarkan, umat Islam mestilah mengerti bahawa mencintai Nabi Muhammad S.A.W sepatutnya tidak bermusim, bahkan mestilah kita mencintai Nabi Muhammad sepanjang hayat kita, dengan makna mematuhi segala arahan, mentaati segala suruhan, menuruti Sunnah Baginda dan menjadikan Baginda S.A.W sebagai uswah yang menghiasi akhlak dan peribadi kita. Lalu di saat tibanya waktu maulid yang istimewa ini, ambillah kesempatan untuk menulis mengenai sirah Nabi Muhammad S.A.W. WAllahua'alam

Langgan:
Catatan (Atom)
Blog Design by Gisele Jaquenod