fm

Ahad, Jun 20, 2010

Sayonara.....

InsyaAllah, esok (Isnin, 21  Jun 2010), saya akan meninggalkan Kota Medan yang telah saya huni selama hampir 2 tahun atau lebih tepatnya 1 tahun 10 bulan. kali ini pulang habis. Maknanya aku sudah selesai mendapatkan ijazah dan menyelesaikan segala urusan lainnya. Skrispi yang sudah dijilid pun sudah diserahkan kepada Fakulti minggu lepas.

Kali ini terpaksa menggunakan penerbangan AirAsia kerana itu yang mudah untuk saya dapatkan. Jua terpaksa memiih untuk penerbangan di waktu malam iaitu jam 10 malam WIB (waktu Indonesia Barat) kerana pada waktu tersebut aling murah. Harga ambil yang murah sebab saya tambah berat kargo sebanyak 25 kg. Nak balik habis tentulah semua barang nak dibawa pulang.

Petang ni dalam 95 % kerja-kerja mengemas sudah siap. hanya ada beberapa barang yang mahu dijualkan dan dan diberikan kepada ahli bait yang tinggal. Selebihnya pagi dan petang esok akan diselesaikan. Tak lah banyak sangat barang yang hendak dibawa. Ada 4 beg (1 beg pakaian, 3 beg buku) dan 1 kotak kecil. beg pakaian dan kotak akanamsuk kargo dan selebihnya naik atas. Harap-harap semuanya lepas.

Untukmu Medan, banyak ranjau dan jerih payah telah kutempuhi. Aku mengenali dirimu darinya. Walaupun banyak juga masa-masa gembira, tetapi aku lebih mengingati waktu sukarku bersamamu. Sungguh pun begitu, aku akan tetap kan mengingatimu sebagai tempat tumpah keringat sebagai bukti aku telah berusaha mendaki lautan ilmu dan mencapai gelaran seorang sarjana. Apa pun, Medan tetap di dalam kamus hidupku. Tempat yang mengajar dan mendesakku agar lebih bersabar dan tidak akan berputus asa atas segalanya. Tempat yang memperkenalkan padaku erti cinta, pengorbanan, kesetiaan (cewah), kejujuran, ketabahan, perjuangan, keberanian, kematangan, dan kepatuhan. Ingin aku ucapkan sayonara, selamat tinggal kepadamu dan seluruh isimu. Selamat tinggal IAIN-SU....Kepada yang telah membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada diri ini, semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada dirimu. Jumpa kita lagi di lain waktu. Salam.....