fm

Ahad, November 28, 2010

Lawak Jap

Citer 1
 Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Citer 2
 Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Citer 3

 3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 4

 Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..


Citer 5

 Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


Citer 6
 Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 7
 Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Lelaki Berbohong


Ini merupakan hasil pendapat yang dilakukan Science Muzeum terhadap sekitar 3.000 responden. Berdasarkan hasil penelitian, lelaki di England rata-rata melakukan tiga kali kebohongan setiap hari dan itu sama dengan 1.092 kali dalam setahun.

Sementara itu, kaum hawa tidak separah lelaki.Kebohongan yang dilakukan wanita sekitar 728 kali dalam setahun atau rata-rata dua kali dalam sehari. Di kalangan wanita, para ibu cenderung sering berkata bohong.

Dalam data lain ditunjukkan, sebanyak 25 peratus lelaki mengaku sering berbohong kepada ibunya, tetapi hanya 20 peratus wanita yang mengaku berbohong kepada ibu-ibu mereka. Dikaitkan dengan pasangan, hanya 10 peratus responden yang mengaku cenderung berbohong kepada kekasih, suami, atau isteri.

Tentang jenis penipuan, para lelaki kebanyakan berdusta kepada pasangannya soal kebiasaan mereka meminum arak. Sementara para wanita lebih kerap menyembunyikan perasaan mereka dan berkata, “Tak apa-apa, semua baik-baik saja.”

Para wanita juga mengaku sering merasa bersalah setelah mengatakan kebohongan.Sekitar 82 peratus mengatakan bahawa mereka menyesali perbuatannya. Sementara di kalangan lelaki hanya 70 peratus yang mengaku menyesal telah berkata bohong.

Cantiknya Lelaki...Hebatnya Wanita

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Bahan Bahaya Dalam Makanan Kita


Sebab kesan jangka panjang akan membuatkan anda kena kanser... pembunuh senyap No.1 di Malaysia dan di dunia.

1. Fluoride
Terdapat pada ubat gigi.Juga diguna untuk mengawet makanan dalam tin.
contoh: Sardin.Tahukah bahan utama racun tikus adalah Fluoride.
Solution : Sila beli ubat gigi yang tiada fluoride. Sebanyak 35 buah negara telah haramkan penggunaan fluoride.

2. Chlorine
Digunakan dalam rawatan air kumbahan. Chlorine tidak dapat dibuang apabila memasuki tubuh anda. Kemasukan dan penyerapan klorin adalah 99% melalui liang peluh anda dan bukan melalui air minum. Nak tahu kenapa? Sebab klorin akan meruap/terhapus ketika sesi pemanasan air minum. Jadi kalau ingin minum, pastikan air anda dimasak. Klorin molekulnya halus iaitu berukuran 0.010 milimiter atau 10 mikron, jadi penapis air yang sehalus 0.0001 mikron pasti dapat menapisnya 100% . Kehalusan molekulnya menyebabkan ia mudah diserap melalui tubuh anda ketika sesi anda mandi.

3. Bisphenol-A = BPA
Merupakan bahan penggangu hormon. Ia menyebabkan menyebabkan kanak-kanak menjadi matang dengan cepat. Pada kanak-kanak wanita ia akan menyebabkan penumbuhan bulu pada kemaluan, mempercepatkan kitaran haid, risiko barah payudara. Kepada kanak-kanak lelaki, ia mempercepatkan penghasilan mani dan risiko barah prostate. Bahan ini digunakan dalam industri plastik. 99% Plastik dan tin minuman mengandungi bahan ini. Ini termasuklah botol susu anak anda. Lima buah syarikat gergasi pengeluar produk bayi kini sedang disaman oleh mahkamah tinggi antarabangsa.

4. Monosodium Glutamat a.k.a MSG
Bahan ini digunakan dalam 100% industri permakanan. Bahaya bahan ini telah diketahui umum, namun ramai yang buat endah tak endah. Dalam tahun 1989, Malaysia dikejutkan dengan berita gempar. Pengeluar bahan MSG terbesar iaitu Pak Aji Naik Moto menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan MSG daripada binatang yang haram iaitu BABI. MSG adalah bahan utama racun rumpai dan lalang. Kenapa anda harus makan atau mengambilnya? Adakah kerana makanan atau lauk anda jadi lebih sedap apabila anda bubuh MSG? Ada banyak cara lain untuk sedapkan masakan anda. Bahan ini mampu merosakkan fungsi buah pinggang dan hati anda dengan cepat sekali.

5. Aspartame
Ia sejenis pemanis tetapi bukan gula. Digunakan dalam makanan dan minuman yang dijual dipasaran. Ia juga dikategorikan sebagai racun. Aspartame digunakan secara meluas pada tahun 1970. Kesan-kesan pengambilan aspartame ini boleh dilihat secepat 24jam! Masalah yang akan dihidapi spt resdung/bersin/selsema, migrain, bunyi berdesing dalam telinga, kepala berdengung, cepat penat & letih lesu, paras gula dalam darah meningkat / kencing manis, payah kencing /batu karang/radang pundi@saluran kencing. Air tin paling tinggi kandungan aspartame-nya.Jika ada rakan anda yang suka minum KOKAKOLA dan sebagainya dinasihatkan berhati-hatilah.

6. Melamine - October 2008
Kita gempar lagi... Racun Toksik terlepas... Kini sasarannya bayi dan kanak-kanak.

Anda ingin tahu kenapa? Saya akan bagi keywordnya anda carilah sendiri. Yang saya pelik, penawar kanser, penawar HIV Aids, Penawar denggi dah ada tapi kenapa ada pihak cuba sorok? Siapakah pihak atau orang itu? Cuba semak vaksin denggi, Malaysia adalah antara negara yang terawal menemui/menghasilkan serum/vaksin penawar denggi tapi kenapa ia tidak dikeluarkan? Kenapa penawar penyakit disorok dari pengetahuan umum, namun racun yang berbahaya didedahkan kepada kita setiap hari.

Ada pihak dari luar negara (mereka ini adalah golongan illuminati) akan cuba bunuh anda setiap hari. Jika bukan melalui peperangan, cara halus akan digunakan, cara yang telah digunakan sejak berkurun-kurun lampau adalah cara bunuh dengan senyap iaitu melaui racun. Zaman dahulu kala, orang menggunakan racun daripada haiwan & tumbuhan berbisa. Kini bahan itu dihasilkan dengan banyak untuk membunuh anda secara senyap-senyap. Mereka target agar anda hidup tidak melebihi 30-40 tahun. Kalau hidup pun anda pasti kena penyakit 4 berangkai iaitu kencing manis, buah pinggang, jantung dan darah tinggi.Penyakit sepatutnya boleh sembuh, kenapa bila makan ubat tetapi tak baik-baik? Pernah anda terfikir kenapa?

Saya tak nak anda kena penyakit. Maklumat dah ada jadi jagalah kesihatan anda. Kalau hidup, umur panjang tapi kalau ada/kena penyakit, rasanya tak berbaloi. Ucapkan syukur pada Tuhan.

Saya bagi keyword, anda carilah sendiri ok? Pergi google.com @ youtube.com

1. NWO - New World Order
2. Cure Cancer
3. Raw Food - Organic Food
4. Freemason
5. Illuminati
6. Mc Donald - Supersize Me
7. HIV - AIDS (Adalah Virus Yang Dicipta Manusia)
8. Kenapa Kuasa Nuklear Iran disekat? Mereka takut Iran akan salahguna.

Tahukah anda bahawa fluoride itu lebih berbahaya daripada bahan radioaktif?

Source: NoorAzlin.Untong@ing.com.my

Rabu, November 17, 2010

SMS Yang Patut Dibaca Oleh Kaum Wanita


Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...


1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

****************************************************************

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA PADA MASA KINI

zhuliana.blogspot.com

Khamis, November 11, 2010

Masjid Tahan Serangan Bom Atom Dan Gempa Bumi!


Kobe Mosque Kobe Japan
Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku.
Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Serangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika Syarikat telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sejarah dunia.
Jepun pun menyerah kalah, tentera Jepun yang berada di Malaya pun sama terlibat turut pulang. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom dengan bom atom oleh Amerika. Semasa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikata Kobe menjadi padang jarak padang terkukur.
Kobe Mosque Kobe JapanKetika bangunan di sekitarnya musnah sama sekali, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bilik bawah tanah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.
Kerajaan Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana membaikpulih dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan terus dari German. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu bilik juga diletakkan di masjid ini.
Kobe Mosque Kobe Japan
Sekolah yang hancur akibat perang kembali dibaikpulih dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Kobe.
Krisis kewangan sering menghimpit ahli jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya. Banyak sumbangan dihulurkan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan mengubah suai masjid ini. Sumbangannya menjadikan Masjid Kobe menjadi semakin berkembang.
Pada tahun 1995, kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan gempa bumi paling dahsyat. Tepatnya pada pukul 5.46 pagi, Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lain-lain.
Meski hanya berlaku selama 20 saat, namun gempa ini mengorbankan seramai 6,433 orang, yang sebahagian besarnya merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.
Gempa bumi itu adalah kedua terburuk di Jepun selepas gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang mengorbankan 140,000 orang.
Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak bergoyah meskipun dilanyak dari berbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun seteguh masjid ini.


isuhangat.com

Selasa, November 02, 2010

Catatan Kerja 7

Minggu ni memang x banyak mase duk kat bilik guru, Nak bukak internet, check emel dan buat keje lain kat bilik guru memang x dapat. Sesekali je ambil mase yang x sampai dua minit bukak internet tengok paper. Tu je la yang dapat. 

Dari hari Jummat yang lepas sampai 12 hb ni kene jage budak form 1 hafaz al-Quran kat musolla dari pagi sampai petang. esok plak kene jage gerai untuk Hari Kantin sekolah. Bukak gerai kopok lekor...huhu.....

Minggu depan dah dapat motor baru ...Alhamdulillah, dengan rezki yang Allah berikan dapat satu lagi kemudahan yang akan diusahakan untuk dimanfaaatkan sebaiknya. Amin.