Sekarang ni dah banyak dijual alat khusus untuk bawak baby jalan-jalan. Sama ada baby duk belakang atau depan kita. Mudah dan selamat. Jangan sesekali nak masukkan baby dalam beg pulak. Lemas la baby tu. Cuba ko masuk dalam beg tu, best tak? Tau pun tak cukup oksigen, panas, dan x best.
Isnin, Mei 31, 2010
Khamis, Mei 27, 2010
Apa Pula Lepas Ni???
Konvo dah selesai, skripsi dalam proses pembukuan, dan hanya menunggu ijazah siap je. Sekarang ni dah boleh nak kemas-kemas barang masuk beg, kotak, buang mana tak pakai, kasi orang mana yang tak dapat bawak balik, selesaikan hutang, beli tiket flight dan menunggu untuk mengucapkan sayonara kepada Kota Medan yang telah dicatakan namanya dalam diari hidup aku. Sedar tak sedar, sudah 1 tahun 10 bulan aku berada di Medan dalam rangka mendapatkan mutiara ilmu dan 'sekeping kertas'.
Kalau ada rezeki pada masa akan datang, aku berniat untuk sambung Master dan kalau boleh sampai PhD. Semoga Allah berikan kemudahan dan jalan untuknya. Tapi ape-apehal pun, kena kerja dan kawin dulu lah, baru senang segalanya. Insyaallah. (Nak kaya kena kahwin).
Pasal kuliah dah tak perlu risau-risau lagi dah. Dah setel sume. Yang kena pikir, dah balik Malaysia nanti nak keje ape plak. Bab ni yang paling mencabar nih. Biasalah bagi orang baru yang mahu mengenali alam kerjaya ni, mahu tak mahu kena menghadapi pelbagai suka duka ntuk berjaya. Aku sebenarnya bukan fikir sangat pasal kerja tu. Yang aku runsingkan adalah- apakah aku mampu untk mengharungi cabaran alam kerjaya nanti ni? Ni yang membuatkan aku lemah mengenangkan keadaan diri yang banyak kelemahan dan rasanya tidak mampu nak harungi badai yang akan dihadapi. Rasa macam nak terus belajar je. Tapi masanya sudah tiba untuk aku memulakan alam baru ni walau macamana sekalipun. Tiada lagi masa untuk rehat-rehat, main-main, lepak-lepak, buat kerja merapu dan sebagainya. Sekarang sudah tiba masanya untuk aku kerahkan seluruh tenaga, fikiran dan semangat untuk menongkah cabaran nanti. Sudah tiba masanyaaaaaaaaa!!! Haiyah!!! (sambil mengkarate kayu katil ahli bait. Kayu tak patah, tangan aku pulak yang sakit). Mulalah merepek nih. :-D
Semoga Allah membuka pintu rezeki untuk aku nanti. "Ya Allah, tetapkan aku di dalam agamamu, bimbinglah aku ke jalanmu, murahkan rezekiku agar aku dapat memberikan semaksima mungkin pengorbanan dan perjuangan dalam merebut redhamu ya Allah."
p/s: Baru teringat, rupanya sebutan yang betul bagi Nama dan Gelar aku camni -
seperti yang disebut semasa konvo kelmarin.
p/s: Baru teringat, rupanya sebutan yang betul bagi Nama dan Gelar aku camni -
seperti yang disebut semasa konvo kelmarin.
Koleksi
Aku
Rabu, Mei 26, 2010
Selasa, Mei 25, 2010
Konvo....haureyyyy :-)
26 Mei (hari ini, pagi ini), aku akan konvo. Huhu...penantian selama 7 tahun berhasil juga akhirnya. Jubah dan toga konvo dah dapat tapi yang tak bestnya satu kaler je. Kaler hitam sume tanpa ade sebarang corak atau warna lain pada jubah. Tak menarik lansung. Toga pulak sampai 5 penjuru. Ye la Pancasila la kata kan....kelakar pulak tengok. Macam gambar Bapak ni la. kan ade 5 penjuru tu. Ni bukan la gambar aku dan aku tak kenal ni sape. Main ambik je dalam Google...kuakua...
Pepehal pun. Tahniah untuk diri sendiri kerana berjaya mendapat gelar Sarjana.
:-b.
:-b.
Koleksi
Aku
Ahad, Mei 23, 2010
Menutup Aurat Bukan Sekadar Pakai Tudung
SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.
Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.
Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?
Aurat berasal daripada bahasa Arab, 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)
Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:
1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur, ayat 31)
Firman Allah lagi yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59).
Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Bagindamengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.2. Pakaian yang longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.
Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud:"Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain 'qubtiyyah' (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: "Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu." Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: "Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya)."
Menurut Ibn Rusyd, 'qubtiyyah' ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
3. Pakaian yang tidak jarang.
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya."
Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.
4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.
Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka."
5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: "Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.
Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama)." (Surah al-Ahzab, ayat 33)
Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.
Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannyailmu Islam sebenar.
Sumber : muslimconsumer
Koleksi
Wanita
Sabtu, Mei 22, 2010
Jumaat, Mei 21, 2010
Anak Yang Bijak
Suatu hari, ayah dari suatu keluarga yang sangat sejahtera membawa anaknya bersiar-siar ke suatu negara yang sebahagian besar penduduknya hidup dari hasil pertanian, dengan maksud untuk menunjukkan bagaimana kehidupan orang-orang yang miskin.Mereka menghabiskan waktu berhari-hari di sebuah tanah pertanian milik keluarga yang terlihat sangat miskin. Pulang dari perjalanan tersebut, sang ayah bertanya kepada anaknya.
"Bagaimana perjalanan tadi?" "Sungguh luar biasa, Pa."
"Kamu lihat bukan bagaimana kehidupan mereka yang miskin?" tanya sang ayah.
"Ya, Pa," jawabnya.
"Jadi, apa yang dapat kamu pelajari dari perjalanan ini?" tanya ayahnya lagi.
Si anak menjawab, "Saya melihat kenyataan bahawa kita mempunyai seekor anjing sedangkan mereka memiliki empat ekor. Kita punya sebuah kolam yang panjangnya hanya sampai ke tengah-tengah taman, sedangkan mereka memiliki sungai kecil yang tak terhingga panjangnya. Kita memasang lampu taman yang dibeli dari luar negeri dan mereka memiliki bintang-bintang di langit untuk menerangi taman mereka. Beranda rumah kita begitu lebar mencapai halaman depan dan milik mereka seluas horizon. Kita tinggal dan hidup di tanah yang sempit sedangkan mereka mempunyai tanah sejauh mata memandang. Kita memiliki pelayan yang melayani setiap kemahuan kita tetapi mereka melayani diri mereka sendiri. Kita membeli makanan yang akan kita makan, tetapi mereka menanam sendiri. Kita mempunyai dinding indah yang melindungi diri kita dan mereka memiliki teman-teman untuk menjaga kehidupan mereka.”
Dengan cerita tersebut, sang ayah tidak dapat berkata apa-apa. Kemudian si anak menambahkan, "Terima kasih, Pa, akhirnya aku tahu betapa miskinnya diri kita."
Kita sering melupakan apa yang kita miliki dan hanya menumpukan terhadap apa yang tidak kita miliki. Kadang-kadang kekurangan yang dimiliki seseorang merupakan anugerah bagi orang lain. Semua berdasar pada perspektif setiap peribadi. Fikirkanlah apa yang akan terjadi jika kita semua bersyukur kepada Tuhan atas anugerah yang telah disediakan oleh-Nya kepada kita, daripada khuatir untuk meminta lebih lagi.
p/s: Siapa yang miskin sebenarnya???
Koleksi
Cerita-cerita
Waktu Kerja!
Kalau beginilah cara kerja rakyat kita, kompem tak ke mana la negara ni. 10 tahun lagi pun takkan maju. Agak-agak sape la yang duk makan gaji buta dengan jadual kerja camni? Jangan anda jadi sebagian dari mereka. Masa kerja buat betul-betul. Kalau masa rehat manfaatkan sebaiknya.
Pepehal pun, selamat bekerja dan berusaha menjadi pekerja contoh yang baik untuk kepada orang lain. :-)
Koleksi
Suka-suka
Mat Rempit (D file 12)
Pasti sebahagian dari anda mahukan ciri-ciri eksklusif masa naik flight kan? Ye la bukannya selalu dapat naik. Bagi yang mahukan penerbangan bertahap 5 bintang, boleh naik fligt ni dan boleh pilih nak duduk di tingkat berapa. Macam duk kat Hotel pulak. Tak pasti swimming pool ade tak. Makan gerenti best ni...kalau merempit dengan flight lain pon best gak ni. Baru gempak....
Koleksi
Suka-suka
Panduan Penjagaaan Anak 7
Kalau masa bawa anak dalam kereta, letakkan dalam kerusi khas untuk baby. Baru sesuai dan betul. Jangan ko letakkan sesuka hati & ikat tali pinggang die macam tambat penjenayah yang akan dihukum mati. Huhu...
Koleksi
Panduan Penjagaan Anak
Khamis, Mei 20, 2010
Musicians Boycott Israel Concert
Rock guitar legend Carlos Santana has pulled out of Israel concert. British rocker Elvis Costello has canceled his performance in Tel Aviv after guitarist Carlos Santana and rap singer Gil Scott-Heron called off their shows in the Israeli city.
The artists have decided to boycott Israel in response to growing concerns over the Israeli-Palestinian conflict. Costello, who was due to perform later this summer, said: Having your name added to a concert schedule may be interpreted as a political act. Costello said his decision was a matter of instinct and conscience and too grave and complex to be addressed at a concert. Some pro-Palestinian movements have advocated an academic and cultural boycott of Israel to protest its occupation of the Palestinian territory.
p/s: How bout us???
Koleksi
Cerita-cerita
Rabu, Mei 19, 2010
18 Mei 2010 - Hari Bahagia
Setelah bertungkus-lumus selama beberapa bulan, maka tibalah hari yang dinanti walaupun digeruni. 18 Mei kelmarin (Selasa) adalah satu hari yang mebuatkan aku menyesal dan juga bahagia/ gembira.
Hari tersebut adalah hari getir bagi kami yang bakal menamatkan sesi perkuliahan untuk sarjana muda. Satu ujian lisan atau lengkapnya Ujian Munaqasyah Skripsi sebagai satu persyaratan terakhir untuk diberikan gelaran sebagai sarjana. Memang hari itu penting serta ditunggu-tunggu untuk mahasiswa. Tapi hari itu jugalah yang amat kami takuti kerana kami akan berhadapan dengan lima orang penguji untuk membedah, mengkritik dan 'membelasah' kami secukupnya.Bab jawab menjawab dan berhujah itulah yang amat menakutkan kerana soalan-soalan yang bakal dipertanyakan oleh penguji benar-benar 'menguji' pengetahuan kami terhadap tajuk skripsi kami. Memang teruklah aku kena hentam. Rasa nak menangis je dalam bilik sidang tu. Menyesal sebab tak prepair betul-betul hal-hal yang berkaitan dengan perbahasan penulisan aku sendiri. Banyak soalan tak dijawab dengan baik dan betul. banyak main 'hentam' saja. Bagaimana pun, setelah hampir 9 jam dalam sesi tersebut, badan pun dah macam 'sayur'- penat, otak pun penat, maka selesailah sesi 'serangan' bertubi-tubi tersebut.
Tibalah waktu pengunguman keputusan sidang tersebut. Inilah yang waktu-waktu bahagianya aku rasakan. dengan berkat dari kesabaran, usaha, doa, dan tawakkal diri, Allah telah memberikan kejayaaan yang amat-amat aku hajati selama hampir tujuh tahun di alam kampus. Berita acara diumumkan oleh Ketua Sidang, kami berenam (4 lelaki 2 perempuan) telah diumumkan lulus dan sekaligus dengan rasminya dinobatkan sebagai Sarjana Hukum Islam (S.H.I) dari Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, Medan Indonesia. Alhamdulillah, penat lelah aku selama beberapa tahun akhirnya berhasil walaupun mendapat pointer yang tidak setinggi mana. Inilah hari-hari bahagia aku.
Nama dan gelar: Omar Bin Md Rasib, S.H.I
Balik rumah dah nak Maghrib. Selesai mandi dan solat Maghrib, oleh kerana terlalu penat, aku pun dengan selesanya landing atas katil terus tidur tanpa sebarang gangguan. Solat Isyak pukul 2 pagi. Huhu.
Insyaallah, pada tanggal 26 Mei ni (Rabu depan) Majlis Konvokesyen IAIN-SU kali ke berapa aku pun tak tahu. Malas nak masuk sebenarnya. Memang tak minat nak masuk. Tapi oleh sebab desakan dari pensyarah dan kawan-kawan, ikut jugalah masuk konvo dengan hati yang berat. :-(
Bergambar setelah selesai Sidang Munaqasyah Skripsi. Berada di barisan depan dari kiri adalah Pak Azwani selaku Ketua Jurusan Ahwal Syahsiah, Pak Iqbal sebagai Pembantu Dekan 3 Fakulti Syariah, dan Pak khalid, Setiausaha Jurusan Ahwal Syahsiah. Aku di barisan belakang, tiga dari kiri bersama sahabat-sahabat satu sidang.
Anything, segalanya hampir selesqai dan dalam tempoh tak sampai sebulan (insyaallah), aku akan meninggalkan Kota Medan sebagai 'sesi' terakhir bersamanya. Alhamdulillah. Hadiah besar untuk Mak dan keluarga aku yang support aku walaupun rasanya aku telah banyak menyusahkan mereka. Tujuh tahuan aku mengembara dalam dan luar negara menggunakan wang mereka, tibalah masa aku balas semula jasa-jasa dan pengorbanan mereka pada aku. Insyaallah, ada rezeki yang Allah janjikan bagi hambanya yang bersabar. Amin. Semoga Allah berkan aku tempat yang sesuai dan sepaptutnya untuk aku bekerja dijalannya. Amin.
Tajuk Skripsi:
PERMOHONAN PENGESAHAN NIKAH POLIGAMI
(STUDI KASUS PERMOHONAN PENGESAHAN NIKAH POLIGAMI YANG DITOLAK DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – MALAYSIA)
oleh: Omar Bin Md Rasib (21080-8778)
oleh: Omar Bin Md Rasib (21080-8778)
Pembimbing: Bapak Drs.Azwani Lubis M.Ag dan Ibu Noor Azizah, S.H, M.Hum
p/s: Sekali Ibu pembimbing aku bersalin pula beberapa hari sebelum sidang. Sebaik lepas semakan dan tandatangan die sebelum tu. Masa sidang ganti dengan penguji lain.
p/s: Sekali Ibu pembimbing aku bersalin pula beberapa hari sebelum sidang. Sebaik lepas semakan dan tandatangan die sebelum tu. Masa sidang ganti dengan penguji lain.
Koleksi
Aku
Isnin, Mei 17, 2010
Belajar Sampai Tua
Kelmaren, Hazel Soares bersama rakan sekelasnya bergambar sebelum konvokesyen bagi mendapatkan diploma setelah beliau berjaya menamatkan pengajiannya di Mills College di Oakland, California. Beliau yang berusia 94 tahun mampu menyelesaikan pengajiannya kembali setelah tamat pembelajarannya di Roosevelt High School di Oakland pada tahun 1932. Beliau yang memiliki 6 orang anak dan 40 orang cucu dan cicit merupakan orang kedua tertua berjaya lulus dari college.
Tiga tahun yang lalu, Nola Ochs dari Kansas telah menempa nama sebagai lulusan Universiti yang tertua di dunia dan dicatat dalam Guinness Book of World Records yang ketika itu berusia 95 tahun. Beliau mendapat Ijazah Master dalam Liberal Studies dari from Fort Hays State University.
Ia menjadi suntikan semangat kepada semua bahawa usia bukannya halangan dalam mengapai kejayaan dalam pendidikan. Apa yang penting adalah semangat, keinginan dan kesungguhan. Sebenarnya konsep pendidikan dalam Islam merupakan pendidikan sepanjang hayat. Belajar dari buaian sehingga ke liang lahad. Non Stop. Apatah lagi ilmu itu tiada tepinya dan tiadanya pelabuhan untuk berlabuh. Islam mengajar kita supaya menuntut ilmu dan mencintainya serta golongan yang terlibat dengan ilmu. Islam sendiri meletakkan mereka yang berilmu itu tinggi maqamnya selepas daripada nabi.
p/s: Jadi, anda mahu belajar sampai bila pula? "Tuntulah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad".
Koleksi
Cerita-cerita
Sajak: Cikgu
Sempena dengan hari guru, saya telah pun menulis satu sajak khas untuk cikgu yang telah pun diterbitkan dalam portal e-sastera.com dalam ruangan sajak. Saya memang selalu hantar sajak ke situ. Ada 4 komentar saya saya dapat dalam tempoh beberapa jam tadi dan saya paparkan komen tersebut (dari ahli e-sastera):
rimanilzah 5/17/2010 9:16:26 PM
sajak polos yg mulus. saya suka.
mokhtarahman 5/17/2010 7:17:39 PM
Saudara pelajar yang baik, alhamdulillah. Salam puisi sdr fasa.
has1mah 5/17/2010 5:54:44 PM
insya-Allah cikgu-cikgu pun jadi bersemangat apabila ada kata-kata puisi di sini. Salam, fasa.
abdulhalim 5/17/2010 5:26:38 PM Setulus hati suara nurani murid. Salam.
Berikut adalah sajak saya:
Cikgu
Assalamualaikum cikgu
hari ini kuketuk pintu hatimu
agar kau tahu aku ini murid baru
yang mahu mencari hatiku
agar ianya tidak sehitam remaja baru.
Cikgu
aku bukakan bukuku
agar kau beritahuku tentang Tuhanku
ingin aku mencatatnya
agar aku tidak lupa selamanya.
Cikgu
andai satu masa nanti
aku berjaya dan berkerjaya
tidak aku mampu membalas budimu
hanya doa rahmat dari Tuhan
kuhadiahkan atas jasamu.
Cikgu
hari ini aku mahu
duduk dibangku paling hadapan
agar segala ilmumu
sampai kepadaku dahulu
agar akulah orang yang awal berjaya
dari segenap pelajar berjaya.
Salam kasih untuk cikgu
Moga Tuhan ampunimu
bila pulang nanti
akan kuajari pula adik-adikku
aku kucerita tentang baiknya cikgu
agar mereka semangat untuk menjadi cikgu.
Koleksi
Koleksi Sajak
Ahad, Mei 16, 2010
Selamat Hari Guru

Kepada semua guru, cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah, tuan guru, alim ulama', muallim, murabbi, mursyid, dan seangkatan dengannya, saya dengan rendah diri dan dengan tulus hati mengucapkan Selamat Hari Guru. Jasa-jasa kalian kepada agama, bangsa dan negara amatlah berharga dan tidak ternilai harganya. Tanpa bimbingan dan panduan dari kalian tidaklah kami merasa betapa luasnya dunia dan betapa peri pentingnya ilmu sebagai bekalan dunia dan akhirat. Tanpamu, bukan saja diri ini buta bahkan seluruh alam akan merasa gulitanya. Hanya dengan ilmulah yang akan menyuluh diri membawa ke jalan yang benar dan kalianlah orang yang berjasa membimbing kami menuju destinasi yang betul.
Ucapan terima kasih ini tidak akan bermakna andai diri ini masih lagi leka dan mengabaikan segala ilmu serta panduan yang kalian berikan kerana ilmu itu harus diyakini dan diamalkan. Tiada kata yang setara dengan apa yang telah kalian sampaikan kepada kami melainkan doa-doa kami agar kalian senantiasa berada di dalam keadaaan yang baik dan dirahmati Allah selalu yang mampu kami berikan.
Selamat menjalankan tugas sebaiknya. Didiklah generasi hari ini agar masa depan negara menjadi lebih indah dan terjamin.
Terima kasih guru.........
p/s: Saya pun pernah jadi guru (ustaz) sekolah tapi kejap je. So, Selamat Hari Guru juga untuk saya. :-)
Koleksi
Macam-macam
Sabtu, Mei 15, 2010
Jangan Buat 7 Perkara Dalam Facebook
2. Jangan berikan tarikh lahir yang tepat dalam Profile.
3. Jangan pandang remeh Kebaikan yang ada dalam Privacy Controls.
4. Jangan masukkan nama-nama penuh anak anda (mahupun nama penuh kawan-kawan anda) dalam Photo Caption.
5. Jangan beritahu semua orang You ll Be Away From Home.
6. Jangan biarkan search engines mencari anda.
7. Jangan biarkan anak anda menggunakan Facebook tanpa dikawal/pantau.
Koleksi
Panduan
Jumaat, Mei 14, 2010
Isnin, Mei 10, 2010
Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam
Pengenalan
Biasanya bila kita adakah majlis perkahwinan, selalunya ada upacara persandingan mempelai, sama ada belah lelaki atau perempuan. Tapi, apa sebenarnya yang islam telah gariskan mengenai persandingan ini, boleh ker? Tak boleh ker? Haram ker...atau apa hukum persandingan ni sebenarnya.
1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
Biasanya bila kita adakah majlis perkahwinan, selalunya ada upacara persandingan mempelai, sama ada belah lelaki atau perempuan. Tapi, apa sebenarnya yang islam telah gariskan mengenai persandingan ini, boleh ker? Tak boleh ker? Haram ker...atau apa hukum persandingan ni sebenarnya.
1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.
3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
Hukum Islam Terhadap Persandingan
1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan., dan Yunus: 107: Dan jika Allah mengenakan Engkau Dengan sesuatu Yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun Yang akan dapat menghapuskannya melainkan dia; dan jika ia menghendaki Engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun Yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa Yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.
3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)
6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)
7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".
Koleksi
Panduan
Sabtu, Mei 08, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)
Blog Design by Gisele Jaquenod

.jpg)



















