Alhamdulillah...permohonan saya untuk mengajar telah diterima dan secara rasminya telah mula bertugas pada 2 Ogos yang lalu tapi baru petang kelmarin 10 Ogos dapat punch card. Tapi yang sebenarya, 9 hb baru lapor diri. Jawatan aku sebagai pengajar dan warden asrama. Opsss...lupe, aku ngajar di SRI Seremban untuk sekolah menengah. Sekolah ni sekolah swasta. Kemudahannya bagi aku ok la walaupun x sehebat sekolah kerajaan yang lain. Dari segi pelajaran, ada subjek khusus bahasa arab yang mengikut silibus dari negeri-negeri lain seperti kelantan, Selangor, dan sebagainya selain subjek untuk PMR dan SPM. Mean ada lebih kurang 20 subjek yang diorang ambil untuk setiap kelas.
Baru dua hari bertugas dah masuk bulan Ramadhan. So, sebagai seorang warden yang masih tak tahu nak wat ape ni, tanye2 la guru-guru lain n student ana wat ape. Banyakla gak yang perlu aku susun n gerakkan. Alhamdulillah setakat ni student x susah untuk dikawal coz diorang tahu nak wat ape n boleh buat keje tanpa diarah. Cuma kalau ade ape2 hal2 tertentu saje aku arah student. Yang dudukdi asrama tak ramai pon dalam 28 orang je pelajar lelaki. Keseluruhan student x tau la berape ramai tapi memamg ramai la.
Harapan aku agar aku boleh kekal dan bertahan lama di sini serta dapat menjalankan amanah dengan baik kepada agama, bangsa dan negara. Amin ya Rabb.... :-) Semoga cita-cita dan impian aku akan terlaksana bermula dari ini.....
