fm

Ahad, April 24, 2011

Misteri 26hb.....!!!

Berapa tarikh anda dilahirkan, adakah pada 26 hb?. Tarikh 26hb adalah tarikh kejadian banyak peristiwa bencana. Apakah misteri serta hubungan antara tarikh 26hb dengan semua kejadian tersebut?. Marilah renungkan.

Bencana Tahun 1500-2000:

26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang terkorban
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang terkorban
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, anggaran 36.000 orang terkorban
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang terkorban
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang terkorban
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepun
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang terkorban
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, England
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepun
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italy

Tahun 2000 - kini
Tsunami di Aceh 26 Desember'04,
Gempa Jogja 26 Mei 2006,
Tasik gempa 26 Jun 2010,
Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010,
Merapi Meletus 26 Oktober 2010.


SUBHANALLAH,
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - Al-Imran 190

Selasa, April 19, 2011

Jom Minum Kopi...

Apa yang anda patut tahu tentang secawan kopi.

Kopi sememangnya bagus untuk berjaga malam. Sesuai untuk mereka yang suka study sehingga lewat malam. Atau menonton perlawanan bola sepak UEFA Champions League. (Huhu....)

Kafein boleh membunuh. Tapi mesti minum 80-100 cawan kopi dengan laju.

Kopi baik untuk anda. Kandungan antioxidant dalam kopi baik untuk kesihatan. Kalau anda bukan penggemar kopi, cuba teh. Produk kedua terbaik untuk sumber antioxidant. Diikuti pisang, kacang dan jagung.

Kafein boleh melegakan sakit. Dua cawan kopi boleh mengurangkan sakit-sakit otot, terutamanya selepas bersenam.

Kopi terbaik hasil daripada cara roasting dan brewing. Semasa roasting, minyak keluar dari kopi pada 400 degree celcius. Lebih banyak minyak keluar, lebih kuat rasa kopi.

Decaf kopi masih ada kandungan kafein. 10 cawan decaf kopi sama dengan 2-3 cawan kopi bukan decaf.

Decaffeination guna bahan kimia. Kopi di stim kan supaya kafein yang larut naik keatas, dan diserap oleh pelarut organic, methylene chloride.

Kopi dijumpai oleh kambing. Di sekitar pergunungan Africa. Dikatakan sekumpulan kambing disana membuatkan penggembala tidak dapat tidur kerana kambing-kambing tersebut masih aktif diwaktu malam selepas makan kopi. Great story, anyways.

10 Rahsia Tingkatkan Kecekapan Minda

Cuba uji otak kita (sebutkan warna bukannya perkataan)

Uji Minda Anda. Buat teka silangkata, Sudoku atau apa-apa permainan yang menguji kecekapan otak berfikir.
Tak Perlu Makan Pil Supplement. Tak perlu multivitamin. Ini kerana supplement juga mempunyai side effects yang menggangu system otak walaupun banyak kebaikan.
Relax. Ambil masa untuk bersiar-siar. Jangan stress kerana ia menyebabkan penghasilan bahan kimia yang menggangu otak terutamanya dibahagian menyimpan memori.
Makan Ikan. Omega 3 yang terkandung dalam ikan baik untuk fungsi otak dan boleh mengubati masalah yang berkaitan seperti stress.
Minum Kopi. Kafein melindungi otak, terutamanya daripada serangan penyakit Alzheimer’s.
Tidur Yang Cukup. Semasa tidur, otak akan memproses memori. Ada yang disimpan dan ada yang dibuang. Kalau tak tidur, protein akan terkumpul dihujung saraf otak membuatkan kita susah untuk berfikir.
Jaga Kesihatan Badan. Penyakit kronik seperti diabetes, obesity, dan darah tinggi boleh mengganggu system otak.
Makan Diet Seimbang. Makan berlebihan merosakkan otak. Kalori yang terlalu sikit pula menggangu fungsi otak.
Pastikan Anda Makan Secukupnya. Tenaga yang banyak diperlukan otak untuk berfikir.
Aktifkan Diri Anda. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan otak. Sekurangkan-kurangnya buat senaman untuk 30 minit setiap hari. Bukan sahaja otak, jantung dan paru-paru juga turut sama mendapat kebaikan dari bersenam.

Ubat Misteri Di Dapur Rumah

45% orang menyatakan mereka bergantung kepada ubat yang dibeli dari farmasi untuk penjimatan daripada berjumpa doktor. Sebenarnya anda boleh mengubati sakit dengan hanya menggunakan barang-barang di dapur anda.

Pensel. Untuk sakit kepala atau pening atau stress. Letak pensel diantara rahang anda. ini bagi mengelakkan cengkaman rahang yang sangat kuat terjadi tanpa anda sedari ketika anda stress.
Yogurt. Untuk mulut berbau. Probiotik dalam yogurt baik untuk melawan bacteria penyebab mulut berbau.
Listerine. Untuk luka bernanah. Listerine adalah sejenis antiseptic.
Kayu sugi. Untuk penyakit kulit. Selain itu ia juga digunakan untuk membersihkan gigi. Kayu sugi ada kandungan estrogen.
Bola tennis. Untuk sakit kaki. Jadikan ia alat untuk mengurut tapak kaki anda.
Teh lemon balm. Untuk cold sores, demam yang menyebabkan nanah di kawasan mulut. Disebabkan oleh Herpes Simplex Virus. Lemon balm mempunyai bahan antiviral.
Gula. Untuk tersedu. Telan gula untuk menghentikan tersedu.
Minyak Zaitun. Boleh merawat penyakit kulit. Minyak zaitun mengandungi banyak antioxidant dan bebas bahan kimia berbahaya serta boleh digunakan sebagai pelembab. Kalau disapu pada kulit boleh menghasilkan pelindung untuk mengelakkan kulit menjadi kering.
Garam. Air garam menyediakan persekitaran yang ekstrim dan tidak sesuai untuk fungus. Ia juga boleh mengurangkan pengeluaran peluh yang berlebihan, dan juga melembutkan kulit agar ubat antifungal boleh masuk lebih kedalam kulit untuk hasil yang terbaik.
Air Tonik. Segelas/setin air tonik (100%, etc…) sebelum tidur boleh mengurangkan gejala kaki yang penat.
Baking Soda. Ia membuatkan pundi kencing lebih beralkali seterusnya membunuh bakteria. Campurkan ¼ sudu baking soda dalam segelas air.
Teh.Campurkan bunga cengkih (antiseptik untuk melawan jangkitan) dengan ¼ sudu serbuk halia dan 1/8 kulit kayu manis (merawat radang) kedalam secawan teh. Tambahkan madu (melegakan rasa sakit).

10 Fakta Otak Tidak Diketahui Anda

10|

Berat otak manusia yang masih hidup ialah 1.3-1.4 kilogram. Tekstur otak pula seperti tofu.

9|

Saiz otak semakin kecil mengikut zaman. 5000 tahun dahulu manusia mempunyai  saiz otak yang lebih besar daripada manusia zaman sekarang. Tidak diketahui kenapa. Ada teori mengatakan otak semakin cekap jadi tidak perlu mempunyai saiz yang besar. Ada juga yang mengatakan saiz tengkorak yang semakin kecil (berbanding 5000 tahun dahulu) kerana diet kita yang semakin ‘lembut’ dan tidak memerlukan rahang yang besar.

8|

Otak adalah organ yang memerlukan tenaga paling banyak; 20% bekalan oksigen dan 25% glukosa. Berat otak hanya 2% daripada berat badan.

7|

Semakin banyak sulcus, semakin pandai seseorang itu.

6|

“Kita hanya menggunakan 10% otak kita untuk berfikir” tidak benar.

5|

Otak dilindungi oleh  blood-brain barrier, penyekat yang hanya membenarkan molekul tertentu sahaja untuk memasuki otak.

4|

Otak bermula dari ‘sebatang’ tube, yang kemudian berkembang menjadi otak yang anda lihat sekarang.

3|

Otak remaja tidak berkembang sepenuhnya. Oleh sebab itulah perangai mereka sedemikian.

2|

Sel-sel otak boleh bertukar-tukar fungsi dan bentuk; bergantung kepada keadaan sekitar seperti kecederaan atau stroke.

1|

Dari segi daya pemikiran otak, lelaki dan perempuan salah sama. Kedua-dua jantina mempunyai kemampuan pemikiran otak yang sama. Tiada perbezaan antara jantina yang mempengaruhi kepandaian seseorang itu. Ia bergantung kepada cara kita mengaplikasikan kepada daya pemikiran tersebut ke tahap optimum.

Rabu, April 06, 2011

Macam-macam Kereta

English Badly Broken...

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tita-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyondol kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again.
(maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind.
(maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

7 Cara Menggalakkan Kebahagiaan Keluarga

Setiap orang ingin merasa hidup berkeluarga. Namun semua harus sedar bahawa sebuah keluarga bukan sekadar untuk dibina, tetapi mengekalkan dan menyuburkan sesebuah keluarga merupakan perkara yang paling penting. Setiap insan yang bergelar ibu dan bapa pasti inginkan keluarga yang bahagia. Banyak perkara yang boleh dilakukan dan diamalkan bagi menjamin kebahagian sesebuah keluarga. Di sini, aku ingin berkongsi beberapa tips bagi menggalakkan kebahagian keluarga, harap dapat mengisi minda bagi yang sudi membaca.....

1. Bersenanglah pada waktu anda bersama anak, pasangan atau di dalam keluarga. Anda seharusnya memberi banyak masa anda sendiri dari mengambilnya.

2. Tunjukkan perasaan anda, jadi anak-anak akan mengikutnya. Ini akan mengajar mereka untuk meluahkan perasaan masing-masing. Sentuhan adalah sesuatu yang amat penting dan melakukannya sebagai sebahagian dari amalan dalam keluarga adalah sesuatu yang baik, seolah-olah ia menyatakan perasaan sayang pada satu sama lain.

3. Bilang hingga 10 tarik nafas yang panjang dan berhenti melakukan sapa saja perkara baru yang anda cuba namun tidak berjaya. Tanya diri anda adakah anda seorang yang munasabah atau bolehkah anda ambil perkara itu dari sudut positif? Ajar anak anda untuk berfikir begitu.

4. Kekalkan peraturan dan hadkannya secara konsisten. Ini memerlukan kata-kata yang bagus dan kemahiran kokunikasi antara ibu dan bapa serta semua orang dewasa yang sayangkan anak anda. Berpendirian tetap dalam membuat batas-batas pada ank-anak penting agar mereka juga belajar untuk menghormati dan bertindak dengan apa yang telah ditetapkan.

5. Jadilah seseorang yang pentingkan diri sendiri sedikit. Ini penting unutuk tonjolkan diri anda sebagai satu individu dan sebagi satu pasangan begitu juga sebagai ibubapa. Maka, ambillah masa untuk berdikari dan bergembira.

6. Makan bersama dan nikmati aktiviti sebagai satu keluarga di mana-mana yang anda boleh. Padamkan televisyen dan gunakan peluang yang ada unutk berborak misalnya.

7. Bila keadaan menjadi serba tidak kena, fikirkan kembali mengapa. Misalnya jika menyediakan sarapan selalu membuatkan anda tergesa-gesa dan akhirnya lembat menghantar anak ke sekolah atau tadika, tanya diri anda adakah anak anda mempunyai tidur yang cukup? Fikirkan, sama ada semua orang terlalu bergantung kepada seorang individu sahaja atau anda perlu rombak rutin hari anda setiap pagi ?

*Perkongsian idea dari Mami&baby*