Alhamdulillah, minggu lalu aku telah musafir ke Pulau Pinang. Bertolak dari stesen bas Segamat dengan sorang kawan menuju ke Butterworth. 9 jam dalam bas. Bertolak jam 8 malam dan sampai pukul 5.30 pagi. Pening gak kepala sebab tak cukup tido.
Bukan untuk jalan-jalan makan angin atau buang masa. Tapi ada hal penting yang aku nak selesaikan. Ada beberapa urusan yang perlu dilakukan dalam proses penghantaran ijazah aku ke JPA. Segala urusan akan melalui kolej lama aku iaitu Maahad Al-Ihsaniah (MANHAL), Pulau Pinang. Kena siapkan beberapa dokumen penting seperti ijazah dan transkrip asli, ijazah dan transkrip asli yang lama, salinan pasport, SPM, STAM dan dua tiga benda lagi.
Aku dah check dalam website JPA. Nama pusat pengajian aku ade dan bermakna ijazah aku diiktiraf oleh JPA. Alhamdulillah. Semoga proses pengesahan tersebut berjalan dengan baik dan segera. Amin, Insyaallah.
Selesai aje urusan, lepak la kejap kat rumah lama di Simpang Empat tu (dekat ngan Kolej). Masih ada yang duk situ. Tapi tak lama pon sebab akan naik bas kul 1 tengah malam tu gak. Tapi turun kat Seremban sebab ada urusan lain pulak yang hendak disetelkan. Sampai Seremban kul 6 pagi. Bas laju macam kura-kura....huhu....

