fm

Khamis, Mei 27, 2010

Apa Pula Lepas Ni???

Konvo dah selesai, skripsi dalam proses pembukuan, dan hanya menunggu ijazah siap je. Sekarang ni dah boleh nak kemas-kemas barang masuk beg, kotak, buang mana tak pakai, kasi orang mana yang tak dapat bawak balik, selesaikan hutang, beli tiket flight dan menunggu untuk mengucapkan sayonara kepada Kota Medan yang telah dicatakan namanya dalam diari hidup aku. Sedar tak sedar, sudah 1 tahun 10 bulan aku berada di Medan dalam rangka mendapatkan mutiara ilmu dan 'sekeping kertas'. 

Kalau ada rezeki pada masa akan datang, aku berniat untuk sambung Master dan kalau boleh sampai PhD. Semoga Allah berikan kemudahan dan jalan untuknya. Tapi ape-apehal pun, kena kerja dan kawin dulu lah, baru senang segalanya. Insyaallah. (Nak kaya kena kahwin).

Pasal kuliah dah tak perlu risau-risau lagi dah. Dah setel sume. Yang kena pikir, dah balik Malaysia nanti nak keje ape plak. Bab ni yang paling mencabar nih. Biasalah bagi orang baru yang mahu mengenali alam kerjaya ni, mahu tak mahu kena menghadapi pelbagai suka duka ntuk berjaya. Aku sebenarnya bukan fikir sangat pasal kerja tu. Yang aku runsingkan adalah- apakah aku mampu untk mengharungi cabaran alam kerjaya nanti ni? Ni yang membuatkan aku lemah mengenangkan keadaan diri yang banyak kelemahan dan rasanya tidak mampu nak harungi badai yang akan dihadapi. Rasa macam nak terus belajar je. 

Tapi masanya sudah tiba untuk aku memulakan alam baru ni walau macamana sekalipun. Tiada lagi masa untuk rehat-rehat, main-main, lepak-lepak, buat kerja merapu dan sebagainya. Sekarang sudah tiba masanya untuk aku kerahkan seluruh tenaga, fikiran dan semangat untuk menongkah cabaran nanti. Sudah tiba masanyaaaaaaaaa!!! Haiyah!!! (sambil mengkarate kayu katil ahli bait. Kayu tak patah, tangan aku pulak  yang sakit). Mulalah merepek nih. :-D

Semoga Allah membuka pintu rezeki untuk aku nanti. "Ya Allah, tetapkan aku di dalam agamamu, bimbinglah aku ke jalanmu, murahkan rezekiku agar aku dapat memberikan semaksima mungkin pengorbanan dan  perjuangan dalam merebut redhamu ya Allah."




p/s: Baru teringat, rupanya sebutan yang betul bagi Nama dan Gelar aku camni - 
                                      Omar, S.H.I Bin Md Rasib
seperti yang disebut semasa konvo kelmarin.