fm

Rabu, Jun 30, 2010

Majalah Yang Saya Design

Alhamdulillah, sepanjang hampir dua tahun di Medan saya terlibat agak aktif di dalam persatuan mahasiswa. Terutamanya setelah diberikan amanah menjawat beberapa jawatan penting untuk persatuan dan kelab. Yang paling besar ialah Bendahari Agung. Memang menguji kemampuan dan kekuatan fikiran serta keimanan saya. Banyak perkara yang saya pelajari dan banyak juga perkara yang membuatkan saya terfikir sendiri bagaimana mahu menyelesaikannya.

Dalam kesibukan itu juga saya sempat mencurahkan keringat saya untuk perkara yang saya sukakan iaitu dalam bidang penerbitan. Untuk pertama kalinya dalam persatuan menerbitkan majalah. Ada dua majalah yang saya gerakkan untuk diterbitkan dan syukur kepada Alllah kerana telah memberikan kesempata serta kelapangan masa dan tenaga kepada saya dalam usaha menerbitkannya. Berikut adalah majalah yang diterbitkan. saya sebagai perancangan sekaligus sebagai designernya:

1) Majalah Nur Islam. Dilancarkan sempena Festival Nur Islam (I-fest) anjuran BADAR PKPMI-CM. Majalah ini meruupakan majalah pertama yang berjaya diterbitkan oleh kelab dan juga diperingkat persatuan. Saya menerima sijil penghargaan khusus pada Majlis Perasmian Penutup Festival di atas kejayaan penerbitan majalah tersebut.

2) Majalah Episode. Diterbitkan di bawah seliaan Biro Jurnalistik PKPMI-CM. Ini merupakan rekod pertama persatuan menerbitkan satu majalah rasmi persatuan. Saya rasa belum ada lagi persatuan-persatuan anak-anak Malaysia di seluruh Indonesia menerbitkannya. Majalah ini diisi dengan beberapa topik persatuan, isu semasa, bahan-bahan ilmiah dan sastera. saya juga telah menghantar kepada beberapa PKPMI cawangan lain termasuk kepada YDP PKPMI Pusat, JPMI, dan Kedutaan.

Selain majalah, saya juga telah berusaha menerbitkan beberapa buletin, risalah, dan mengendalikan blog PKPMI-CM. Saya amat berharap sesi yang baru ini dapat meneruskan apa yang telah saya lakukan. 

Kepada sesiapa yang nak belajar teknik pembikinan majalah, buletin dan sebagainya, boleh berbincang dengan saya. InsyaAllah, saya tidak akan kedekut ilmu untuk sama-sama berkongsi pengalaman, kebolehan serta bakat yang saya ada.