fm

Rabu, Jun 30, 2010

Majalah Yang Saya Design

Alhamdulillah, sepanjang hampir dua tahun di Medan saya terlibat agak aktif di dalam persatuan mahasiswa. Terutamanya setelah diberikan amanah menjawat beberapa jawatan penting untuk persatuan dan kelab. Yang paling besar ialah Bendahari Agung. Memang menguji kemampuan dan kekuatan fikiran serta keimanan saya. Banyak perkara yang saya pelajari dan banyak juga perkara yang membuatkan saya terfikir sendiri bagaimana mahu menyelesaikannya.

Dalam kesibukan itu juga saya sempat mencurahkan keringat saya untuk perkara yang saya sukakan iaitu dalam bidang penerbitan. Untuk pertama kalinya dalam persatuan menerbitkan majalah. Ada dua majalah yang saya gerakkan untuk diterbitkan dan syukur kepada Alllah kerana telah memberikan kesempata serta kelapangan masa dan tenaga kepada saya dalam usaha menerbitkannya. Berikut adalah majalah yang diterbitkan. saya sebagai perancangan sekaligus sebagai designernya:

1) Majalah Nur Islam. Dilancarkan sempena Festival Nur Islam (I-fest) anjuran BADAR PKPMI-CM. Majalah ini meruupakan majalah pertama yang berjaya diterbitkan oleh kelab dan juga diperingkat persatuan. Saya menerima sijil penghargaan khusus pada Majlis Perasmian Penutup Festival di atas kejayaan penerbitan majalah tersebut.

2) Majalah Episode. Diterbitkan di bawah seliaan Biro Jurnalistik PKPMI-CM. Ini merupakan rekod pertama persatuan menerbitkan satu majalah rasmi persatuan. Saya rasa belum ada lagi persatuan-persatuan anak-anak Malaysia di seluruh Indonesia menerbitkannya. Majalah ini diisi dengan beberapa topik persatuan, isu semasa, bahan-bahan ilmiah dan sastera. saya juga telah menghantar kepada beberapa PKPMI cawangan lain termasuk kepada YDP PKPMI Pusat, JPMI, dan Kedutaan.

Selain majalah, saya juga telah berusaha menerbitkan beberapa buletin, risalah, dan mengendalikan blog PKPMI-CM. Saya amat berharap sesi yang baru ini dapat meneruskan apa yang telah saya lakukan. 

Kepada sesiapa yang nak belajar teknik pembikinan majalah, buletin dan sebagainya, boleh berbincang dengan saya. InsyaAllah, saya tidak akan kedekut ilmu untuk sama-sama berkongsi pengalaman, kebolehan serta bakat yang saya ada.

SMS Cinta 59

AnDAi HaRi EsOk SaYa TiaDa,
DaN GaGaL M’uCaPkn SLMT TINGGAL,
InGaT BhW SaYa X pRnH LuPa
Utk UcPkN TERIMA KASIH!
KrN SaYa B’pluAnG M’geNaLi S’sEoRg..
SPRTI Awak..

Perbezaan Ikan Halal & Haram

Kepada peminat ikan keli. 

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal 

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) 
·  Kepala berbentuk 'V' 
·  Bentuk badan mirip torpedo 
·  Badan berwarna hitam berkilat 
·  Bahagian bawah badan berwarna putih melepak 
·  Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning 
·  Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)  
·  Kepala berbentuk 'U' 
·  Bentuk badan tirus 
·  Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat 
·  Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu 
·  Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan 
·  Digoreng tidak meletup. 

Panduan Penjagaan Anak 11

Nak kasi anak tu sihat dan aktif, ada senaman yang khusus untuknya. Senaman yang sesuai untuk bayi adalah senaman yang ringan. Bukan senaman untuk nak bina otot-otot badan macam Hulk. Tak payah susah2 bawak baby tu pegi gym angkat berat. Penumbuk aku ni berat je nak patahkan tulang hidung sape2 yang aku jumpe buat baby die camtu. Ape punye bapak da.....

Sajak: Cinta Ini

Ahad, Jun 20, 2010

Sayonara.....

InsyaAllah, esok (Isnin, 21  Jun 2010), saya akan meninggalkan Kota Medan yang telah saya huni selama hampir 2 tahun atau lebih tepatnya 1 tahun 10 bulan. kali ini pulang habis. Maknanya aku sudah selesai mendapatkan ijazah dan menyelesaikan segala urusan lainnya. Skrispi yang sudah dijilid pun sudah diserahkan kepada Fakulti minggu lepas.

Kali ini terpaksa menggunakan penerbangan AirAsia kerana itu yang mudah untuk saya dapatkan. Jua terpaksa memiih untuk penerbangan di waktu malam iaitu jam 10 malam WIB (waktu Indonesia Barat) kerana pada waktu tersebut aling murah. Harga ambil yang murah sebab saya tambah berat kargo sebanyak 25 kg. Nak balik habis tentulah semua barang nak dibawa pulang.

Petang ni dalam 95 % kerja-kerja mengemas sudah siap. hanya ada beberapa barang yang mahu dijualkan dan dan diberikan kepada ahli bait yang tinggal. Selebihnya pagi dan petang esok akan diselesaikan. Tak lah banyak sangat barang yang hendak dibawa. Ada 4 beg (1 beg pakaian, 3 beg buku) dan 1 kotak kecil. beg pakaian dan kotak akanamsuk kargo dan selebihnya naik atas. Harap-harap semuanya lepas.

Untukmu Medan, banyak ranjau dan jerih payah telah kutempuhi. Aku mengenali dirimu darinya. Walaupun banyak juga masa-masa gembira, tetapi aku lebih mengingati waktu sukarku bersamamu. Sungguh pun begitu, aku akan tetap kan mengingatimu sebagai tempat tumpah keringat sebagai bukti aku telah berusaha mendaki lautan ilmu dan mencapai gelaran seorang sarjana. Apa pun, Medan tetap di dalam kamus hidupku. Tempat yang mengajar dan mendesakku agar lebih bersabar dan tidak akan berputus asa atas segalanya. Tempat yang memperkenalkan padaku erti cinta, pengorbanan, kesetiaan (cewah), kejujuran, ketabahan, perjuangan, keberanian, kematangan, dan kepatuhan. Ingin aku ucapkan sayonara, selamat tinggal kepadamu dan seluruh isimu. Selamat tinggal IAIN-SU....Kepada yang telah membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada diri ini, semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada dirimu. Jumpa kita lagi di lain waktu. Salam.....

Jom Merokok!!!

Ikan Duyung Paling Seksi

Nak muntah aku tengok orang nih....badan camtu ade hati nak jadi macam Mermaid konon. Yang sorang lagi tu pulak macam exited pula ambil gambar. Kalau kasi free pun tak mau kat orang gambar tu.....Ko nak ke??? ku nak pi muntah jap.....

Mat Rempit ( D file 13)

Nothing to say....

SMS Cinta 58


Ku petik bintang
,,,,, + * + * .
(c ‘? (”) + * .
?”"%//
utk kau simpan
cahyanya
terang
brikan kau
perlindungan
juga sbg
pengingat org
yg TERSAYANG...

Panduan Penjagaan Anak 10

Jangan ko ingat ana tu macam bola bleh lambung-lambung. Kalau ye pon tengah panas Piala Dunia 2010 ni, tak payah la nak belagak macam penjaga gol plak. Ade kes seorang bapa lambng tinggi anak die, zupp kene kipas...arwah terus..mau camtu ke??? Kalau tak mau jangan nak cari pasal plak ek....

Isnin, Jun 14, 2010

10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita

Strategi Pertama – Menghilangkan hijab(penutup)

Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

Strategi Kedua – Membuka bahagian tangan

Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata {tak mengapa jika memakai baju lengan pendek….kamu masih pakai tudung..}. Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi {tidak mengapa kan..?}

Strategi Ketiga – Membuka leher dan dada

Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik {tak mengapa kan membuka lengan…sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bagian dada..baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas…orang pasti berkata biasa saja…} Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

Strategi Keempat – Berpakaian tetapi bertelanjang

Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik {baju kamu itu dah biasa …dah ramai orang yg pakai…sekarang ini ada fesyen baru lagi…baju ini tipis dan ketat saja..boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu..tidak apa-apa, sebab potongan baju ini masih panjang…} Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang)

Strategi Kelima – Membuka sedikit

Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik {susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini…bergerak pun terasa terbatasi…apa kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut…nanti lebih senang kamu untuk duduk..tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa…} Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dlm bergerak

Strategi Keenam – Membuka telapak kaki dan tumit

Syaitan berbisik lagi {sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian ini…kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut…kamu potong aja lagi hingga diatas tumit…kamu pendekan kain ini sehingga atas tumit akan memudahkan km berjalan..} Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

Strategi Ketujuh – Membuka separuh betis

Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi {fesyen kamu ni masih biasa saja…orang macam tak kisahkan…apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol..di pasaran banyak kain skirt..tak perlu beli yang sangat pendek …yang separuh betis saja..} Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

Strategi Kelapan – Membuka seluruh betis

Wanita ada terfikir { Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu ? } Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata {AH!! tidak…sekarang zaman dah berubah..dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka… yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tp terbuka sedikit…di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis….kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman..} Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

Strategi Kesembilan – Serba mini

Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut {pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja..kamu perlu pakai skirt mini…kamu akan nampak lebih seksi dan menawan..} Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

Strategi Kesepuluh – Hampir semua terbuka

Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik {pakailah kamu bikini..semua di sana pakai baju itu…kamu tak perlu malu ..} Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

Ahad, Jun 13, 2010

Poning-poning Eh Kepalo Den (Ally Noor @ Ujang)

Dari kocik den dah donga lagu nih. Pastu dah lamo tak donga. Baghu bulan lopeh den tejumpo lak lagu ni kat Youtube. Memang best la lagu ni. Kelaka pon ado. Lamo dah mencaghik eh. Ingek balik maso kocik-kocik selalu nyanyi lagu ni kat sekolah ngan kengkawan. Maso tu dah ado dah kat TB cito Ujang ni. Tu yang sakan yo nyanyi eh tuh.

Pado sapo-sapo yang nak lagu nih bleh la donga atau donlod la toghush dari Youtube. Sonang cito. Klik ajo kat sini ha. Den pun nak siapkan lirik eh kot koghang nak samo-samo nyanyi la. Yang bukan oghang Nogori tu, sambil-sambil tu bleh la belaja cakap Nogori. Apo yang boleh den kato an lagu ni memang kelaka. Video eh pun kelaka.Tapi yang kat Youtube tu ado salah skit dio punyo lirik. Yang den tulih ni yang boto eh yo. kali ni den tak kasi tojomahan eh. Cumo den kasi pekataan yang kono ditojomah an ajo. Inilah dio lirik eh:



Poning-poning Eh Kepalo Den (Ally Noor @ Ujang)

Poning-poning eh kepalo den (palo den)
Oh Milah...oh Milah
Sakit-sakit eh dado den (dado den)
oh Milah..oh milah
Sakit eh dado
paneh ghaso eh badan
sakit semuo sakit ghaso nak domam.

Poning-poning eh kepalo den (kepalo den)
Oh Milah...oh Milah
Sakit-sakit eh dado den (dado den)
oh Milah..oh milah
Sakit eh dado
patah selero makan
kono selemo sakit ghaso nak domam.

Ekau den pujo ekau den cinto dah lamo
orang pun tau
tapi semuo sengajo
eden diumpek eden dikoji kek orang
poning den poning
poning den memikir an

Milah...Milah....


poning = pening
palo = kepala
paneh = panas
dado = dada
domam = demam
selemo = selsema
pujo = puja
sengajo = sengaja
kek = oleh/ di

Lopeh ni nti, kok den ado maso den aja koghang penggunoan bahaso nogori ni, kigho macam koleh tatabahso bahasonogori la. Iyo....Jumpo lai. Se nak poi makan nasi ngan samba belacan ni. Memang mantap.........

Sabtu, Jun 12, 2010

Kisah Laila Majnun

3 bulan lepas berpeluang balik ke Malaysia untuk beberapa urusan. 2 minggu bercuti seminggu duk rumah dan seminggu lagi duk umah kakak di KL. 2 hari sebelum balik Medan, pegi jalan-jalan n beli barang-barang kat Mydin KL. Saje-saje pegi bahagian VCD. Terjumpalah aku dengan sebuah cite lama, cite Hindustan yang belum pernah aku tengok lagi. Cite Laila Majnun yang dibintangi oleh bintang popular Rishi kapoor. Memang aku dah lame mencari n nak tengok cite nih. Bukan ape, selalu je dengar nama laila Majnun nih tapi tak tahu ape cite yang sebenatnya. jadi oleh kerana nak tahu kisahnya, aku pun belilah VCD tu. tak mahal pon dalam 6 hinggit je.

Balik rumah aku pun pasanglah cite tu kat laptop aku. Memang gian nak tengok. Natijahnya awalnya....tak sampai 5 minit cite tu, aku dah nak menangis. Hukuhuk....tak bleh tahan. Baru muqaddmah je buat aku sebak dan mencabar kekentalan seorang jejaka tulen macam aku nih. Kisah awalnya adalah babak tanpa dialog. Macam wat persembahan pentas. Mereka berlakon hanya dengan gaya dan ekpresi wajah. Bermula dengan gembira, suka, kasih sayang, dan akhirnya menjadi duka, marah, dan kecewa. Mmm...satu plot cite yang best dan dilakonkan dengan baik sehingga bahagian itu pun aku sudah cukup terkesan dan memahami apa yang nak diceritakan.

Dari apa yang aku baca: Laila dan Majnun, juga dikenali sebagai Laila dan Lelaki Gila ( Qays) adalah cerita cinta klasik dari Timur Tengah. Ia berdasarkan kisah benar seorang pemuda bernama Qays ibn al-Mulawwah  dari utara semenanjung Arab semasa era dinasti Umayyah pada abad ketujuh. Terdapat dua versi cerita ini.  Menurut versi pertama, pemuda ini menghabiskan masanya menggembala kambing bersama sepupunya Laila semenjak kecil sehingga berputik cinta. Dalam versi kedua pula, ia merupakan cinta pandang pertama. Dalam kedua-dua versi, pemuda ini menjadi gila apabila ayah Laila melarang dia dari mengahwini Laila. Atas sebab ini, pemuda ini dipanggil Majnun Laila bermaksud menjadi gila kerana Laila. Dari pemuda ini dikatakan lahirnya pelbagai puisi Arab yang menggambarkan gelora cinta antara pasangan kekasih.

Macam kisah Romeo and Juliet di Eropah dan seperti Uda dan dara di tempat kita. Laila dan Qays akhirnya mati bersama-sama setelah lama terpisah di padang pasir. Dalam babak saling berlari-lari mencari-cari satu sama lain, akhirnya mereka kelemahan. Dengan kuasa Tuhan, dalam keadaan kedua-duanya lemah, tidak mampu berjalan lagi, mereka dapat bertemu kembali sampai merangkak mencapai tangan. Sampai di pangkuan Qays, Laiila sudah tidak berdaya lalu menghembuskan nafas terakhir di dalam tatapan pemuda yang dicintainya. Qays yang juga tidak terdaya, ditambah lagi dengan kesedihan yang menimpa, pun tidak bertahan lama terus melelapkan matanya bersama Laila. Mereka berdua meninggal dunia di tengah-tengah padang pasir.Itulah kisahnya....menangis aku beb...tak tahan.

Kalau anda tak mahu tengok cite Hindustan, bleh tengok cite Laila Majnun versi cite Melayu yang dilakonkan oleh Nordin Ahmad. Filem ini antara filem awal Melayu. Lebih kurang camtu gak lah cite die.....

So, sape2 yang berminat nak tengok cite ni, bleh dapatkan VCDnya di kedai-kedai VCD yang menjualnya. Kat kedai jual kete atau jual alat ganti Kapal terbang kompem la takde...huhu....

Hakikat Jadi Orang Miskin


Ini cerita dari kawan-kawan yang belajar medic. Diorang sedang buat praktikal di salah sebuah Hospital di Medan. Sama macam Dosen aku cakap:- Orang miskin kalau datang ke Hospital tidak akan mendapat layanan. 

Mereka tidak akan melayan orang miskin kerana tahu mereka tidak ada wang yang banyak dan mungkin tidak mampu membeli ubat. Kalau datang jam 8 pagi, pukul 12 tengahari pun belum tentu dilayan atau dipanggil oleh perawat. Kalau orang kaya atau nampak macam berharta, sekejap saja sudah dapat layanan dari pihak Hospital. Kalau orang miskin datang untuk sakit tenat, duk menahan sakit je la sampai ade yang panggil untuk mendapat rawatan. Selalaunya cincai-cincai je.

Satu lagi, setiap hari memang sah ade orang mati kat hospital. Memang rawatan ngan layanan macam hampeh. kalau takde duit jangan nak mengade-ngade pegi Hospital ata Klinik, sia-sia je.K alau tak bernasib baik, doktor akan beri ubat cepat mampos kat korang. 

Sehinggalah timbul satu kata-kata: "Orang Miskin Dilarang Sakit". Ini memang hakikatnya Hospital kat Medan ni. Walaupun ade yang bagus, tapi yang buat perangai hampeh tu lagi banyak.....

SMS Cinta 57


LoLiPop bErKatA kpd
CoKLaT
“kIta Ni
sunGGuh MaNis kan?”

CoKLaT menJAwAb “
aWak
INgaT kItA nie
DaH cukuP mAnIs
Ke?
“AwaK TengOk
OrG yang BacA

SMS nie, lg
MaNis..
“TeNGok tu
DiE senYUm, MaNis
nyErrrr… .” l:-D

SMS Cinta 56


Org Dulu2 pRnH
KAte, bULu mata
akAn jatUh Bile
aDe oRg inGat kT kiTe..



staRt dgR ciTeR tu,
sy TruS sTop inGat
Kat aWk.. sBB sy
takUt aWk xDe

buLu matA…

hehehehe....

Panduan Penjagaan Anak 9

Masa beli barang-barang kat supermarket, letak baby kat tempat duduknya pada troli. Ingat, tempat duduk khas, bukan suka-suka hati nak letak kat mana-mana. 

Rabu, Jun 09, 2010

Kenyataan Media PPIM - Penarikan Sijil Halal

Kenyataan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Menggesa JAKIM Menarik Balik Semula Sijil Halal Yang Diberikan Kepada Mana-Mana Syarikat Memberi Sumbangan Kewangan Kepada Zionis  

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menarik balik mana-mana sijil halal yang dikeluarkan ke atas produk-produk daripada syarikat yang memberi sumbangan wang, membantu atau melindungi zionis atau yang jelas mempunyai kepentingan Yahudi. Kami merasakan janggal bagi syarikat yang mempunyai pengiktirafan sijil halal, mendapat manfaat dan keuntungan yang besar sebaliknya memberi sumbangan kepada aktiviti yang menghina Islam dan jelas bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. 

Seharusnya, syarikat umat Islam harus sensitif kepada penghinaan yang dilakukan oleh mereka yang zalim lagi kejam sebagaimana yang kita saksikan baru-baru ini. Disebabkan kelemahan umat Islam itu sendiri dan takut untuk menggunakan kekuatan yang ada, menyebabkan pihak musuh memijak kepala tanpa sebarang segan dan silu.

Sehubungan dengan itu, buat permulaan ini, adalah dicadangkan di antara produk-produk yang dikenalpasti mempunyai kepentingan/ membantu Zionis Israel secara terang-terangan ialah seperti Colgate, Coca-Cola dan Starbucks. Bagi pihak PPIM, membeli produk-produk yang memberi sumbangan kepada puak Zionis samalah seperti menyokong Yahudi untuk membeli senjata untuk membunuh saudara Islam kita di Palestine dan juga merosakan keamanan serta menghancurkan kemanusiaan. 

Sesungguhnya, PPIM memandang serius tindakan kejam zionis Israil terhadap aktivis-aktivis keamanan yang membawa pelbagai barangan bantuan untuk penduduk Gaza yang turut disertai oleh sukarelawan Malaysia antaranya dari Perdana Global Peace Organization (PGPO) dan Lifeline For Gaza (LL4G). 
Justeru itu, PPIM menggesa masyarakat antarabangsa khususnya umat Islam di Malaysia menyatakan sokongan terhadap aktivis keamanan kita yang akan terus berjuang untuk Gaza dengan melakukan jihad ekonomi terhadap Zionis Israel dan sekutunya dengan memboikot barangan mahupun produk yang mempunyai kepentingan yahudi.

Sekian.

Nadzim Johan 
Ketua Aktivis PPIM 


Sumber: muslimconsumer.org

Isnin, Jun 07, 2010

Orang Norway Boikot Produk Israel. Kita???


"Lanjutan daripada serangan terhadap Freedom Flotilla, suatu kaji selidik yang dilakukan menunjukkan bahawa 40% orang Norway mahu produk Israel diboikot. Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh InFact Institute, 9.5% orang Norway sudah memboikot produk Israel.

Manakala, Menteri Kesihatan Norway dan Ketua Parti Sosialis, Krictin Halvorsen mendesak masyarakat antarabangsa untuk menghentikan urusan perniagaan senjata dengan Israel. Pada Isnin lalu, Norway telah memanggil Duta Israel ke Oslo untuk menyatakan bantahan dan kecaman terhadap serangan yang mengorbankan nyawa aktivis Freedom Flotilla. Norway juga mendesak siasatan antarabangsa yang bebas dan segera terhadap peristiwa berdarah itu.

Orang Malaysia bila mahu memboikot barangan Israel dan sekutunya secara besar-besaran? Tidak malukah anda dengan orang Norway yang rata-ratanya beragama Kristian?

AS Tetap Sokong Tentera Yahudi


Selasa, 08/06/2010 – Amerika Syarikat menganggapkan tindakan Israel melakukan pembunuhan secara kejam baru-baru ini terhadap para aktivis yang berada di atas kapal armada kebebasan, yang cuba belayar ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan, adalah sebagai tindakan untuk mempertahankan hak mereka dan menjaga “keselamatan Israel”.

Joseph Biden, Naib Presiden Amerika, telah berkata dalam sebuah wawancara televisyen bahawa “ Israel “memiliki hak penuh dalam menahan dan memeriksa kapal yang menuju ke Gaza. Beliau menambah lagi bahawa : “Israel tidak mengetahui (sebenarnya) muatan kapal yang menuju ke Gaza tersebut yang telah dilancarkan roket keatasnya”.

Joseph Biden menegaskan lagi bahawa armada kebebasan perlu bertanggungjawab atas kesalahan mereka sendiri kerana tidak mematuhi atau mendengar kehendak Zionis supaya armada menukar pendirian mereka dan memberi peluang kepada “kerajaan” Zionis atau kebenaran supaya menguruskan bantuan kemanusiaan dengan (pihak rejim Zionis) membawa sendiri kapal konvoi tersebut ke Gaza.


p/s: Yahudi memang celaka. Siapa yang sokong AS dan Yahudi pun celaka.
sumber : palestine-info

Fatwa Syeikh Yusof Al-Qardhawi Tentang Boikot


Soalan: Adakah kita boleh membeli barangan daripada sumber-sumber Israel kerana hasil wang ini akan digunakan untuk membantu meningkatkan persenjataan Yahudi?
Jawapan dari Syeikh Yusof Al Qardhawi:
Adalah suatu kewajiban jihad untuk membebaskan tanah air umat Islam daripada sesiapa yang menyerang atau menakluknya kerana mereka adalah musuh umat Islam. Jihad ini adalah suatu yang wajib dan kewajiban yang mulia terutama sekali bagi mereka yang menduduki tanah air yang dirampas tersebut. Jika penduduk tanah air tersebut tidak mampu menghalang serangan tersebut, umat Islam di sekeliling tanah air tersebut diwajibkan untuk membantu. Jika ini juga tidak mencukupi, kesemua orang-orang di Islam di dunia ini wajib membantu.

Palestin adalah tanah Qiblat pertama umat Islam, tanah di mana berlakunya Isra’dan Mi’raj, tanah Al Aqsa yang diberkati. Penakluk adalah mereka yg memiliki sikap permusuhan yang besar dan mereka dibantu oleh negara terkuat di dunia pada masa ini iaitu Amerika Syarikat dan Komuniti Antarabangsa Yahudi.
Jihad adalah wajib ke atas mereka yang merampas tanah dan mengeluarkan penduduk-penduduknya, menumpahkan darah, menceroboh kehormatan, memusnahkan rumah kediaman, membakar ladang pertanian dan merosakkan  tanah air.
Jihad adalah tugas utama ummah ini. Muslim dituntut untuk melaksanakan ini dahulu iaitu pertama bagi mereka yang tinggal diatas tanah tersebut, kemudian jiran tetangga dan akhirnya seluruh orang-orang  Islam.
Kita mestilah bersatu dalam menghadapi penceroboh. Kita bersatu diatas asas Islam termasuk kesatuan keyakinan terhadap shari’ah,kesatuan keyakinan di atas Qiblat yang pertama dan juga kesatuan di dalam menghadapi kesusahan dan harapan sebagaimana yang disebut olehAlah dalam surah Al Anbiyaa’, ayat 92. Allah S.W.T. berfirman, “Sesungguhnya ummat ini adalah ummat yang satu”.
Allah juga berfirman dalam surah Al Hujuraat ayat 10, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” .
Ada sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain; dia tidak boleh menzaliminya, menyakitinya dan menghinanya” . (HR Muslim)
Sekarang kita lihat bagaimana saudara-saudara kita dan anak-anakmereka di Gaza dan bumi berkat Palestin telah mengorbankan darah dannyawa mereka semata-mata kerana Allah. Semua Muslim mestilah membantu mereka dengan apa sahaja yang termampu.
Jika seseorang meminta di atas nama agama, kita wajib membantumereka. Kenderaan untuk bantuan ini adalah pemboikotan sepenuhnyaterhadap semua barangan musuh2 mereka. Setiap riyal, dirham, ringgit, dolar dan sebagainya yang digunakan untuk membeli baranganmereka akhirnya akan menjadi peluru yang akan dimuntahkan ke arah saudara2 kita beserta ahli keluarga mereka di Palestin.
Bagi tujuan ini, adalah menjadi kewajiban untuk tidak menolongmereka (musuh2 Islam) dengan membeli barangan mereka. Dengan membeli barangan mereka adalah sama dengan membantu kezaliman, penindasan dan pencerobohan mereka. Membeli barangan mereka boleh menguatkan mereka; tugas kita adalah melemahkan mereka sedaya mungkin.
Kewajiban kita adalah menguatkan saudara2 kita yang berjuang diPalestin sana sedapat mungkin. Jika kita tidak mampu menguatkansaudara2 kita , kita berkewajiban pula untuk melemahkan musuh2 kita. Jika kelemahan mereka tidak dapat dicapai kecuali melalui usaha boikot, maka kita wajib boikot mereka.
Barangan Amerika adalah sama dengan barangan Israel iaitu dilarang. Adalah juga dilarang untuk mempromosikan barangan2 ini. Amerika hariini adalah Israel kedua. Mereka menyokong sepenuhnya entiti Zionis. Perampas ini tidak mampu melakukan semua ini tanpa mendapat sokongan Amerika. Segala kemusnahan dan kerosakan tanpa justifikasi yangdilakukan oleh Israel menggunakan wang Amerika, senjata Amerika dankuasa Veto Amerika. Amerika telah melakukan ini berpuluh tahun tanpa merasakan apa-apa kesan tindakbalas atau protes terhadap kezalimandan sikap prejudis mereka terhadap dunia Islam.
Masa sudah tiba untuk umat Islam mengatakan “TIDAK” kepada Amerika, “TIDAK kepada syarikat2 mereka dan “TIDAK” kepada barangan2mereka yang memasuki pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan menaiki kenderaan menggunakan barangan keluaran Amerika.
Saidina Ali R.A. pernah berkata, “Kamu menghadapi tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu dan musuh kepada kawan kamu”.
Amerika Syarikat hari ini adalah lebih daripada kawan kepada musuh kita (Zionis Israel); mereka akan sanggup berkorban segalanya untukIsrael. Jumlah 1.3 bilion umat Islam boleh menyebabkan kesakitan kepada Amerika dan syarikat2 mereka jika kita memboikot mereka. Iniadalah kewajiban agama kita dan inilah Jalan Allah. Setiap Muslimyang membeli barangan Israel atau Amerika dalam keadaan mempunyai alternatif dari negara lain atau sumber lain telah melakukankesalahan yang terjatuh dalam kategori “Haram”. Mereka dengansengaja telah melakukan dosa besar yang merupakan kesalahan di sisihukum Allah yang boleh dikenakan hukuman dari Allah dan dibenci oleh masyarakat.
Saudara2 kita di Israel dan Amerika telah dipaksa untuk menghadapi mereka dan membeli barangan mereka. Allah tidak memaksa kamu melakukan apa yang tidak mampu kamu lakukan. Buatlah apa yang termampu sahaja.

Allah berfirman dalam surah At Taghaabun ayat 16, "Takutilah Allah menurut kesanggupanmu… .”
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jika aku menyuruh kamu untuk membuat sesuatu, buatlah sekuat yang kamu mampu”.
Muslim di Amerika Syarikat seharusnya memilih untuk bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling minima menunjukkan permusuhan terhadap umatIslam dan yang paling minima menyokong Zionis Israel. Hendaklah kitamemboikot syarikat2 Zionis sedaya mungkin.
Orang-orang Arab dan Muslim hendaklah memboikot semua syarikat yang cenderung ke arah Zionis dan menyokong Israel tanpa mengira darinegara mana syarikat tersebut beroperasi (contohnya Marks and Spencer) dan sesiapa sepertinya yang menyokong Zionis dan membantu rejim Israel.
Boikot adalah satu senjata yang berbisa yang digunakan di masa silamdan masa kini. Ianya digunakan oleh orang2 Arab Jahiliah di Makkahterhadap Nabi kita Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya. Ia memberi kesan yang besar terhadap Rasulullah S.A.W. dan para sahabatsehingga mereka terpaksa memakan daun-daunan. Ia juga digunakan olehpara sahabat nabi untuk melawan orang Arab Jahiliah di Madinah. Dizaman kini, kita melihat ada negara-negara yang menggunakan “boikot” dalam perjuangan mereka untuk membebaskan diri dari penjajahan. Yangpaling masyhur adalah Mahatma Gandhi yang menyeru seluruh rakyat India memboikot barangan Inggeris yang cukup berkesan.
Boikot adalah senjata yang ada di tangan rakyat sesebuah negara danmasyarakat. Kerajaan tidak boleh memaksa rakyatnya untuk membelibarangan dari sesebuah negara. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menghalang musuh agama dan negara kita dan menghantar mesejyang jelas bahwa kita masih hidup dan umat ini tidak akan mati,insyaAllah.
Boikot mempunyai beberapa kesan yang berbagai:
1. Ia mendidik umat kita tentang bagaimana untuk membebaskan diri dari lingkungan terhadap kehendak manusia lain yang akan menyebabkan kita menjadi hamba kepada mereka yang sebenarnya tidak memberi apa-apa manfaat kepada kita bahkan mungkin memberikankeburukan.

2. Boikot adalah satu cara untuk menunjukkan sikap persaudaraan Islam dan kesatuan ummah. Adalah satu kewajiban untuk membuktikanbahwa kita tidak akan berlaku curang terhadap saudara2 kita yang melakukan pengorbanan setiap hari. Kita tidak akan bersama-samamelakukan perbuatan yang boleh menguntungkan pihak musuh.
3. Boikot ini merupakan penghalang yang agak minima yang akan memberi kekuatan yang lebih kepada perjuangan saudara2 kita di bumi Anbia dan barisan hadapan jihad.

Jika setiap Yahudi di dunia ini berfikir bahwa setiap mereka adalahtentera, dan menyokong Israel sekuat mungkin, begitu jugalah kitasetiap Muslim yang mempersiapkan hati nurani dan hartanya adalah tentera untuk membebaskan Al Aqsa. Yang paling minima seseorangMuslim boleh buat adalah boikot barangan musuh mereka.
Allah berfirman, “Wahai orang2 yang beriman, kamu adalah  penolong kepada sesama kamu. Jika kamu tidak melakukan ini, akan timbul pecahbelah dan penyelewengan yang besar.”
Jika pengguna yang membeli barangan Yahudi atau Amerika melakukan dosa besar, lebih-lebih lagi peniaga yang membeli barangan ini danmenjadi agen adalah pelaku dosa yang lebih besar walaupun syarikat itu menggunakan nama yang lain, mereka mengetahui bahwa mereka sebenarnya cuba untuk menipu manusia lain.
Umat Islam seluruh dunia adalah di seru untuk menzahirkan kewujudan mereka dan memperlihatkan kehendak mereka untuk melindungi tempat yang suci. Umat Islam mesti mengenal siapa sahabat mereka an siapa musuh mereka. Umat Islam ditegah untuk mendedahkan diri terhadap kelemahan dan penindasan serta menerima perdamaian yang bersifat zalim dan berat sebelah yang disogok oleh Zionis Israel.
Allah S.W.T. berfirman dalam surah Muhammad ayat 35, “Jangan kamu menghina diri kamu dan meminta perdamaian sedangkan kamu dalam keadaan yang kuat dan Allah bersama kamu…”
Wanita-wanita dan anak-anak perempuan kita yang menjaga keperluan rumah mempunyai tugas untuk dilaksanakan dalam soal ini yang mana ianya lebih penting berbanding tugas seorang lelaki kerana wanita2 lebih memahami keperluan rumah dan membeli apa-apa yang akan masuk ke dalam rumahtangga. Mereka mempunyai pengaruh untuk membimbing anak2 lelaki dan perempuan. Mereka harus menanamkan kesedaran jihad terhadap anak-anak dan menunjuk ajar perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk umat ini termasuk sebab2 kenapa ianya perlu dilakukan dan juga apa yang perlu dilakukan kepada musuh umat ini terutama dalam isu boikot ini. Apabila anak-anak kita memahami, mereka akan melaksanakan tugas boikot ini dengan penuh dedikasi dan akhirnya akan mempengaruhi ibubapa mereka.

Saya menyeru mereka-mereka yang beriman kepada Allah, orang-orangKristian dan lain-lain untuk berdiri bersama-sama kita dan menyokongyang benar dan kebenaran terhadap kepalsuan, menyokong keadilan terhadap kezaliman. Marilah bantu untuk memenangkan yang lemah yangdibunuh setiap hari di Jalan Allah semata-mata untuk melindungitempat yang suci.
Saya juga menyeru pekerja2 negara Arab dan Muslim lain di seluruhdunia untuk menyokong umat Palestin dalam usaha-usaha murni mereka dan tunjukkan kemarahan mereka dengan menzahirkannya di hadapan kuasa2 besar yang angkuh dengan menganggu jaringan perniagaan mereka sekuat tenaga yang mungkin.

Akhirnya saya menyeru cerdik pandai dan mereka yang mempunyai pengalaman di setiap negara untuk menyusun kelompok2 bagimemperkuatkan kempen boikot ini, membina alternatif2 dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang buruk dan melaksanakan usaha-usahamendidik masyarakat sehingga perkataan yang benar itu dijulang danperkataan yang batil itu dihapuskan. Sesungguhnya perkataan yang
batil itu akan hancur dan musnah.

Katakanlah, bekerjalah!, sesungguhnya Allah akan menyaksikan kerja-kerja kamu, RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan kembalike alam yang ghaib dan menyaksikan dan kamu akan mengetahui apa yangkamu perbuat.”
Fatwa ini berdasarkan dalil2 dari sumber Al Quran dan As Sunnah dankesepakatan ulama’dan ummah. Allah Yang Maha Besar lebih mengetahui.


Al Faqir Ilallah
Yusof Al-Qardhawi

Ahad, Jun 06, 2010

4 Rukun Yahudi Untuk Menguasi Dunia…

Penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan adalah seperti berikut :

1. Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.

2. Yahudi berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhamad s.a.w.

3. Bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.

4. Yahudi menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Kepada kita orang Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w.

Oleh itu kita hendaklah berwaspada dengan tindak tanduk Yahudi dengan menyakini tidak ada yang berkuasa selain daripada Allah S.W.T.


Presiden Paling Miskin


MONTEVIDEO - Presiden baru Uruguay, Jose Mujica mungkin menjadi salah seorang pemimpin paling miskin apabila beliau mengisytiharkan harta kekayaan miliknya ialah sebuah kereta Volkswagen Beetle. 

Kereta itu berusia 23 tahun dan bernilai kira-kira AS$1,900 (RM6,220). Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Manakala sebuah ladang bunga yang kecil pula diletakkan atas nama isterinya. Pendapatan yang dilaporkan dalam deklarasi itu hanya gajinya sebagai Presiden iaitu kira-kira AS$11,000 (RM36,014) sebulan. 

Presiden tersebut memberikan 20 peratus daripada pendapatan bulanan itu kepada pergerakan politiknya. Beliau yang berumur 75 tahun menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan. 

Gaya hidup Mujica berbeza dengan Naib Presidennya, Danilo Astori yang mengisytiharkan kekayaannya sebanyak AS$250,000 (RM818,499). Ini termasuk sebuah rumah dan kereta yang bernilai 10 kali ganda daripada kereta Volkswagen Beetle tersebut. - AP 

Sumber: Kosmo

Sabtu, Jun 05, 2010

Sebab Mengantuk Lepas Makan

Mengantuk

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk.

Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air?

Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

1)  Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
2) Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
3) Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
4) Tekanan darah menurun
5) Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
6) Lesu pada waktu siang
7) Sakit belakang
8) Dehidrasi
9) Sakit kepala
10) Memperlahankan kadar metabolisma
11) Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
12) Sendi dan otot mengalami kekeringan
13) Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
14) Meningkatkan keinginan untuk makan
15) Darah menjadi pekat
16) Mudah keliru.
17) Degupan jantung meningkat
18) Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.

        p/s: Banyak-banyakkan minum air kosong ye. Banyak manfaatnya... kurangkan air manis dan bergas.
        Sumber: isuhangat