Saya tersepit antara dua pilihan. Antara peluang dan kehendak. Saya diberi peluang dan tawaran untuk mengajar dengan gaji yang boleh saya katakan 'bolehlah untuk permulaan ni'. Satu lagi ialah dalam bidang pentadbiran di Jabatan Kerajaan dengan elaun yang sekadarnya tanpa tempat tinggal dan pengangkutan. Tapi saya suka bidang ni. Satu yang diminta untuk tetap dan satu lagi sementara.
Pilihan ini membuatka saya betul-betul gelisah dan tertekan. mahu tak mahu salah satunya mesti di pilih dan dijadikan keputusan muktamad. Kedua-dua pilihan tersebut ada pro kontra yang agak seimbang. Setelah mendapatkan pandangan dari beberapa individu tertentu yang dipercayai, pilihan saya kuat pada satu pilihan yang mempunyai risiko yang agak kurang. InsyaAllah sama ada hari ini atau esok aku akan buat keputusan dan menyatakan penerimaan tersebut kepada pihak berkenaaan.
Semoga Allah tunjukkan jalan yang betul untuk saya lalui agar saya dapat membina kekuatan diri dan dapat memberikan diri ini pada perjuangan pada masa akan datang....Amin.

