3 bulan lepas berpeluang balik ke Malaysia untuk beberapa urusan. 2 minggu bercuti seminggu duk rumah dan seminggu lagi duk umah kakak di KL. 2 hari sebelum balik Medan, pegi jalan-jalan n beli barang-barang kat Mydin KL. Saje-saje pegi bahagian VCD. Terjumpalah aku dengan sebuah cite lama, cite Hindustan yang belum pernah aku tengok lagi. Cite Laila Majnun yang dibintangi oleh bintang popular Rishi kapoor. Memang aku dah lame mencari n nak tengok cite nih. Bukan ape, selalu je dengar nama laila Majnun nih tapi tak tahu ape cite yang sebenatnya. jadi oleh kerana nak tahu kisahnya, aku pun belilah VCD tu. tak mahal pon dalam 6 hinggit je.Balik rumah aku pun pasanglah cite tu kat laptop aku. Memang gian nak tengok. Natijahnya awalnya....tak sampai 5 minit cite tu, aku dah nak menangis. Hukuhuk....tak bleh tahan. Baru muqaddmah je buat aku sebak dan mencabar kekentalan seorang jejaka tulen macam aku nih. Kisah awalnya adalah babak tanpa dialog. Macam wat persembahan pentas. Mereka berlakon hanya dengan gaya dan ekpresi wajah. Bermula dengan gembira, suka, kasih sayang, dan akhirnya menjadi duka, marah, dan kecewa. Mmm...satu plot cite yang best dan dilakonkan dengan baik sehingga bahagian itu pun aku sudah cukup terkesan dan memahami apa yang nak diceritakan.
Dari apa yang aku baca: Laila dan Majnun, juga dikenali sebagai Laila dan Lelaki Gila ( Qays) adalah cerita cinta klasik dari Timur Tengah. Ia berdasarkan kisah benar seorang pemuda bernama Qays ibn al-Mulawwah dari utara semenanjung Arab semasa era dinasti Umayyah pada abad ketujuh. Terdapat dua versi cerita ini. Menurut versi pertama, pemuda ini menghabiskan masanya menggembala kambing bersama sepupunya Laila semenjak kecil sehingga berputik cinta. Dalam versi kedua pula, ia merupakan cinta pandang pertama. Dalam kedua-dua versi, pemuda ini menjadi gila apabila ayah Laila melarang dia dari mengahwini Laila. Atas sebab ini, pemuda ini dipanggil Majnun Laila bermaksud menjadi gila kerana Laila. Dari pemuda ini dikatakan lahirnya pelbagai puisi Arab yang menggambarkan gelora cinta antara pasangan kekasih.Macam kisah Romeo and Juliet di Eropah dan seperti Uda dan dara di tempat kita. Laila dan Qays akhirnya mati bersama-sama setelah lama terpisah di padang pasir. Dalam babak saling berlari-lari mencari-cari satu sama lain, akhirnya mereka kelemahan. Dengan kuasa Tuhan, dalam keadaan kedua-duanya lemah, tidak mampu berjalan lagi, mereka dapat bertemu kembali sampai merangkak mencapai tangan. Sampai di pangkuan Qays, Laiila sudah tidak berdaya lalu menghembuskan nafas terakhir di dalam tatapan pemuda yang dicintainya. Qays yang juga tidak terdaya, ditambah lagi dengan kesedihan yang menimpa, pun tidak bertahan lama terus melelapkan matanya bersama Laila. Mereka berdua meninggal dunia di tengah-tengah padang pasir.Itulah kisahnya....menangis aku beb...tak tahan.
Kalau anda tak mahu tengok cite Hindustan, bleh tengok cite Laila Majnun versi cite Melayu yang dilakonkan oleh Nordin Ahmad. Filem ini antara filem awal Melayu. Lebih kurang camtu gak lah cite die.....
So, sape2 yang berminat nak tengok cite ni, bleh dapatkan VCDnya di kedai-kedai VCD yang menjualnya. Kat kedai jual kete atau jual alat ganti Kapal terbang kompem la takde...huhu....

