Ini cerita dari kawan-kawan yang belajar medic. Diorang sedang buat praktikal di salah sebuah Hospital di Medan. Sama macam Dosen aku cakap:- Orang miskin kalau datang ke Hospital tidak akan mendapat layanan.
Mereka tidak akan melayan orang miskin kerana tahu mereka tidak ada wang yang banyak dan mungkin tidak mampu membeli ubat. Kalau datang jam 8 pagi, pukul 12 tengahari pun belum tentu dilayan atau dipanggil oleh perawat. Kalau orang kaya atau nampak macam berharta, sekejap saja sudah dapat layanan dari pihak Hospital. Kalau orang miskin datang untuk sakit tenat, duk menahan sakit je la sampai ade yang panggil untuk mendapat rawatan. Selalaunya cincai-cincai je.
Satu lagi, setiap hari memang sah ade orang mati kat hospital. Memang rawatan ngan layanan macam hampeh. kalau takde duit jangan nak mengade-ngade pegi Hospital ata Klinik, sia-sia je.K alau tak bernasib baik, doktor akan beri ubat cepat mampos kat korang.
Sehinggalah timbul satu kata-kata: "Orang Miskin Dilarang Sakit". Ini memang hakikatnya Hospital kat Medan ni. Walaupun ade yang bagus, tapi yang buat perangai hampeh tu lagi banyak.....

