fm

Jumaat, Februari 12, 2010

Yang Ingin Kumiliki

Tajuk buku: Indahnya Hidup Bersyariat (panduan Fardu Ain)
Penulis: Dato' Ismail Kamus & Ustaz Mohd Azrul Azlen
Harga: RM 55.00 (Semenanjung) RM 57.00 (Sabah, Sarawak)
Terbitan: Telaga Biru
Kebetulan seorang kawan yang baru pulang sebentar ke Medan untuk membuat sedikit urusan kuliah, bersamanya sebuah buku yang mengagumkan saya. Isi, paparan, kualiti, dan penulisnya adalah yang hebat-hebat dan terbaik bagi saya.
Kenapa saya inginkan buku ni? Sebagai orang agama yang akan berhadapan dengan masyarakat nanti, sudah pasti ilmu asas agama sudah ada di dalam hati dan fikiran. Buku ini saya dapat rasakan memang wajib saya miliki agar saya sendiri faham tentang agama sebaiknya terutama masalah fiqah dan ibadah seterusnya mampu untk menerangkan kepada orang lain sebaiknya.
Kepada ustaz/ ustazah atau bakal-bakal ustaz/ ustazah, saya sarankan agar dapatkan buku ini seterusnya jadikan sebagai bahan rujukan dalam menyampaikan dan menjawab permasalahan umum. Terima kasih kepada insan yang menunjukkan buku ini kepada saya (maaf aku scan buku kau).
Bagi yang berkemampuan dan berhajat, bolehlah dapatkan buku ini di mana-mana kedai buku yang menjualnya. (Kedai basikal, restoran, hotel, CC dan sebagainya dan kedai buku yang tak menjualnya, takde la).
p/s : Telaga Biru kena bayar untuk promosi ni. Huhu...