fm

Khamis, Februari 11, 2010

2 Teori

Ada dua perkara/ teori mengapa saya akan jarang dapat mengupdatekan blog saya ni nanti. Hanya dua benda ni yang dapat saya simpulkan. Harap kepada semua pelawat @ kawan-kawan dapat memahaminya and i'm very-very sorry about that.
1. Takde internet kat rumah. Jadi kena pergi ke CC untuk post artikel. Berape kali je dapat ke CC dalam seminggu. dalam bulan ni masih dapat lagi berinternet kat rumah sebab ada handset yang aku pinjam untuk diadikan port internet. Masih unlimited tapi saya tak berapa pandai menggunakan internet sebaiknya.
2. Takde mase (sibuk/ busy/ syaghal). Walaupun dah takde kuliah (non aktif), saya masih lagi sibuk dengan urusan-urusan lain sama ada di Fakulti dan persatuan. Siang di Fakulti, petang dan malam kadang-kadang keluar untuk tugas-tugas persatuan. Meeting, siapkan itu ini, jumpa orang ni, orang tu, selesaikan masalah orang, pergi makan2 dengan YDP, tidur di rumah persatuan dan macam-macam lagi. Untuk urusan di fakulti dah tinggal sedikit je lagi sebab saya hanya tinggal perbaikan skripsi dan akan daftar sidang ja. Untuk persatuan, insyaAllah awal bulan 3 ni Mesyuarat Agung Tahunan PKPMI-CM. Kena kerja keras untuk hari tu. Bendahari Agung...teruk la kena hentam nanti.