
Ibnu Qayyim al-Jauziyah. Membahagikan cinta (mahabbah) itu kepada 4:
i-Mencintai Allah
Dengan mencintai Allah, seseorang belum tentu selamat dari azab Allah atau mendapatkan pahala-Nya kerana orang-orang musyrik penyembah salib, yahudi dan lain-lain juga mencintai Allah.
ii-Mencintai apa-apa yang dicintai Allah.
Cinta inilah yang dapat menggolongkan orang yang telah masuk Islam dan mengeluarkannya dari kekafiran. Manusia yang paling cinta kepada Allah adalah yang paling kuat dengan cinta ini.
iii-Cinta untuk Allah dan kepada Allah.
Cinta ini termasuk perkembangan dari mencintai apa-apa yang dicintai Allah.
iv-Cinta bersama Allah
Cinta jenis ini syirik. Setiap orang yang mencintai sesuatu bersama Allah dan bukan untuk Allah, maka sesungguhnya dia telah menjadikan sesuatu selain Allah. Inilah cinta orang-orang musyrik.
Sabda Rasulullah S.A.W.
“Orang yang terbaik adalah orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya, dan orang yang terburuk adalah orang yang panjang umurnya, tetapi buruk amalannya”.
Sabda Rasulullah S.A.W.
“Orang yang bijak adalah orang yang selalu menghitung dirinya dan beramal untuk selepas kematian, dan orang yang lemah adalah orang yang mengikut nafsunya dan sering mengangankan sesuatu daripada Allah S.W.T”.
