fm

Isnin, Februari 01, 2010

Bercinta dengan Ustazah???

Mendapatkan cinta dari hati seorang ustazah bukanlah sesuatu yang mudah. Cinta bagi seorang ustazah yang tulen adalah cinta kepada Tuhan paling utama dan kehadiran cinta dari seorang lelaki yang cuba bertahta dihatinya perlulah ada sifat dan akhlak yang terpuji.. Bagaimanapun untuk mendampingi seorang uztazah dan gadis solehah sebetulnya tak perlu anda adalah seorang ustaz. Klise kisah cinta ustazah mesti dengan ustaz adalah sesuatu yang cuba digambarkan yang sepatutnya berlaku oleh pemikir penulis novel cerpen cinta, filem dan drama bagi menggambarkan keadaan sebenar. Sebetulnya tak semestinya begitu.
Ustazah dan anda pun boleh bercinta sebab ustazah pun manusia biasa. Kisah ustazah tersenyum kemalu-maluan melihat ustaz berceramah, kisah ustaz meminang ustazah, kisah ustazah menghantar email rahsia dan bersajak dan bersyair kepada ustaz, itu juga boleh berlaku kepada anda jika anda sanggup mendengar nasihat dan mahu berubah. Dalam membentuk cinta antara anda dan ustazah, dia peribadi ustazah adalah objek yang dominan dilindungi Tuhan, maka anda akan tetap jadi objek resesif. Oleh itu memang takkan ada anda akan meracun pemikiran ustazah kepada sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan pegangan hidup dia.
Kesimpulannya mendapatkan cinta dari hati seorang ustazah atau gadis solehah nak dijadikan orang rumah isteri anda, anda kenalah ikut dia kerana bukan semua ustazah nak dibimbing sampai satu peringkat ustazah sudah mampu membimbing anda. Soalnya mampukah anda untuk berubah?