fm

Jumaat, April 09, 2010

Saya dan Facebook

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, laman sosial di alam maya@internet telah mendapat sambutan yang meluas dikalangan penduduk di serata negara. Pelbagai laman yang diperkenalkan seperti Frienster, Tagged, Twitter, Facebook dan sebagainya. Ini seolah-olah menjadikan dunia semakin kecil. Laman sosial ini memang benar-benar sosial.

Ramai kawan-kawan yang bertanya adakah saya mempunyai Facebook. Saya katakan secara ikhlas "Tidak ada!". Dan insyaAllah takkan ada. Saya beritahu anda semua, "Saya takde hati nak berfacebook". Saya tidak peduli walaupun ramai yang katakan Facebook ade macam-macam kelebihan dan boleh buat macam-macam. Banyak lagi kerja lain yang saya nak buat dan tidak mahu buang masa dengannya.

Saya ada alasan saya sendiri mengapa saya tak berminat pada Facebook (tak layan). Kalau anda mahu berfacebook, silakan. Saya takkan menghalang dan tak pula menganjurkan. Terpulang kepada anda sendiri melihatnya. Bagi saya "say no to facebook".


Malas sebenarnya nak cakap baik buruknya facebook ni. Kalau nak cerita buruknya nanti ramai yang tak setuju dan kalau saya cerita kebaikannya, anda yang berfacebook tentu lebih tahu. Saya dengan pandangan dan prinsip saya sendiri. Anda dengan pandangan anda untuk memikirkan baik buruknya.

p/s: Facebook....no,no,no................(jangan tanya lagi pada saya pasal Facebook)
Frienster ....ade tapi tak aktif sebab tak tahu dan tak nak ambil tahu dah. Saya hanya ade blog....