fm

Selasa, April 20, 2010

Doa-Rahimah Rahim

Satu hari dalam bas di Kuala Lumpur selepas beberapa urusan, aku hanya memandang suasana petang kuala Lumpur. Memang sesak dan meresahkan jiwa. Dalam suhu yang agak lembap hari tu (sebab baru lepas hujan), hati ni melayan siaran radio yang dipasangkan oleh pemandu bas tersebut. Sebab takde buat ape-ape, jadi aku pun melayan la Radio Klasik Nasional yang masa tu dalam rancangan menunaikan lagu-lagu permintaan pendengar.
Apabila sudah beberapa lagu permintaan didengarkan, ada lah satu lagu yang telah menggegarkan hati dan membuat jiwa ini sayu hingga hampir menangis. Aku masih ingat lagi, lagu tu aku sering dengar masa sekolah rendah lagi...lepas tu dah tak dengar lagi dan hampir terlupa mengenainya...Tapi sekali dengar terus aku ingin kembali dan menyanyikan lagu ini dalam hati. Lirik dan penyampaiannya memang meresap ke dalam jiwa. Tu yang buat aku nak menangis je tu...Balik je rumah, lepas solat maghrib, aku pegi CC cari dan lihat lagu ni.
Untuk pengetahuan semua lagu tersebut bertajuk Doa, nyanyian oleh Rahimah Rahim. Aku tak tahu camne nak letak Mp3 lagu tu dalam blog ni. Aku beri anda link ni, anda download la lagu ni dan hayatilah liriknya . Untuk download MP3 klik sini dan kalau nak lihat klipnya di youtube klik sini. Dan sebagai hadiah untuk anda, saya siapkan lirik agar sama-sama kita menghayatinya.
Doa- Rahimah Rahim
Hanya padaMu aku meminta
sesungguhnya Kau Pemurah
ampuni segala dosaku.
Kesejahteraan kedamaian
keimanan ketaqwaaan
pintaku darimu Tuhan.
Selawat serta salam
buat Nabi junjungan
kepada Muslimin dan juga Muslimat
ya Allah ya Tuhanku
aku mendengar seruan
dan hanya kepadaMu kuberiman.
KeranaMu aku disini
kepadamu aku kembali
apabila tiba saatnya nanti
sehingga tiba detik itu
kubermohon hanya padaMu
Kau peliharalah diriku.
Dengan namaMu
Allah Yang Agung
Yang Pengasih Yang pengampun
kepadaMu kuberlindung.
c/o
Dengan namamu
Allah Yang Agung
Yang Pengasih Yang pengampun
kepadaMu kuberlindung.
Selawat serta salam
buat Nabi junjungan
kepada Muslimin dan juga Muslimat
ya Allah ya Tuhanku
aku mendengar seruan
dan hanya kepadaMu kuberiman.
Semoga kita sama-sama mendapatkan rahmat dan kasih sayang Allah.