Alhamdulillah, saya sudah kembali ke Medan pada 3 April yang lalu (semalam). Macam biasa naik flight Airasia pukul 5 petang dari LCCT. Penerbangan lewat 45 minit sebab hujan lebat.
sepanjang 2 minggu di Malaysia, takde pun aktiviti menarik yang saya buat. cuma yang paling best bila pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, kuala Lumpur. Pergi satu hari je iaitu hari kedua terakhir pesta, setengah hari jgaklah dalam tu. buka jam 10 pagi, tapi 9 pagi dah penuh dah orang datang. Tak beli apa-apa buku pun sebab buku yang dicari tidak ada. Mahu beli buku yang lain tak boleh kerana tak cukup duit. Terpaksa pendamkan niat nak beli buku yang diidamkan atas masalah bajet yang tak mencukupi.
Kebetulan hari tu ada slot khas seorang kawan di anjung PTS dalam mempromosikan novel baru beliau. Tak dapat nak beli novel tu tapi sempatlah bergambar bersama penulis dan seorang kawan yang bertugas di anjung tersebut. Lepas tu pusing-pusing kawasan pesta tu dan join satu slot bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di pentas utama dalam mempromosikan tulisan jawi kepada umum. Dapatlah hadiah dari PNM untuk dibawa pulang. Pukul 8 pagi keluar rumah, pukul 8 malam baru balik rumah.
