fm

Isnin, Ogos 16, 2010

Catatan Kerja 1

Alhamdulillah, sudah seminggu bertugas di SMI Seremban ni. Setakat ni keadaan masih ok dan terkawal. Saya ada dua tugasan, pertama mengajar dan satu lagi sebagai warden asrama. Buat masa ni tidak mula lagi mengajar sebab belum dapat jadual mengajar. Kebetulan pula student sedang menjalani peperiksaan pencapaian untuk sesi ini. Jadi tugas saya menjaga kelas pekse dan relief guru yang tidak hadir.

Jumaat lepas budak asrama balik rumah. Aku dibenarkan pualng juga tapi malas la nak balik sebab baru je beberape hari saya datang sini. Duk bilik warden lagi baik. Boleh kemas-kemas bilik n barang-barang, buat perancangan, dan rehat-rehat mencari ketenangan. Disebabkan budak takde jadi kantin pun tutup. So takde la makan. Dua hari puasa (sahur dan berbuka) hanya makan biskut ngan air je...tapi alhamdulilllah badan tetap semangat dan bertenaga buat kerja-kerja.


P/s: Sedang memikirkan ape nak buat pada hari minggu ni untuk budak asrama. Cadang nak wat gerak gempa...nak gegarkan asrama. Asrama macam kapal karam. Sakit jantung tengok eh....:-P

Rabu, Ogos 11, 2010

Mula Bekerja

Alhamdulillah...permohonan saya untuk mengajar telah diterima dan secara rasminya telah mula bertugas pada 2 Ogos yang lalu tapi baru petang kelmarin 10 Ogos  dapat punch card. Tapi yang sebenarya, 9 hb baru lapor diri. Jawatan aku sebagai pengajar dan warden asrama.

Opsss...lupe, aku ngajar di SRI Seremban untuk sekolah menengah. Sekolah ni sekolah swasta. Kemudahannya bagi aku ok la walaupun x sehebat sekolah kerajaan yang lain. Dari segi pelajaran, ada subjek khusus bahasa arab yang mengikut silibus dari negeri-negeri lain seperti kelantan, Selangor, dan sebagainya selain subjek untuk PMR dan SPM. Mean ada lebih kurang 20 subjek yang diorang ambil untuk setiap kelas.

Baru dua hari bertugas dah masuk bulan Ramadhan. So, sebagai seorang warden yang masih tak tahu nak wat ape ni, tanye2 la guru-guru lain n student ana wat ape. Banyakla gak yang perlu aku susun n gerakkan. Alhamdulillah setakat ni student x susah untuk dikawal coz diorang tahu nak wat ape n boleh buat keje tanpa diarah. Cuma kalau ade ape2 hal2 tertentu saje aku arah student. Yang dudukdi asrama tak ramai pon dalam 28 orang je pelajar lelaki. Keseluruhan student x tau la berape ramai tapi memamg ramai la.

Harapan aku agar aku boleh kekal dan bertahan lama di sini serta dapat menjalankan amanah dengan baik kepada agama, bangsa dan negara. Amin ya Rabb.... :-)   Semoga cita-cita dan impian aku akan terlaksana bermula dari ini.....

Sabtu, Ogos 07, 2010

Ahlan Ya Ramadhan....

Semoga Ramadhan kali ini membawa erti dan penghayatan yang besar kepada diri kita semua. Amin.
Banyakkan beramal di bulan ini. 

Rabu, Ogos 04, 2010

Khatam An- Nubuwwah


Antara keistimewaan yang terdapat pada fizikal Rasulullah s.a.w. ialah di antara dua bahu Nabi s.a.w. tertera “cap kenabian” (Khatam al-Nubuwwah). Tanda itu timbul di belakang Rasulullah s.a.w. sebesar telur burung merpati.

Al-Qurtubi berkata : “ Hadis-hadis yang sahih seia sekata menyatakan bahawa cap kenabian itu adalah suatu yang timbul berwarna merah terletak dekat dengan bahu sebelah kiri. Saiznya ketika kecil ialah sebesar telur burung merpati dan membesar sekadar segenggam tangan.” (al-Manawi, Faidh al-Qadir)
Menurut para sahabat yang pernah melihat cap kenabian tersebut :

  1. Al- Sa’ib bin Yazid menceritakan: “Ibu saudaraku membawaku mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Sesungguhnya anak saudaraku ini sakit,” lalu baginda pun mengusap kepalaku dan mendoakan keberkatan untukku. Kemudian baginda berwuduk, lalu aku meminum air yang menitis dari wuduknya, lalu aku berdiri di belakangnya dan aku melihat Khatam al-Nubuwah di antara dua belikatnya, keadaannya seperti telur al-Hajalah (sejenis burung) [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
  2. Daripada Jabir bin Samurah r.a., katanya: “…Aku melihat satu cap di bahunya, kira-kira sebesar telur merpati. Cap itu serupa dengan warna tubuh baginda.” [Riwayat Muslim]

Di dalam Syarah al-Barzanji menyatakan: Ia (cap kenabian) adalah daging atau lemak yang hitam (nampak timbul) bercampur kekuningan (seperti urat), kelilingnya itu ada rerambut (bulu roma) yang beriring-iringan seolah-olahnya bulu kuda (yang halus).

‘Allamah al-Zurqani dalam kitab Al-Mawahib al-Laduniyyah Syarah ‘ala al-Syamail al-Muhammadiyyah berkata: al-Hakim al-Tirmizi berkata, “ Ia bagaikan telur burung merpati. Di dalamnya tertulis kalimah yang bermaksud, “Allah Esa, Tiada Sekutu Bagi-Nya” dan di luar pula tertulis, “Pergilah (Wahai Muhammad) ke mana engkau mahu dan sesungguhnya engkau Muhammad akan dibantu.” Di dalam kitab Tarikh al-Naisabur pula ada menyebut, “ Di dalamnya juga tertulis dengan daging tubuh baginda : Muhammad Rasulullah.” ( Juzuk 1/ hlm. 85)

Di samping membanyakkan solawat kepada Rasulullah s.a.w., sesetengah ulama membuat lakaran Khatam Nubuwwah tersebut untuk bertabarruk dengan memandangnya demi menambah kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. Al-Tirmizi al-Hakim berkata, “Sesiapa yang berwuduk, lalu melihat (lakaran) khatam ini di waktu subuh, nescaya dia akan dipelihara oleh ALLAH Ta’ala sehingga ke petang. Sesiapa yang melihatnya di waktu maghrib, nescaya dia akan dipelihara oleh ALLAH Ta’ala sehigga ke waktu subuh. Sesiapa yang melihatnya ketika awal bulan ,nescaya dia akan dipelihara oleh ALLAH Ta’ala sehingga ke akhir bulan. Sesiapa melihatnya pada awal tahun, nescaya dia akan dipelihara oleh ALLAH Ta’ala sehingga ke akhir tahun daripada bala dan bencana. Sesiapa yang melihatnya ketika bermusafir, nescaya safar itu akan diberkati oleh ALLAH Ta’ala. Sesiapa yang mati pada tahun tersebut, Allah akan mengakhirkan baginya dengan mati dalam iman, bahkan aku (al-Tirmizi) berharap kepada ALLAH Ta’ala, bahawa sesiapa melihatnya (khatam ini) dengan benar kecintaannya kepada Nabi s.a.w. dan keimanan yang benar, sepanjang umurnya, nescaya ALLAH Ta’ala akan memeliharanya daripada segala apa yang tidak disukai sehingga dia bertemu dengan ALLAH Ta’ala.( Syarah al-Barzanji: halaman 52) Wallahu a’lam.



[Karya seni di atas dihasilkan sebagai pelekat kereta hanyalah sekadar suatu ekspresi seni terbitan YR Publications menggabungkan variasi khat Thuluth dan Nasakh serta motif bunga tempatan seperti jejarum dan kesidang. Apa yang penting untuk difahami melalui stiker ini ialah kekuatan tauhid, iman dan yakin kepada Allah serta keimanan dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. itulah sebenarnya pendinding diri dan juga dorongan serta semangat untuk melaksanakan pelbagai amalan kebajikan dan soleh yang dianjurkan Islam.] 

Dalam Dilema

Kerja...kerja...kerja...

Saya tersepit antara dua pilihan. Antara peluang dan kehendak. Saya diberi peluang dan tawaran untuk mengajar dengan gaji yang boleh saya katakan 'bolehlah untuk permulaan ni'. Satu lagi ialah dalam bidang pentadbiran di Jabatan Kerajaan dengan elaun yang sekadarnya tanpa tempat tinggal dan pengangkutan. Tapi saya suka bidang ni. Satu yang diminta untuk tetap dan satu lagi sementara.

Pilihan ini membuatka saya betul-betul gelisah dan tertekan. mahu tak mahu salah satunya mesti di pilih dan dijadikan keputusan muktamad. Kedua-dua pilihan tersebut ada pro kontra yang agak seimbang. Setelah mendapatkan pandangan dari beberapa individu tertentu yang dipercayai, pilihan saya kuat pada satu pilihan yang mempunyai risiko yang agak kurang. InsyaAllah sama ada hari ini atau esok aku akan buat keputusan dan menyatakan penerimaan tersebut kepada pihak berkenaaan.

Semoga Allah tunjukkan jalan yang betul untuk saya lalui agar saya dapat membina kekuatan diri dan dapat memberikan diri ini pada perjuangan pada masa akan datang....Amin.

Ahad, Ogos 01, 2010

Kaedah Mendidik Anak Cemerlang

"Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama. Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah Pesanan dan Arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak,anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.


2. Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab
Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah Nasihat dan Teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah Bermain dan Bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah Latihan yang Berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a) Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b) Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.


Sumber majalah Wanita November 2005 oleh Noraishah Ismail