Alhamdulillah, sudah seminggu bertugas di SMI Seremban ni. Setakat ni keadaan masih ok dan terkawal. Saya ada dua tugasan, pertama mengajar dan satu lagi sebagai warden asrama. Buat masa ni tidak mula lagi mengajar sebab belum dapat jadual mengajar. Kebetulan pula student sedang menjalani peperiksaan pencapaian untuk sesi ini. Jadi tugas saya menjaga kelas pekse dan relief guru yang tidak hadir.
Jumaat lepas budak asrama balik rumah. Aku dibenarkan pualng juga tapi malas la nak balik sebab baru je beberape hari saya datang sini. Duk bilik warden lagi baik. Boleh kemas-kemas bilik n barang-barang, buat perancangan, dan rehat-rehat mencari ketenangan. Disebabkan budak takde jadi kantin pun tutup. So takde la makan. Dua hari puasa (sahur dan berbuka) hanya makan biskut ngan air je...tapi alhamdulilllah badan tetap semangat dan bertenaga buat kerja-kerja.P/s: Sedang memikirkan ape nak buat pada hari minggu ni untuk budak asrama. Cadang nak wat gerak gempa...nak gegarkan asrama. Asrama macam kapal karam. Sakit jantung tengok eh....:-P
