fm

Isnin, Mei 17, 2010

Sajak: Cikgu

Sempena dengan hari guru, saya telah pun menulis satu sajak khas untuk cikgu yang telah pun diterbitkan dalam portal  e-sastera.com dalam ruangan sajak. Saya memang selalu hantar sajak ke situ. Ada 4 komentar saya saya dapat dalam tempoh beberapa jam tadi dan saya paparkan komen tersebut (dari ahli e-sastera):

rimanilzah 5/17/2010 9:16:26 PM 
sajak polos yg mulus. saya suka.

mokhtarahman 5/17/2010 7:17:39 PM 
Saudara pelajar yang baik, alhamdulillah. Salam puisi sdr fasa.

has1mah 5/17/2010 5:54:44 PM 
insya-Allah cikgu-cikgu pun jadi bersemangat apabila ada kata-kata puisi di sini. Salam, fasa.

abdulhalim 5/17/2010 5:26:38 PM 
Setulus hati suara nurani murid. Salam. 

Berikut adalah sajak saya:

Cikgu

Assalamualaikum cikgu
hari ini kuketuk pintu hatimu
agar kau tahu aku ini murid baru
yang mahu mencari hatiku
agar ianya tidak sehitam remaja baru.

Cikgu
aku bukakan bukuku
agar kau beritahuku tentang Tuhanku
ingin aku mencatatnya
agar aku tidak lupa selamanya.

Cikgu
andai satu masa nanti
aku berjaya dan berkerjaya
tidak aku mampu membalas budimu
hanya doa rahmat dari Tuhan
kuhadiahkan atas jasamu.


Cikgu
hari ini aku mahu
duduk dibangku paling hadapan
agar segala ilmumu
sampai kepadaku dahulu
agar akulah orang yang awal berjaya
dari segenap pelajar berjaya.

Salam kasih untuk cikgu
Moga Tuhan ampunimu
bila pulang nanti
akan kuajari pula adik-adikku
aku kucerita tentang baiknya cikgu
agar mereka semangat untuk menjadi cikgu.