fm

Rabu, Mac 03, 2010

Masanya Sudah Habis...

Gambar kenangan setelah setengah hari mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) PKPMI-CM 2009 di Mess PKPMI-CM. Penulis berdiri paling kanan, berbaju biru dan paling smart (cewah perasan). Hadir bersama Encik Azmi (Dududk, tiga dari kanan), staf dari Konsulat Jeneral Malaysia Medan sebagai Perasmi penutup program.
Menjadi pemimpin bukannya satu tugas mainan atau suka-suka. Semua perkara yang menjadi harus difikirkan dengan baik, tepat dan relevan. Ini kerana setiap tindakan kita akan memberikan kesan kepada orang yang dipimpin. Kalau tindakan kita salah atau tersilap sama ada sengaja atau tidak, pasti akan menimbulkan dampak negatif dan dipertikaikan.
Sepanjang setahun menjadi Majlis Tertinggi persatuan, banyak ilmu baru yang saya pelajari. Juga banyak perkara yang menjadi persoalan tentang perjalanan persatuan sebelum ini. saya ada pengalaman menjadi pimpinan di tempat lain dengan situasi dan sistem yang berbeza. Saya tidak mengambil perbezaan tersebut sebagai satu halangan. Saya cuba untuk masuk dengan baik dengan sistem yang ada dan seterusnya menggunapakai apa yang ada. cuma ada beberapa hal yang saya tidak akan ikut kerana beberapa sebab seperti sistem itu tidak betul, sistem itu bercanggah dengan prinsip pimpinan, atau cara yang pernah digunakan tidak praktikal.
Saya banyak kali melontarkan isu stereotaip. Maksudnya, masih ramai di kalangan ahli yang terperangkap dengan idea lama yang tidak tahu dari mana asasnya. Mengapa mereka buat begitu begini, kerana orang-orang sebelumnya buat begitu juga. saya tanyakan " Apakah kamu tahu etika dan sistem yang diamalkan di Malaysia?" Macam-macam jawapan yang diputar. Saya tidak menyalahkan idea lama atau sistem lama asalkan ianya betul, relevan, dan mampu disuaikan dengan keadan dan prinsip persatuan. Contohnya, terus terang saya katakan, saya tidak setuju dengan sebahagian pengisian yang dimuatkan dalam Majlis Suai Kenal (MSK) PKPMI-CM. Ada beberapa isu yang saya ingin tegaskan, lansung tidak ada faedah yang baik kepada mahasiswa@ adik-adik baru. They got nothing bak kata orang kampung saya. Baca link (MSK vs Ospek) ini untuk mengenali MSK.
Kalau nak diceritakan satu persatu mengenai sistem persatuan, rasanya buat saya sakit jantung saja. Tak mahu cakap banyak-banyak. Prinsip saya, selagi sistem itu baik dan relevan, saya terima walaupun tidak menepati sistem yang sebenar. Dan saya akan menentang secara lembut kalau ada orang yang mempertahankan sistem yang tidak baik dan tidak bersandarkan kepada prinsip yang betul. Mahu bincang-bincang mengenainya boleh, dan saya tidak ada masalah untuk memberikan penerangan mengenai sistem aturan persatuan yang baik. Saya bukanlah mahir dalam isu ini, cuma apa yang saya tahu berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada, saya kongsikan untuk kepentingan bersama.
Minggu ini adalah minggu terakhir saya sebagai pimpinan @ Bendahari Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia cawangan Medan. Bertambah satu lagi kad exco saya dalam album. Sijil pun dapat. Mahal tu. Anyway, saya minta maaf terutama kepada ahli-ahli persatuan andai saya tidak memenuhi kreteria sebagai pimpinan. Saya sudah sedaya mampu memberikan yang terbaik dalam pengurusan dan pentadbiran kewangan. Saya tidak ada pengalaman dalam hal kewangan ni. Disinilah masanya saya belajar dan saya mencuba berikan yang terbaik terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan. Untuk barisan pimpinan, banyak perkara harus dibaiki dari masa ke semasa. Orang yang aktif berpersatuan adalah orang yang akan mampu untuk berhadapan dengan situasi yang lebih mencabar di masa hadapan. Sangat rugi orang yang tidak mahu belajar dari berpersatuan.
Salam akhir untuk pimpinan. Saya pun sudah hampir untuk menghabiskan masa perkuliahan. Selesai beberapa tugasan, bulan lima ini insya-allah akan konvo. saya mahu tumpukan pada hal-hal seterusnya. Konvo, kerja, kawin, dapat anak, tua, dan mati.
p/s: Goodbye..aku nak balik kampung...