fm

Jumaat, Mac 19, 2010

Berehat sebentar

InsyaAlah, esok 20 hb Mac, saya akan pulang sebentar ke Malaysia. Ada beberapa hal yang perlu saya lakukan dan selesaikan. Tak mahu mengambil masa yang lama, rasanya dalam 3 minggu sudah siap dan boleh pulang ke Medan. Kali ni saya memilih penerbangan Firefly kerana masa ni tiketnya murah berbanding Airasia. Akan turun di Subang. Ini kali pertama akan turun di Airport Subang kerana sebelum ini menaiki Airasia dan turun di LCCT. Kepada makluman kawan2, saya akan berehat sebentar untuk tempoh saya berada di Malaysia. Kat Malaysia nak tumpu pada kewajiban yang harus dilakukan jadi no time for blog (kat rumah takde internet sebenarnya). InsyaAlah apabila pulang semula ke medan, saya kan sambung semula entry seterusnya. Jumpa lagi nanti ya. Up up away......... (sebab naik flight.huhu...) Jangan jeles aaaa...... p/s: Ade ke pensyarah (pensyarah perempuan) aku kata aku nak balik Malaysia sebab nak bertunang...sabar je la dengarnye... kena gelak ramai-ramai sebab die tengah borak-borak dengan pensyarah lain. Malu aku, cepat2 aku keluar dari bilik die...