fm

Khamis, Mac 11, 2010

Kesejukan Ais & Hikmahnya

* Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. * Orang yang tidur dalam udara yang sejuk & berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. * Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. * Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti & pergerakan bumi pada paksinya. * Ais @ air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. * Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan & berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. * Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran & kepantasan pergerakan. * Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. * Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalahpengimbang dasar bumi yang amat panas. * Air sejuk @ ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut sepertidemam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. * Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patahdengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. * Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. * Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan & mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. * Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. * Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. * Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. * Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. * Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. * Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan & keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.