fm

Khamis, Oktober 21, 2010

Catatan Kerja 6

Guru2 lelaki SMI Seremban yang Macho  (jangan jeles)
Minggu ni minggu sibuk gak la. First coz ngah musim pekse, Jadi kene siapkan kertas soalan, hantar kat pengetua n menunggu untuk siap dicetak. second, ade beberape tugasan yang aku kena buat minggu ni ngan minggu depan juga awal bulan 11 nti.

1) Isnin lepas (18/10) - Perlawanan  Futsal untuk pelajar PMR. Aku jadi pengurus untuk pasukan futsal sekolah, kena buat satu perlawanan dan terus pilih mereka yang layak  mewakili pasukan futsal sekolah muntuk pertandingan futsal peringkat daerah minggu depan. Hari selasa dah umumkan. 10 pemain terbaik n layak telah siap dipilih dan memulakan latihan bermula rabu lepas. Good luck.

2) Program untuk pelajar PMR - Kena buat pengisian selama 3 hari iaitu kena ajar diorang buat blog. Komputer banyak, so bolehla ajar serba sedikit tentang pembikinan blog walaupun x dapat nak cerita banyak pasal tu. Ramai yang dah boleh faham cara nak mulakannnya. Aku pun bukannya pandai, just melalui pengalaman je pon.

3) Rabu (20/10) - Jadi guru pengiring untuk pasukan sekolah ke Ihtifal Bahasa Arab peringkat Seremban anjuran PPD Seremban. Jadi hakim sekali untuyk pertandingan Explorace Bahasa Arab. Ade la satu pertandingan yang sekolah aku ni tempat pertama. Kire bangge gak la, Sume yang hadir tu sekolah kerajaan n ade dua je sekolah swasta termasuk la sekolah aku.

4) Minggu lepas (khamis 14/10) - Pagi-pagi mase aku dah siap pakai baju keje, boss call n diarahkan untuk menghadiri seminar guru kaunseling pagi tu kat Sekolah TTJ. Apesal plak aku? Dah arahan boss, kene je la pergi. Walaupun blank pasal seminar tersebut coz banyak x faham ape yang diorang bincangkan, tapi aku bersedia aje la pikul benda ni, buat2 macam paham. Balik je dari seminar, kene cop sebagai guru kaunseling. Huh.....yang hadir tu sume guru kaunseling terlatih n sume guru2 sekolah kerajaan. Aku je yang dari sekolah swasta. Dah la bukan guru kaunseling, guru baru plak tu. yang datang tu sume yang dah berumur, aku je ytang mude. So susah skit la nak masuk ngan diorang nih. tapi aku main belasah je buat2 macam power kan..kua..kua....

5) Untuk pertandingan futsal nti (27 & 28/10) - aku diamanahakan untuk menjadi pengurus pasukan futsal sekolah. Aku yang bengap pasal bola ngan futsal ni (futsal x pernah main lagi), buat2 la macam terer n buat la ape2 yang patut lagak sebagai seorang manager pasukan. Huhu..main bedal je. Disebabkan x de jurulatih, aku yang kaki bangku ni la yang terpakse jadi jurulatih futsal. huhu..ni lagi aku main hentam je suruh budak2 ni training. Kuakua....buat la sikit2 stail jurulatih profesional. Merapu gak aku, tapi kene kontrol macho sikit sebab ramai yang tonton latihan kitorang, so keke jage imej sebagai jurulatih merangkap manager yang profesional walaupun x tau pe. Dan yang paling teruk ialah, sampai hari ni masih x jumpe jersi sekolah. Abis mase lawan nti nak pakai ape???? meminjam lagi la budak sekolah rendah punye, buat tebal muke la aku minggu depan.

6) Esok (sabtu) nak balik kampung jap. Dah lame nak balik tapi x dapat sebab banyak keje. Minggu ni kene balik gak sebab aku dah janji ngan mak aku nak balik.....Budak asarama aku tinggal la kejap. satu malam je pon. Aku pon rindu gak ngan mak aku.

7) Ahad lepas, ade Mahrajan PASTI peringkat Seremban. Aku jadi hakim untuk pertandingan bercerita. Biase la budak2 pra sekolah, banyak membace dari bercerita. Pepehal pon, pemenangnye memang pandai n berbakat n telah jadi wakil ke peringkat negeri ahad ni kat Jempol. Good Luck....

8) Hari kantin (4/11) - aku jadi ketua untuk gerai kopok leko......belasah je la ape2 pon.....


9) Minggu depan dah boleh mula semula kelas memandu, dapatkan lesen L moto. Bulan depan dah boleh beli moto baru....kuakua..


Semoga segalanya dalam keadaan baik, berjaya dan diberkati Allah. Amin.

Selasa, Oktober 12, 2010

Ulama' Dan Membaca

Dari : humair-humair.blogspot.com

Di sini saya senaraikan beberapa orang ulama' dan tabiat membaca mereka yang mungkin agak sukar untuk ditiru namun tidak mustahil. Hanya perlukan azam dan kesungguhan.

Al-Hafiz Jalaluddin Abdur Rahman as-Suyuti (850 H-911 H) atau lebih dikenali sebagai al-Hafiz as-Suyuti adalah seorang ulama' yang berkebolehan dalam pelbagai bidang ilmu sehingga melayakkan beliau untuk mencapai martabat mujtahid. Beliau digelar sebagai 'anak kitab' kerana beliau dilahirkan di perpustakaan ayahnya Syeikh Abu Bakar as-Suyuti. Hakikatnya, beliau seorang yang banyak membaca. Ini dibuktikan melalui rujukan-rujukan yang sering beliau sebutkan di dalam karya-karya beliau sehingga ada di antara rujukan tersebut agak payah untuk ditemui lagi pada hari ini. Beliau juga telah membaca koleksi buku-buku yang ada di Perpustakaan al-Mahmudiyyah berjumlah 20 000 buah buku ditambah pula dengan koleksi buku beliau sendiri yang diletakkan di rumah beliau.

Guru kami al-'Allamah al-Imam Sayyid Muhammad Kholil al-Khotib al-Hasani (1909-1986) memiliki koleksi buku yang agak banyak. Disusun di rak-rak yang tinggi mencecah bumbung rumah beliau dan diletakkan juga di tempat-tempat yang senang untuk dicapai seperti di atas meja, di tepi tingkap dan di tepi katil (kerana rak-rak beliau telah penuh). Beliau telah membaca kesemua buku-buku tersebut serta mampu mengingat dengan baik apa yang telah dibaca. Bila beliau meminta salah seorang anaknya untuk mengambil kitab bagi tujuan rujukan, beliau akan sebutkan buku tersebut diletakkan di mana, jilid berapa, muka surat berapa dan perenggan keberapa! Sesetengah orang menggelarkan beliau sebagai 'ensiklopedia bergerak' kerana apabila ditanya tentang sesuatu masalah, beliau akan menjawabnya dan kemudian meminta kepada yang bertanya untuk merujuk kembali jawapan tersebut di dalam kitab yang beliau sebutkan namanya, jilid berapa, muka surat berapa, perenggan berapa dan cetakan mana. Apabila orang yang bertanya tadi merujuk kembali kitab yang disebutkan oleh beliau, ternyata jawapannya serupa dengan apa yang ditemui di dalam kitab!

Syeikh Ahmad Timur Basya (sebutannya Pasha) memiliki 16 000 koleksi buku. Ada yang bercetak dan ada yang dalam bentuk manuskrip. Beliau telah membaca kesemuanya. Bukan secara mendatar atau sekali imbas, malah secara teliti. Satu kalimah demi satu kalimah!

Guru kami al-Muhaddith Sayyid Mahmud Sa'id Mamduh al-Husaini memiliki koleksi buku yang tidak kurang banyaknya sebagaimana yang saya lihat sendiri ketika menziarahi beliau di rumahnya. Ruang tamu dipenuhi dengan kitab. Tidak kira lagi kitab-kitab yang ada di bilik beliau dan ruang yang lain. Beliau telah membaca kesemuanya. Menariknya, beliau membaca kitab-kitab yang memiliki pelbagai latar belakang fahaman dan mazhab. Saya sendiri meneliti tajuk-tajuk koleksi beliau dan membacanya sedikit untuk mengambil maklumat kerana kitab-kitab tersebut saya tak pernah dengar. Beliau juga seorang penulis yang teliti. Meriwayatkan hadith kepada kami secara hafalan dengan menyebut sanad dan matannya sekali.

Sohibus Samahah Prof. Dr. Ali Jumu'ah Muhammad, Mufti Kerajaan Mesir memiliki koleksi 40 000 buah buku. Beliau telah membaca kesemuanya walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang mufti republik. Masih sempat memperuntukkan masa selama 8 jam untuk membaca dan menulis apatah lagi beliau adalah seorang penulis yang prolifik.

Ini cuma sebahagian daripada para ulama' yang kita kenali berserta tabiat membaca mereka. Saya juga mengharapkan sekiranya sidang pembaca mempunyai maklumat tentang tabiat membaca para ulama' yang lain untuk berkongsi bersama saya. Bila kita melihat tabiat membaca mereka ini, kita perlu menilai diri kita kembali jika hendak dibandingkan dengan mereka. Ada sesetengah golongan yang dengan mudah menuduh ulama'-ulama' di atas juga ulama'-ulama' yang lain sebagai sesat dan pembuat bida'ah sedangkan golongan yang menuduh itu pun hanyalah bertaraf kanak-kanak jika hendak dibandingkan dengan para ulama' ini. Sepatutnya kita beradab dengan para ulama'. Walaupun tidak bersetuju dengan mereka dalam sesetengah perkara, ia hanya perlu dianalisis dengan baik dan beradab sebab boleh jadi mereka telah membaca apa yang kita tak baca. Saya teringat guru kami Sayyid Asyraf al-Husaini menceritakan tentang al-Hafiz al-'Iraqi yang telah berusaha mentakhrijkan hadith-hadith yang terdapat di dalam kitab Ihya' Ulumiddin karangan Hujjatul Islam al-Ghazali. Ada hadith-hadith dalam kitab tersebut yang tidak ditemui sumbernya oleh al-Hafiz al-'Iraqi menyebabkan beliau memberi komentar, "Semoga Allah merahmati Imam al-Ghazali. Sungguh saya telah berusaha mencari sumber hadith ini tetapi tidak bertemu dengannya." Guru kami menyatakan pula, "Sayyid Soleh al-Ja'afari memberi komentar terhadap ungkapan al-Hafiz al-'Iraqi ini dengan berkata: Boleh jadi Imam al-Ghazali telah membaca sumber yang tidak ditemui oleh al-Hafiz al-'Iraqi kerana al-Ghazali adalah seorang yang sangat luas pembacaannya." Inilah adab seorang ulama' dengan ulama' lain yang sepatutnya kita contohi! Wallahu a'lam.

p/s: Contohi akhlak para ulama' yang arif. Banyakkan membaca...

Isnin, Oktober 11, 2010

Catatan Kerja 6

Ni ape yang aku tulis kat papan putih...sampai aku sendiri pun tak paham ape yang aku tulis dan bahaskan  kat budak2 ni. Tulisan pun buruk....:-p

Rabu, Oktober 06, 2010

Amazing Facts of Heart


Let's get straight to the heart of the matter--the heart's job is to move blood.
Day and night, the muscles of your heart contract and relax to pump blood throughout your body. When blood returns to the heart, it follows a complicated pathway. If you were in the bloodstream, you would follow the steps below one by one.
1. Oxygen-poor blood (shown in blue) flows from the body into the right atrium.
2. Blood flows through the right atrium into the right ventricle.
3. The right ventricle pumps the blood to the lungs, where the blood releases waste gases and picks up oxygen.
4. The newly oxygen-rich blood (shown in red) returns to the heart and enters the left atrium.
5. Blood flows through the left atrium into the left ventricle.
6. The left ventricle pumps the oxygen-rich blood to all parts of the body.
Do right and left seem backward? That's because you're looking at an illustration of somebody else's heart. To think about how your own heart works, imagine wearing this illustration on your chest.
Sure, you know how to steal hearts, win hearts, and break hearts. But how much do you really know about your heart and how it works? Read on to your heart's content.
Put your hand on your heart. Did you place your hand on the left side of your chest? Many people do, but the heart is actually located almost in the center of the chest, between the lungs. It's tipped slightly so that a part of it sticks out and taps against the left side of the chest, which is what makes it seem as though it is located there.
Hold out your hand and make a fist. If you're a kid, your heart is about the same size as your fist, and if you're an adult, it's about the same size as two fists.
Your heart beats about 100,000 times in one day and about 35 million times in a year. During an average lifetime, the human heart will beat more than 2.5 billion times.
Give a tennis ball a good, hard squeeze. You're using about the same amount of force your heart uses to pump blood out to the body. Even at rest, the muscles of the heart work hard--twice as hard as the leg muscles of a person sprinting.
Feel your pulse by placing two fingers at pulse points on your neck or wrists. The pulse you feel is blood stopping and starting as it moves through your arteries. As a kid, your resting pulse might range from 90 to 120 beats per minute. As an adult, your pulse rate slows to an average of 72 beats per minute.
The aorta, the largest artery in the body, is almost the diameter of a garden hose. Capillaries, on the other hand, are so small that it takes ten of them to equal the thickness of a human hair.
Your body has about 5.6 liters (6 quarts) of blood. This 5.6 liters of blood circulates through the body three times every minute. In one day, the blood travels a total of 19,000 km (12,000 miles)-- that's four times the distance across the US from coast to coast.
The heart pumps about 1 million barrels of blood during an average lifetime--that's enough to fill more than 3 super tankers.
Lub-DUB, lub-DUB, lub-DUB. Sound familiar? If you listen to your heart beat, you'll hear two sounds. These "lub" and "DUB" sounds are made by the heart valves as they open and close.

Selasa, Oktober 05, 2010

Catatan Kerja 5

Esok (8/10) genaplah dua bulan aku duk ngajar kat SRI Seremban ni. Rase macam kejap plak n boleh serasikan dengan keadaan kat sini. Ngan budak2 ni pon ok je terutame ngan budak2 asrama. Cuma aku takde pengalaman dan kemahiran untuk mengajar serta menguruskan urusan pembelajaran dan asrama. Selame ni pon main hentam je buat keje berdasarkan hasil pandangan, soal jawab dan tanye menanye kawan2 guru2 lame. Banyak la juga panduan untuk aku bertugas dengan baik.

Sudah dua bulan, aku x de meja untuk nak tulis2 ke n wat keje2 lain. Numpang je meja orang. Kalau sekolah kasi meja baru pun payah gak sebab x de tempat nak letak mane. Dah takde tempat kosong. So, aku pon naik pedap x de meje ni. 

Terpandanglah aku satu meja di satu sudut tu. Meja komputer. Komputernye dah rosak, jadi x pakai la tempat tu. Aku pon belek2 la meja tu n tanye kawan2 status meje tersebut. Aku pun ape lagi, timbullah idea dalam kepale hotak aku ni nak jadikan meja tu port aku....huhu....angkat skrin komputer tu letak tempat lain, bersihkan meja n susun barang2 lain, siaplah jadi meja baru aku tu. Secara tidak rasmi meja ni jadi meja aku walaupun tidak ade ape2 arahan atau makuman dari sape2. Kuakuakua......

Sekarang ni dah masuk 3 minggu aku duk meja ni n tempatnye seronok n tenang. Cume kekadang nak tergelak dengar cikgu2 yang duk gune kompuer kat sebelah meja aku ni. Macam2 ragam sampai ade yang hangin komputer wat hal. Ade gak yang berebut nak guna...biase la nak pekse ni. Buat kertas soalan la, kertas kerja la, surf internet cari kertas soalan la, nak print lagi, kertas dah habis la, paper jam, komputer hang n macam2 lagi. Lantak la, aku ade laptop sendiri n wat keje sume pakai laptop ni. Cume mase nak print je kene cari time x de orang.

Bulan 10 n 11 ni adalah bulan pekse. Semalam dah mule PMR, next week PMRU plak (yang ni aku terlibat sebab ade madah aku, hadis), dan then finak exam akhir tahun sampai la tengah bulan sebelum cuti akhir tahun. Kelam kabut gak nak prepair n wat kertas soalan.

Ahad, Oktober 03, 2010

20 Fakta Israel

Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.
2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?
3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.
4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.
5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.
6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.
8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.
9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?
10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?
11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.
12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.
13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.
14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:
“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……
15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.
16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?
17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.
18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.
19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?
20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.


www.isuhangat.net