fm

Khamis, Oktober 21, 2010

Catatan Kerja 6

Guru2 lelaki SMI Seremban yang Macho  (jangan jeles)
Minggu ni minggu sibuk gak la. First coz ngah musim pekse, Jadi kene siapkan kertas soalan, hantar kat pengetua n menunggu untuk siap dicetak. second, ade beberape tugasan yang aku kena buat minggu ni ngan minggu depan juga awal bulan 11 nti.

1) Isnin lepas (18/10) - Perlawanan  Futsal untuk pelajar PMR. Aku jadi pengurus untuk pasukan futsal sekolah, kena buat satu perlawanan dan terus pilih mereka yang layak  mewakili pasukan futsal sekolah muntuk pertandingan futsal peringkat daerah minggu depan. Hari selasa dah umumkan. 10 pemain terbaik n layak telah siap dipilih dan memulakan latihan bermula rabu lepas. Good luck.

2) Program untuk pelajar PMR - Kena buat pengisian selama 3 hari iaitu kena ajar diorang buat blog. Komputer banyak, so bolehla ajar serba sedikit tentang pembikinan blog walaupun x dapat nak cerita banyak pasal tu. Ramai yang dah boleh faham cara nak mulakannnya. Aku pun bukannya pandai, just melalui pengalaman je pon.

3) Rabu (20/10) - Jadi guru pengiring untuk pasukan sekolah ke Ihtifal Bahasa Arab peringkat Seremban anjuran PPD Seremban. Jadi hakim sekali untuyk pertandingan Explorace Bahasa Arab. Ade la satu pertandingan yang sekolah aku ni tempat pertama. Kire bangge gak la, Sume yang hadir tu sekolah kerajaan n ade dua je sekolah swasta termasuk la sekolah aku.

4) Minggu lepas (khamis 14/10) - Pagi-pagi mase aku dah siap pakai baju keje, boss call n diarahkan untuk menghadiri seminar guru kaunseling pagi tu kat Sekolah TTJ. Apesal plak aku? Dah arahan boss, kene je la pergi. Walaupun blank pasal seminar tersebut coz banyak x faham ape yang diorang bincangkan, tapi aku bersedia aje la pikul benda ni, buat2 macam paham. Balik je dari seminar, kene cop sebagai guru kaunseling. Huh.....yang hadir tu sume guru kaunseling terlatih n sume guru2 sekolah kerajaan. Aku je yang dari sekolah swasta. Dah la bukan guru kaunseling, guru baru plak tu. yang datang tu sume yang dah berumur, aku je ytang mude. So susah skit la nak masuk ngan diorang nih. tapi aku main belasah je buat2 macam power kan..kua..kua....

5) Untuk pertandingan futsal nti (27 & 28/10) - aku diamanahakan untuk menjadi pengurus pasukan futsal sekolah. Aku yang bengap pasal bola ngan futsal ni (futsal x pernah main lagi), buat2 la macam terer n buat la ape2 yang patut lagak sebagai seorang manager pasukan. Huhu..main bedal je. Disebabkan x de jurulatih, aku yang kaki bangku ni la yang terpakse jadi jurulatih futsal. huhu..ni lagi aku main hentam je suruh budak2 ni training. Kuakua....buat la sikit2 stail jurulatih profesional. Merapu gak aku, tapi kene kontrol macho sikit sebab ramai yang tonton latihan kitorang, so keke jage imej sebagai jurulatih merangkap manager yang profesional walaupun x tau pe. Dan yang paling teruk ialah, sampai hari ni masih x jumpe jersi sekolah. Abis mase lawan nti nak pakai ape???? meminjam lagi la budak sekolah rendah punye, buat tebal muke la aku minggu depan.

6) Esok (sabtu) nak balik kampung jap. Dah lame nak balik tapi x dapat sebab banyak keje. Minggu ni kene balik gak sebab aku dah janji ngan mak aku nak balik.....Budak asarama aku tinggal la kejap. satu malam je pon. Aku pon rindu gak ngan mak aku.

7) Ahad lepas, ade Mahrajan PASTI peringkat Seremban. Aku jadi hakim untuk pertandingan bercerita. Biase la budak2 pra sekolah, banyak membace dari bercerita. Pepehal pon, pemenangnye memang pandai n berbakat n telah jadi wakil ke peringkat negeri ahad ni kat Jempol. Good Luck....

8) Hari kantin (4/11) - aku jadi ketua untuk gerai kopok leko......belasah je la ape2 pon.....


9) Minggu depan dah boleh mula semula kelas memandu, dapatkan lesen L moto. Bulan depan dah boleh beli moto baru....kuakua..


Semoga segalanya dalam keadaan baik, berjaya dan diberkati Allah. Amin.