fm

Rabu, April 07, 2010

Panduan Penjagaaan Anak 5

Cara nak kejutkan baby - cium dia, belai lebut-lembut dan ucapkan perlahan-lahan ungkapan kasih sayang padanya. Usah kejut pakai hon angin, hon kete, bas atau muzik. Ingat anak tu anak badak ke? Kalau anda pekak badak, anak tu tak mewarisi sakit anda tu.

Peribahasa Melayu 5

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Isnin, April 05, 2010

SMS cinta 53

Cinta setelah sekian lama barulah dapat mencapainya setelah rindu berpadu barulah ia tahu dia dirindu dan ia merindu.

Ahad, April 04, 2010

Pulang....

Alhamdulillah, saya sudah kembali ke Medan pada 3 April yang lalu (semalam). Macam biasa naik flight Airasia pukul 5 petang dari LCCT. Penerbangan lewat 45 minit sebab hujan lebat.
sepanjang 2 minggu di Malaysia, takde pun aktiviti menarik yang saya buat. cuma yang paling best bila pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, kuala Lumpur. Pergi satu hari je iaitu hari kedua terakhir pesta, setengah hari jgaklah dalam tu. buka jam 10 pagi, tapi 9 pagi dah penuh dah orang datang. Tak beli apa-apa buku pun sebab buku yang dicari tidak ada. Mahu beli buku yang lain tak boleh kerana tak cukup duit. Terpaksa pendamkan niat nak beli buku yang diidamkan atas masalah bajet yang tak mencukupi. Kebetulan hari tu ada slot khas seorang kawan di anjung PTS dalam mempromosikan novel baru beliau. Tak dapat nak beli novel tu tapi sempatlah bergambar bersama penulis dan seorang kawan yang bertugas di anjung tersebut. Lepas tu pusing-pusing kawasan pesta tu dan join satu slot bersama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di pentas utama dalam mempromosikan tulisan jawi kepada umum. Dapatlah hadiah dari PNM untuk dibawa pulang. Pukul 8 pagi keluar rumah, pukul 8 malam baru balik rumah.

Khamis, April 01, 2010

Kocik-kocik (Bahaso Nogoi Semilan)

Sama-sama kita dengar lagu ni. Dengar dan cuba fahami bahasanya. InsyaAllah saya akan cuba untuk memaparkan liriknya (Loghat Nogoi ) juga akan disertakan terjemahannya dalam bahasa standart nanti. (Klip asal di Youtube)
Lohgat Nogoi Semilan ni memang kelaka tapi best bilo dapek cakap eh...se ni dah jaghang dapek cakap nogoi ni. Bilo balik kampung jumpo oghang kampung ngan kawan-kawan lamo bau la lanca lidah ni nak becakap. Memang syok... insyaAllah se akan aja koghang sumo cakap nogoi nti .huhu...nantikannyo yo
Se ponah baco satu atikel ghaso eh dalam Dewan Bahaso (kalau tak silap lah) maso zaman sekolah dulu. Ghupo eh dah ado satu kajian kaedah dan sistem loghat nogoi ni. Ado kaedah camno nak tuka pekataan dan sobot eh. ado yang dari awal hurup, tongah, dan ujung perkataan. Sume eh ade sistem eh...pehhh..memang mantap boto bahaso den nih. Tak sangko ghupo eh bahaso nogoi ni ado kaedah eh yang khusus, bukan main hontam yo sobot eh. ha..ha..banggo plak den ganso eh...
p/s : Bahaso Minang ngan bahaso nogoi lain. kono paham tu yo.

Mat Rempit (D file 11)

Dah cakap banyak kali dah, jangan merempit jang oi! Tengok apa dah jadi. Kecik-kecik dah memandai nak merempit. Kan dah kena saman. Mengamuk la bapak ko nti. Bukan ko yang kena bayar, bapak ko jugak yang susah. Ke polis tu nak autograf budak tu je?