telah lama menarik hingga terlondeh seluar para pembesar
telah lama menyimpan dendam benci kepada umat
telah lama putus asa dengan sikap dan tabiat
maka, bumi itu terus mengalir air mata dan darahtidak lagi mengharap, berdendam benci, putus asa
kerana meraka akan lakukan sendiri apa yang terdaya.
Anak-anak bumi itu lari lintang pukang
tapi datang semula dengan batu, batu dan batu
mereka pulang dengan darah, darah dan darah
setiap hari hingga mereka tua atau mati
anak-anak serta cucu cicit meraka pun akan terus begitu
kerana umatnya yang lain hanya memandang batu dan darah yang mereka campak dan rasai
tidak mahu membuat sesuatu apatah lagi membantu
aku dendam benci mereka walaupun bukan musuhku.
Biarkan saja kami
biarkan saja.

