Manusia tidak akan pernah dapat elakkan diri, daripada menghadapi sebarang masalah. Setiap bulan, kita perlu menyelesaikan bil yang tertunggak, hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit dan banyak lagi hutang yang perlu diselesaikan. Ini secara tidak langsung membuatkan diri kita tertekan, untuk menghadapi situasi ini.
Menurut Melinda Smith dalam artikel beliau ‘How To Reduce, Prevent, And Cope With Stresss’, terdapat pelbagai cara untuk mengatasi stress. Antaranya adalah menguruskan masa dengan betul, meluangkan masa untuk bersukan, melakukan aktiviti yang luar daripada bidang kerja, dan banyak lagi.
Namun akibat daripada terlalu banyak jawapan, maka kita akan menghadapi kekeliruan, untuk mengenalpasti kaedah mana yang memberikan hasil yang efektif.
Kaedah Membenarkan Diri Untuk Menghadapi Stress
Dalam satu perbincangan yang dilakukan dalam sebuah laman web sosial media yakni Facebook, salah seorang jurulatih NLP (Neuro Linguistic Programming) bertauliah, Tuan Rizal Hassan menyatakan, cara paling efektif untuk kita menangani stress adalah dengan membenarkan diri kita untuk menghadapi stress.
Ini kerana pendapat beliau, stress itu adalah emosi yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hambanya. Namun membenarkan diri kita untuk menghadapi stress bukan jalan penyelesaian tepat.
Apa yang paling penting di sini, kita perlu tetapkan berapa lama kita mahu menghadapi situasi stress. Pakar-pakar psikologi Amerika Syarikat menyatakan, manusia mempunyai kuasa untuk menetapkan berapa lama mereka mahu menghadapi stress.
Sebagai contoh, apabila kita menghadapi stress, maka apa yang perlu kita lakukan adalah berkata pada diri sendiri, “Baiklah, saya mahu stress dalam masa 10 minit.” Selepas 10 minit, secara tidak langsung tubuh badan kita akan bebas daripada sebarang stress.
10 Minit, 10 Jam, 10 Hari? Kita yang Tetapkan
Kita sendiri yang menetapkan jumlah masa untuk menghadapi stress. Jadi kita perlu pilih masa yang kita inginkan. Kebanyakan individu melakukan kesilapan, dengan tidak menetapkan jangka masa untuk menghadapi stress. Ini dapat dilihat melalui situasi individu, yang tidak dapat membebaskan diri daripada stress selama beberapa hari.
Jadi, tanya pada diri kita hari ini, berapa lama kita mahu menghadapi stress? Tetapkan jumlah masa yang kita inginkan, dan lihat hasilnya sendiri.

