"Jom Jadi Terbaik" buku himpunan kata-kata hikmah ini adalah satu lagi usaha saya dalam bidang penerbitan. Alhamdulillah, setelah berjaya menerbitkan buku kecil "Lukisanku Lukisanku" koleksi 45 sajak beberapa tahun lalu, Allah beri lagi satu kesempatan untuk menambah karya. Walaupun tidak sama karya dan bidangnya, namun ini berdasarkan beberapa matlamat baru yang mahu dicapai khususnya untuk anak-anak didik yang masih terpinga-pinga dengan apa yang telah saya lakukan. Ini adalah idea dan satu budaya baru disekolah. Inilah kali pertama diterbitkan sebuah buku untuk sekolah kami. Ini juga satu pengalaman baru untuk kami semua.
Apa pun semoga buku ini mendapat tempat pada hati nak-anak murid saya yang saya rasakan masih tidak nampak apa yang mahu saya sampaikan.
Sekarang ini dalam usaha mengedit semula buku "Lukisanmu Lukisanku" untuk diterbitkan secara istimewa dan terhad dalam tempoh beberapa hari lagi. Semoga saya berjaya untuk semuanya. Amin.

