fm

Selasa, Ogos 09, 2011

Catatan kerja 9 : Setahun Berlalu

Alhamdulillah, semalam setahun sudah saya bertugas di SRI Seremban. Banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh. Suka duka silih berganti. Senang dan susah sekejap datang sekejap pergi. Semoga saya dapat meneruskan agenda pentarbiahan diri ini agar diberikan peluang untuk berbakti kepada Agama dan negara kelak.
Setiap kali memikirkan beban dan cabaran, memang terasa dan mahu mengalah.  Macam-macam hal yang berlaku. Tapi bila merenung kembali, inilah Tarbiah yang Allah berikan agar diri ini menjadi kuat serta mampu menghadapi rintangan pada masa akan datang. Hidup ini mesti diteruskan walau bagaimana pun cara dan keadaannya. Semoga Allah berikan diri ini kekuatan agar segalanya mampu untuk dihadapi dengan baik. Amin ya Allah......