Apa yang anda patut tahu tentang secawan kopi.
Kopi sememangnya bagus untuk berjaga malam. Sesuai untuk mereka yang suka study sehingga lewat malam. Atau menonton perlawanan bola sepak UEFA Champions League. (Huhu....)Kafein boleh membunuh. Tapi mesti minum 80-100 cawan kopi dengan laju.
Kopi baik untuk anda. Kandungan antioxidant dalam kopi baik untuk kesihatan. Kalau anda bukan penggemar kopi, cuba teh. Produk kedua terbaik untuk sumber antioxidant. Diikuti pisang, kacang dan jagung.
Kafein boleh melegakan sakit. Dua cawan kopi boleh mengurangkan sakit-sakit otot, terutamanya selepas bersenam.
Kopi terbaik hasil daripada cara roasting dan brewing. Semasa roasting, minyak keluar dari kopi pada 400 degree celcius. Lebih banyak minyak keluar, lebih kuat rasa kopi.
Decaf kopi masih ada kandungan kafein. 10 cawan decaf kopi sama dengan 2-3 cawan kopi bukan decaf.
Decaffeination guna bahan kimia. Kopi di stim kan supaya kafein yang larut naik keatas, dan diserap oleh pelarut organic, methylene chloride.
Kopi dijumpai oleh kambing. Di sekitar pergunungan Africa. Dikatakan sekumpulan kambing disana membuatkan penggembala tidak dapat tidur kerana kambing-kambing tersebut masih aktif diwaktu malam selepas makan kopi. Great story, anyways.
