5 Bulan. 8 Januari ini genap 5 bulan saya bertugas di SRI Seremban sebagai Pengajar dan Warden Aspura. Dalam 5 bulan saya telah menghadiri lebih dari 5 kursus dan seminar sama ada dari pihak sekolah, YTP dan PPD. Dapat la dalam 3-4 sijil kursus dan seminar. Ada juga sijil perghargaan sebab jadi hakam dalam pertandingan explorace Bahasa Arab peringkat Daerah Seremban.
Masa cuti sekolah bulan 11 dan 12, 3 kursus telah diikuti. Kursus Guru Pemimpin Briget Bakti, Kursus anjuran WADAH, dan Kursus Guru. Takde masalah la nak kursus ni. Memang suke dann boleh beri komitmen. Dapat banyak ilmu, pengalaman, dan kenalan baru. Banyak tempat la dalam Malaysia ni dah ade geng sebab banyak berkenalan mase berkursus.
Sesi baru sekolah tahun ni, agak berat juga. Bukan sebab mengajar, tapi tugas2 sampingan yang agak sukar kerana masih tiada pengalaman. Biaselah orang baru, main hentam je nak buat ape. Nasib baik sekolah swasta, bolehlah jadi alasan tiada kemahiran tu.
Memang banyak tugaslah, selain jadi warden yang asramanya telah berpendah di luar kawasan sekolah sejaun 6-7 kilometer, guru disiplin, bahagian itu ini....sakit otak.
Minggu lepas ada Majlis Anugerah Perkhidmatan. Se la kono jadi MC malam tu. 3-4 jam lagi majlis nak mule barulah dapat teks n terus buat resel. Boleh makan la malam tu. kembang la skit hidung ni coz ramai yang puji MC mantap n kelakar. Aku main hentam je tu...banyak spontan.
Apa-apa pun, semoga aku berjaya dengan cemerlang dengan apa yang telah aku usahakan. juga semoga aku terus tabah menghadapi ujian yang melanda. Agar Allah berikan aku kekuatan untuk teruskan pengabdian diri ini pada-Nya. Amin.
