fm

Ahad, November 28, 2010

Bahan Bahaya Dalam Makanan Kita


Sebab kesan jangka panjang akan membuatkan anda kena kanser... pembunuh senyap No.1 di Malaysia dan di dunia.

1. Fluoride
Terdapat pada ubat gigi.Juga diguna untuk mengawet makanan dalam tin.
contoh: Sardin.Tahukah bahan utama racun tikus adalah Fluoride.
Solution : Sila beli ubat gigi yang tiada fluoride. Sebanyak 35 buah negara telah haramkan penggunaan fluoride.

2. Chlorine
Digunakan dalam rawatan air kumbahan. Chlorine tidak dapat dibuang apabila memasuki tubuh anda. Kemasukan dan penyerapan klorin adalah 99% melalui liang peluh anda dan bukan melalui air minum. Nak tahu kenapa? Sebab klorin akan meruap/terhapus ketika sesi pemanasan air minum. Jadi kalau ingin minum, pastikan air anda dimasak. Klorin molekulnya halus iaitu berukuran 0.010 milimiter atau 10 mikron, jadi penapis air yang sehalus 0.0001 mikron pasti dapat menapisnya 100% . Kehalusan molekulnya menyebabkan ia mudah diserap melalui tubuh anda ketika sesi anda mandi.

3. Bisphenol-A = BPA
Merupakan bahan penggangu hormon. Ia menyebabkan menyebabkan kanak-kanak menjadi matang dengan cepat. Pada kanak-kanak wanita ia akan menyebabkan penumbuhan bulu pada kemaluan, mempercepatkan kitaran haid, risiko barah payudara. Kepada kanak-kanak lelaki, ia mempercepatkan penghasilan mani dan risiko barah prostate. Bahan ini digunakan dalam industri plastik. 99% Plastik dan tin minuman mengandungi bahan ini. Ini termasuklah botol susu anak anda. Lima buah syarikat gergasi pengeluar produk bayi kini sedang disaman oleh mahkamah tinggi antarabangsa.

4. Monosodium Glutamat a.k.a MSG
Bahan ini digunakan dalam 100% industri permakanan. Bahaya bahan ini telah diketahui umum, namun ramai yang buat endah tak endah. Dalam tahun 1989, Malaysia dikejutkan dengan berita gempar. Pengeluar bahan MSG terbesar iaitu Pak Aji Naik Moto menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan MSG daripada binatang yang haram iaitu BABI. MSG adalah bahan utama racun rumpai dan lalang. Kenapa anda harus makan atau mengambilnya? Adakah kerana makanan atau lauk anda jadi lebih sedap apabila anda bubuh MSG? Ada banyak cara lain untuk sedapkan masakan anda. Bahan ini mampu merosakkan fungsi buah pinggang dan hati anda dengan cepat sekali.

5. Aspartame
Ia sejenis pemanis tetapi bukan gula. Digunakan dalam makanan dan minuman yang dijual dipasaran. Ia juga dikategorikan sebagai racun. Aspartame digunakan secara meluas pada tahun 1970. Kesan-kesan pengambilan aspartame ini boleh dilihat secepat 24jam! Masalah yang akan dihidapi spt resdung/bersin/selsema, migrain, bunyi berdesing dalam telinga, kepala berdengung, cepat penat & letih lesu, paras gula dalam darah meningkat / kencing manis, payah kencing /batu karang/radang pundi@saluran kencing. Air tin paling tinggi kandungan aspartame-nya.Jika ada rakan anda yang suka minum KOKAKOLA dan sebagainya dinasihatkan berhati-hatilah.

6. Melamine - October 2008
Kita gempar lagi... Racun Toksik terlepas... Kini sasarannya bayi dan kanak-kanak.

Anda ingin tahu kenapa? Saya akan bagi keywordnya anda carilah sendiri. Yang saya pelik, penawar kanser, penawar HIV Aids, Penawar denggi dah ada tapi kenapa ada pihak cuba sorok? Siapakah pihak atau orang itu? Cuba semak vaksin denggi, Malaysia adalah antara negara yang terawal menemui/menghasilkan serum/vaksin penawar denggi tapi kenapa ia tidak dikeluarkan? Kenapa penawar penyakit disorok dari pengetahuan umum, namun racun yang berbahaya didedahkan kepada kita setiap hari.

Ada pihak dari luar negara (mereka ini adalah golongan illuminati) akan cuba bunuh anda setiap hari. Jika bukan melalui peperangan, cara halus akan digunakan, cara yang telah digunakan sejak berkurun-kurun lampau adalah cara bunuh dengan senyap iaitu melaui racun. Zaman dahulu kala, orang menggunakan racun daripada haiwan & tumbuhan berbisa. Kini bahan itu dihasilkan dengan banyak untuk membunuh anda secara senyap-senyap. Mereka target agar anda hidup tidak melebihi 30-40 tahun. Kalau hidup pun anda pasti kena penyakit 4 berangkai iaitu kencing manis, buah pinggang, jantung dan darah tinggi.Penyakit sepatutnya boleh sembuh, kenapa bila makan ubat tetapi tak baik-baik? Pernah anda terfikir kenapa?

Saya tak nak anda kena penyakit. Maklumat dah ada jadi jagalah kesihatan anda. Kalau hidup, umur panjang tapi kalau ada/kena penyakit, rasanya tak berbaloi. Ucapkan syukur pada Tuhan.

Saya bagi keyword, anda carilah sendiri ok? Pergi google.com @ youtube.com

1. NWO - New World Order
2. Cure Cancer
3. Raw Food - Organic Food
4. Freemason
5. Illuminati
6. Mc Donald - Supersize Me
7. HIV - AIDS (Adalah Virus Yang Dicipta Manusia)
8. Kenapa Kuasa Nuklear Iran disekat? Mereka takut Iran akan salahguna.

Tahukah anda bahawa fluoride itu lebih berbahaya daripada bahan radioaktif?

Source: NoorAzlin.Untong@ing.com.my