fm

Selasa, Januari 22, 2013

SIBUK!!!


Ahad, Disember 30, 2012

Sekolah: Alat Tulis Lelaki dan Perempuan

Untuk semua murid-murid dan guru-guru, selamat kembali ke sekolah...huhu.....

p.s: Aku cuti sekolah ni macam tak cuti je....

Ahad, Disember 23, 2012

Rahsia Kejayaan Orang Jepun

Siapa tidak pernah dengar akan negara Jepun? Tokyo adalah bandar nombor 1 di Asia dan ke 4 di dunia. Jepun bertanggungjawab terhadap penciptaan mi segera sehingga mengubah cara seluruh penduduk dunia makan. Negara ini mewujudkan produk baru yang sukar dibayangkan minda. Mereka mendominasi dalam banyak industri Amerika daripada kereta sehingga permainan video. Mereka juga pemimpin dunia dalam industri robotik.

Penduduk dunia semua gerun mendengar kisah pengeboman nuklear paling zalim yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki. Hampir tidak masuk akal sekiranya difikirkan bahawa negara yang telah mengalami bencana paling terburuk dalam sejarah penciptaan dunia mampu menjadi negara paling berjaya di Asia dan disegani oleh pihak Barat yang lebih awal mencapai kemakmuran dan kemajuan. Tiada siapa yang pernah melihat gambar-gambar pengeboman yang mengerikan itu pada setengah abad lalu telah memberikan negara ini mana-mana peluang untuk ‘hidup’ apatah lagi menjadi sehebat Jepun yang kita kenali pada hari ini. 

Apa sebenar rahsia penduduk Negara Matahari Terbit ini?

Antara semua bangsa dalam dunia, dapat dikatakan dengan penuh yakin bahawa penduduk Jepun adalah teramat rajin. Seorang pekerja Jepun boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang. Contohnya, seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama! Di kampus, professor juga biasa pulang malam (secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Direkodkan, secara purata jam bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun). Penduduk Jepun juga boleh dikatakan terlalu kuat bekerja sehingga wujud satu fenomena yang dipanggil Karoshi yang bermaksud “mati kerana kerja keras”! 

Penduduk Jepun tidak pernah berputus asa dek peristiwa hitam pada malam yang mengerikan dalam abad ke-20 tersebut. Sebaliknya, mereka bekerja bersama-sama untuk membentuk sebuah negara yang kuat. Ekonomi Jepun kukuh bukan kerana kehebatan ciptaan-ciptaan mesinnya, tetapi kerana kekuatan semangat dan prinsip-prinsip betul yang diamalkan rakyatnya.

Tun Mahathir yang sejak beberapa dekad lalu kagum akan sikap penduduk Jepun yang pemalu. Orang Jepun sangat pemalu sehingga tingkap-tingkap rumah mereka sentiasa ditutup agar tidak boleh melihat. Orang ramai juga dibenarkan untuk mengeluarkan nama-nama mereka daripada buku telefon jika mereka mahu. Sesiapa yang banyak bertanya akan dianggap biadab. Satu lagi yang sinonim dengan perasaan malu mereka ialah yang fenomena yang diasaskan puak Samurai yakni Harakiri yang bermaksud “bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut”, biasanya kerana perasaan malu. Contohnya, menteri yang mengundurkan diri kerana terlibat dalam masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya. Perasaan malu menyebabkan sistem hidup orang Jepun menjadi teratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian tiket masuk ke stadium untuk menonton bola sepak, menaiki bas, sampai nak menggunakan tandas awam, pun! Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum. Hebat, bukan?

Kesan daripada revolusi perindustrian dan sistem kapitalisme yang meluas, budaya berbelanja menjadi kegemaran penduduk di seluruh dunia, terutamanya bagi kaum Hawa tetapi tidak di Jepun. Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme dalam pelbagai bidang kehidupan. Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki basikal ke kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.

Professor mereka bersaing dengan para mahasiswa dengan menaiki basikal ke kampus. Penduduknya pula suka berbelanja di hypermarket sekitar jam 7 setengah malam kerana pada mas itu, pihak hypermarket akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup yakni pada pukul 8 malam. Satu idea yang baik, tak gitu?

Seterusnya, bangsa Jepun agak ke hadapan daripada bangsa-bangsa lain di Asia dari segi inovasi. Mereka tidak berapa kreatif untuk mencipta sesuatu, tetapi mereka ternyata bijak mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkan nya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat. Agak janggal sekiranya menyentuh tentang inovasi tanpa menyebut seorang tokoh Jepun yang disegani ramai. Akio Morita, CEO Sony telah mengembangkan Sony Walkman sehingga jumlah jualan sehingga tahun 1995 mencecah angka 150 juta! Kisahnya, Cassete Tape tersebut bukanlah ciptaan beliau, tetapi ia adalah milik Phillip Electronics. Kehebatan Akio terletak pada bakat inovasi nya yang mampu mengubah model tersebut kepada sesuatu yang dipanggil Walkman, produk yang meletup selama puluhan tahun. Siapa yang tak pernah memiliki Walkman,kan?

Umum kita dengar yang sesebuah syarikat boleh dianggap hebat sekiranya mereka mampu membuatkan seorang graduan muda bekerja melebihi 2 tahun kerana generasi Y ini sangat suka menukar kerja. Pantang ada faedah atau gaji lebih, mereka mesti sapu licin! Tetapi berlainan keadaannya di Jepun. Penduduk Jepun, tidak kira generasi apa pun sangat jarang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua syarikat sampai lah pencen. Contoh yang lain dalam membuktikan betapa setianya orang Jepun dalam sesuatu perkara dapat dilihat dengan pembangunan bandar Hofu yang merupakan bandar industri yang jauh ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat, suatu ketika dahulu. Disebabkan kesetiaan penduduknya yang tidak berbelah bahagi, mereka bekerja keras siang dan malam sehingga berjaya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kenderaan mencapai 160,000 setahun! Sikap ini sememangnya sukar untuk dicari di negara-negara maju seperti Amerika mahupun Eropah. 

Kesan daripada revolusi perindustrian dan sistem kapitalisme yang meluas, budaya berbelanja menjadi kegemaran penduduk di seluruh dunia, terutamanya bagi kaum Hawa tetapi tidak di Jepun. Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme dalam pelbagai bidang kehidupan. Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki basikal ke kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.

Yang paling sinonim dengan masyarakat Jepun ialah sikap pantang menyerah. Sejarah membuktikan bahawa bangsa Jepun mempunyai daya ketahanan yang amat tinggi. Contohnya, ketika kerajaan Tokugawa memerintah Negara Matahari Terbit ini, mereka sangat ketinggalan dari aspek teknologi dek kerana dasar kerajaan yang menutup semua akses ke luar negeri. Tetapi, Ketika pemulihan Meiji berlaku, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast learner. Contoh seterusnya, Matsushita Konosuke yang perniagaannya hampir musnah dan hampir tersingkir daripada perniagaan peralatan elektronik sekitar tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangunkan industri sehingga menjadi empayar Matsushita yang dikenali ramai pada hari ini. Lagi contoh, Jepun tidak seperti Malaysia yang kaya dengan sumber alam. Jepun sangat miskin dalam aspek ini tetapi mereka tidak pernah menyerah kalah. Mereka mengimport minyak, bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.

Kemudian, sifat berdikari memang tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat Jepun. Budaya murni yang dilatih sejak kecil ini secara tidak langsung akan melatih setiap penduduknya untuk sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan dan bangun semua dengan cepat setelah berlaku kecelakaan. Seperti yang diketahui umum, negara Jepun terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tsunami dan macam-macam lagi. Dengan mempersiapkan anak-anak kecil ini agar dapat berdikari, mereka tidak perlukan latihan ketenteraan lagi selepas tamat sekolah menengah tinggi. Cara mereka dilatih amat mudah. Anak-anak kecil di Jepun dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggungjawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di kolej, sebahagian besar daripada mereka tidak meminta belanja daripada ibu bapa. Mereka membuat kerja sambilan untuk menampung belanja sekolah dan belanja harian. Sekiranya mereka kehabisan wang, mereka “meminjam” wang daripada ibu bapa yang akan dipulangkan kemudian. 

Dan sikap yang satu ini, memang merupakan masalah kronik di Malaysia. MEMBACA. Penduduk Jepun sangat rajin membaca. Dalam densha (kereta elektrik), bullet train, di perhentian bas, di mana-mana sahaja, anak-anak kecil dan golongan dewasa asyik membaca buku atau surat khabar. Jika ada demand, mesti ada supply, bukan? Para penerbit di sana membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah dan ia dibenarkan oleh pihak sekolah. Komik manga yang menjadi kegilaan anak-anak muda Jepun diselitkan dengan pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dan macam-macam lagi demi meningkatkan minat membaca dalam masyarakat. Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kepantasan proses penterjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb). 

Lagi, pepatah Melayu ada menyebut, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Inilah yang diamalkan penduduk Jepun dalam melaksanakan sebarang pekerjaan. Mereka lebih gemar melakukan sesuatu secara berkumpulan, pendek kata, kurang sifat individualistik dalam masyarakat mereka. Dunia belajar mahupun pekerjaan, prinsip kerja secara berkumpulan ini juga membawa kesepaduan dalam negara mereka. Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”. 

Akhir sekali, walaupun Jepun sudah jauh ke hadapan meninggalkan negara-negara yang seangkatan dengannya, bangsa Jepun masih mengekalkan tradisi dan budaya nenek moyangnya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih wujud. Budaya minta maaf masih lagi diamalkan. Bangsa Jepun amat sukar untuk berkata “tidak” terhadap sebarang permintaan. 

Itulah rahsia kejayaan orang Jepun. Luar biasa!

Rabu, November 14, 2012

Ibadah Sunnat Dalam Bulan Muharram & Fadhilatnya




TAMBAHKAN ILMU, TINGKATKAN AMAL, KUKUHKAN IMAN....

Ibadah yang disunatkan dalam bulan Muharram:


1. Berpuasa. Maksud Hadith: Sesiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram, pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadith: Sesiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3 kali.

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.

Perkara-perkara Sunat dilakukan pada Hari 'Asyura (10 Muharram) & Fadhilatnya:

Amalan : Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadhilat : Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.

Amalan : Memuliakan fakir miskin.
Fadhilat : Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
 
Amalan : Menahan marah.
Fadhilat : Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Amalan : Menunjukkan orang yang sesat dari jalan Allah.
Fadhilat : Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
Amalan : Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadhilat : Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
Amalan : Bersedekah.
Fadhilat : Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Amalan : Memelihara kehormatan diri.
Fadhilat : Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Amalan : Mandi Sunat.
Fadhilat : Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Ta'ala."
Amalan : Bercelak.
FadhilatTidak akan sakit mata pada tahun itu.
Amalan : Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali.
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
Amalan : Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadhilat : Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
Amalan : Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat : Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Amalan : Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Fadhilat : Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Rabu, Oktober 17, 2012

Cubaan Mencuri Jasad Rasullullah

1. Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ” Wafaul Wafa “
2. Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “
3. Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “


Kitab-kitab di atas menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. Percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , iaitu pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah.

Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benua Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi dimakamkan. Mereka datang menyamar sebagai perantau dan tinggal di sebuah rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. berada. Keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan membuat terowong yang mengarah ke makam Rasulullah s.a.w.

Pada suatu malam juga, seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut.

Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya.

Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak kepada Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w. dan pada malam itu jugalah, Nuruddin terbayang 2 orang lelaki sedang menjalankan perbuatan nekadnya itu.

Setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya, beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan, maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut.

Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke Raudhah , maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam mimpinya, 2 orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang membuat terowong. Mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w., Kedua-dua Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar.

Demikianlah dalamnya rasa permusuhan dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya mahu dibinasakan melalui perang 200 tahun, ajaran Islam juga mahu dilenyapkan. Begitu juga dengan jasad Nabi yang telah di dalam kubur pun mereka mahu merampas.

Kini tidak mungkin lagi cubaan untuk mencuri dan membongkar kubur Nabi kerana pengawasan yang terlalu ketat. Kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya melalui bidang lain, iaitu di bidang dakwah, propaganda dan misi yang bertujuannya tidak lain menasranikan umat Islam. Ingatlah firman ALLAH , mafhumnya ;

” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! “ (Surah Al-Ahzab : 21)

5 kali percubaan mencuri jasad Rasulullah s.a.w

PERTAMA, Semasa pemerintahan Amrullah Al-Ubaidi. Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah

KEDUA, Semasa pemerintahan Al-Ubaidi. Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran makam nabi dengan membuat terowong, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengoncangkan bumi Madinah.

KETIGA, Perancangan raja-raja Nasrani dengan komplot Nasrani Maghribi. Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.

KEEMPAT, Sekumpulan Nasrani datang bersama jemaah haji dengan niat mencuri jasad Rasullullah. Mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.

KELIMA, Pada kurun ke-9 Hijrah, 40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh pemerintah Islam zaman tersebut. - Wallahu a’lam.

Ahad, Oktober 14, 2012

20 Sebab Kenapa Lelaki Tak Nak Kahwin


 1.”Duit lum cukup lagi”.
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .

3. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”.
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!

4.”Tak datang seru lagi kot”.
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5.”Banyak sangat halangan”.
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6.”Belum bersedia la”.
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. “Ilmu tak cukup la”.
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga, soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8.“Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung ni pulak nak tanggung dosa isteri”
. Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul.
Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11.”Jodoh tak sampai lagi kot”.
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”.
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15.”Dia nie suka pasang ramai org sangat”.
Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. “Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”.
Pompuan memang camtu..

17. “Nak carik yang solehah lah”.
Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. “Masalah la”.
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”.
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”
. Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

P/s : fikir-fikirkan la wahai perempuan..ekeke