fm

Jumaat, Oktober 18, 2013

10 Pesanan Jadi Isteri Solehah

HATI ibu mana yang tidak gembira tatkala anak gadisnya dipinang orang. Sukanya hati bukan kepalang lalu pelbagai langkah bersiap untuk melangsungkan pernikahan dijalankan menurut tertib dan adat.

Biasanya ibu dan ayah akan bertungkus-lumus berusaha menjadikan majlis akad nikah puteri kesayangannya dengan penuh komitmen supaya meriah dan ceria.

Adalah wajar ibu bapa pengantin wanita memberikan petua dan nasihat buat anaknya yang bakal melangsungkan pernikahannya. Nasihat supaya anak memelihara dan menjaga alam rumah tangganya sebaik yang terdaya.

Inilah yang pernah dilakukan isteri ‘Auf ibnu Mihlam Asy-Syaibani yang dikatakan ada memberi nasihat kepada puterinya yang akan bernikah dengan Raja Kindah.

Pesan isteri ‘Auf Ibnu Mihlam Asy-Syaibani: “Puteriku, kini engkau meninggalkan tempat kelahiran menuju rumah baru dan orang baru yang belum pernah engkau ketahui keadaan dan wataknya. Maka, jadilah engkau sebagai pengabdi yang baik bagi suamimu, supaya dia menjadi pengabdi yang baik juga bagimu. Perhatikan baik-baik sepuluh perkara daripadaku supaya ia menjadi modal bagi hidupmu.”

Begitulah kasihnya isteri ‘Auf terhadap anak gadisnya, tetapi kasihnya itu bukan mengadakan majlis besar-besaran dan serba mewah, kasih sayang dizahirkan melalui kaedah menyalurkan nasihat berguna buat anaknya melayari alam rumah tangga supaya aman sejahtera dan bahagia.

Pesanan pertama kepada anaknya: “Jadilah engkau sebagai pendamping hidupnya yang selalu menerima apa adanya. Sebenarnya nasihat isteri ‘Auf itu bertepatan kehendak agama kerana sikap qanaah, bersedia dengan hati lapang terhadap kemampuan suami, menu keharmonian rumah tangga.
Erti kata lain, isteri tidak sesekali membebankan suami yang di luar batas kemampuannya. Inilah seharusnya ada pada diri seorang isteri solehah.

Seterusnya pesanan kedua beliau: “Bergaullah engkau bersama suamimu dengan cara mendengar dan mentaatinya.”

Seorang Ulama’ pernah mengatakan: “Seseorang isteri itu hendaklah memberikan layanan pada suaminya, memelihara anak, mengatur urusan rumah tangga sebaik mungkin. Hendaklah dia memberikan layanan pada suami dengan layanan yang wajar dan sesuai keadaan.”

Isteri ‘Auf berkata lagi: “Tunjukkanlah dirimu di hadapan matanya sebagai seseorang yang paling menarik baginya dan tampilkan dirimu di hadapan hidungnya sebagai seseorang yang paling harum.”

Kebijaksanaan dan kesediaan isteri menonjolkan imej peribadi dalam aspek lahiriah dan dalaman mampu mewujudkan hubungan lebih intim pasangan suami isteri. Ia ibarat suatu tembok pengukuh dalam membina keluarga bahagia melalui landasan diredai Allah.

Beliau juga berpesan supaya memperhatikan penjadualan waktu makan yang betul dan tepat serta menjaga ketenteraman masa tidur. Jadi, jika diteliti apa dipesan isteri ‘Auf kepada anak gadisnya, sesuai dan relevan dijadikan sebagai pedoman kita semua.

Pesanan lain, “Sesungguhnya kelaparan seseorang akan menyebabkannya mudah beremosi dan kurang tidur pula menyebabkan seseorang itu mudah melepaskan kemarahan.”

Ini adalah langkah proaktif isteri mengelakkan suasana kurang baik dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan suami. Memang lumrah manusia, emosi menjadi kurang stabil dan mudah dibelenggu rasa kurang tenang apabila perut lapar atau kurang tidur.

Lagilah bahaya kerana emosi negatif boleh meletup tanpa disangka. Justeru, apa yang disarankan isteri ‘Auf adalah jalan pintas untuk membendung anasir negatif daripada muncul dalam rumah tangga.

Mengamalkan budaya mencintai kebersihan juga ditonjolkan dalam wasiatnya supaya anaknya menjaga kebersihan tempat tinggal, keamanan harta suami dan berikan perhatian kepada suamimu serta keluarganya.

Jika kita amati pesanan itu, kita akan jumpa peringatan terbaik mengenai penjagaan persekitaran rumah tangga yang ceria dan bersih. Juga terselit ingatan supaya isteri menjadi seorang yang beramanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.

Pesanan beliau selanjutnya dikira penting dipelihara rapi oleh isteri. Kata beliau: “Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kepada orang lain dan jangan engkau melanggar perintahnya. Islam menegah isteri menceritakan hubungannya dengan suami atau hal rumah tangga kepada orang lain.

Yang terakhir katanya: “Janganlah engkau berasa susah ketika dia dalam keadaan senang dan janganlah engkau berasa senang ketika dia dalam keadaan susah, kerana yang pertama termasuk moral yang tidak sesuai dan yang kedua termasuk merosakkan suasana. Jadilah engkau orang paling mengagungkan suamimu, agar dia menjadi orang yang paling memuliakanmu.”

Begitulah pesanan bermanfaat dan cukup indah dikemukakan isteri ‘Auf Ibnu Syaibah kepada anak gadisnya. Ibu bapa sewajarnya menitipkan pesanan untuk dijadikan panduan kepada anak yang akan melangsungkan pernikahan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.

INFO: 10 pesanan jadi isteri solehah
  1. Sentiasa menjadi pendamping suami, menerima segala kekurangan dan tidak membebankan suami.
  2. Mendengar dan mentaati suami.
  3. Memberi layanan baik kepada suami, pelihara anak dan menjaga rumah tangga.
  4. Sentiasa tampil menarik dan wangi untuk suami.
  5. Mampu mewujudkan hubungan intim yang baik dengan suami.
  6. Menjaga makan minum suami yang betul, tepat serta waktu tidur bagi elak emosi suami terganggu.
  7. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.
  8. Amanah menjaga harta benda dalam rumah tangga.
  9. Isteri tidak boleh membuka aib suami dan hal rumah tangga kepada orang lain.
  10. Isteri kena jadi orang yang paling mengagungkan suami.
albakriah.wordpress.com

Ahad, Oktober 06, 2013

MAKLUMAT SULIT (SANGAT SULIT)

MAKLUMAT INI DIPEROLEHI DARI SATU SUMBER RISIKAN RAHSIA DARI RUSIA SETELAH MENEMUI SECARA JELAS SERTA TELAH MENGESAHKAN HAL TERSEBUT. WALAUPUN TIADA BUKTI YANG KUKUH ATAU SOKONGAN, PIHAK RISIKAN YAKIN KESAHIHANNYA. MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH:-


SEBENARNYA MUTIARA NAGA ADA LAPAN BIJI KESEMUANYA DAN BUKANNYA TUJUH SEPERTI YANG DIKETAHUI UMUM. MUTIARA YANG KELAPAN TERSEBUT DITEMUI DALAM SATU PETI KAYU DIBELAKANG RUMAH PAK MEON YANG TERTANAM BERSEBELAHAN DENGAN LUBANG JAMBAN BELIAU. KAWASAN TERSEBUT DAHULUNYA ADALAH KEDAI MEMBUAT ME SIAM TETAPI ATAS SEBAB SERINGKALI BERLAKU PERKARA YANG MENAKUTKAN MAKA TANAH KAWASAN TERSEBUT TELAH DIJUAL KEPADA DATUK PAK MEON DENGAN HARGA DUA RINGGIT SEKILO DENGAN LAPAN PERATUS RIBA' SELAMA LIMA TAHUN.

PETI KAYU TESEBUT PADA ASALNYA ADALAH BARANG MAINAN ARWAH BAPAK PAK MEON MASE KECIL. KOTAK TERSEBUT DITANAM KETIKA BAPAK PAK MEON TU MAIN TANAM-TANAM POKOK, TERTANAM SEKALI LA DENGAN KOTAK TU TANPA DISEDARI. NAMUN PENEMUAN ITU MENJADI MISTERI APABILA TIDAK ADA SATU CERITA PUN MENGENAI BAGAIMANA MUTIARA NAGA TERSEBUT BOLEH BERADA DALAM KOTAK KAYU TERSEBUT. BAPAK PAK MEON YANG SAMPAI KINI MASIH HIDUP TU PON TAK TAU PASAL TU.

SATU SUMBER MENYATAKAN BAHAWA PERKARA INI TERJADI APABILA GUMPALAN-GUMPALAN TANAH YANG MEMASUKI KOTAK KAYU TERSEBUT BERTINDAK BALAS DENGAN SEJATAN AIR DARI LUBANG JAMBAN PAK MEON YANG SERINGKALI DIGUNAKAN OLEH ORANG-ORANG KAMPUNG YANG LALU LALANG ATAU MASA DATANG RAYE KAT RUMAH BELIAU. GAS-GAS DAN BAU-BAU YANG BERLAINAN TERSEBUTLAH YANG MEMBERIKAN SATU KEKUATAN PADA GUMPALAN TANAH TERSEBUT BERSATU BAGAIKAN KONSEP 1MALAYSIA YANG MEMBOLEHKAN SATU IKATAN PERSAUDARAN TANAH, AIR, GAS DAN BAU MENJADI SEBATI DAN AKRAB. PROSES SELAMA BEBERAPA TAHUN BERMULA DARI KELAHIRAN MICHEAL JACKSON SEHINGGALAH MATINYA MJ TERSEBUT MEMANG MAMPU MENJADIKAN SATU KETULAN TANAH BERTUKAR MENJADI MUTIARA.

SATU LAGI MISTERI IALAH BAGAIMANA BINTANG LAPAN BOLEH TERBENTUK PADA MUTIARA NAGA TERSEBUT SEDANGKAN ITU MEMERLUKAN MARKER ATAU PEN UNTUK MELUKISNYA. KAJIAN MENDAPATI BAHAWA, SEEKOR CACING YANG BERASAL DARI LUBANG JAMBAN PAK MEON TELAH MENDAPAT PERINTAH DARI NAGA PLANET NAMECK UNTUK MELAKARKAN BINTANG TERSEBUT. WALAUPUN TIDAK ADA CACING SEMASA KOTAK TU DIJUMPAI, NAMUN CACING TERSEBUT TELAH MENINGGALKAN NOTA BAHWA DIALAH YANG MELAKUKAN PERBUATAN KEJI TERSEBUT DAN PERGI KESUATU TEMPAT UNTUK MEMBUNUH DIRI KERANA CINTANYA DITOLAK OLEH GADIS PUJAANNYA YANG MERUPAKAN CACING KELAS ATASAN YANG TIDAK SUKA PADA CACING DARI LUBANG JAMBAN.

MUTIARA TERSEBUT TELAH DIBAWA KE RUSIA MENAIKI KAPAL SELAM RUSIA DENGAN MENGGUNAKAN KHIDMAT POS EXPRESS DARI PAPUA YANG KEBETULAN LALU DI KAWASAN TERSEBUT. IA KEMUDIANNYA DIBAWA KE SEBUAH MAKMAL IKAN LUMBA-LUMBA UNTUK DIUJI SAMA ADA IANYA BOLEH BEKERJA DENGAN PIHAK SWASTA ATAU PUN KERAJAAN KOMUNIS. SETELAH MENDAPATI MUTIARA TERSEBUT BOLEH SERASI DENGAN PIHAK KERAJAAN, SATU GELARAN TELAH DIBERIKAN KEPADANYA AGAR IA DAPAT MEMBERIKAN SUMBER ILHAM KEPADA IKAN LUMBA-LUMBA MEMBUAT PERTUNJUKAN DI ZOO NEGARA ZIMBABWE ATAS DESAKAN YANG DIBUAT OLEH PIHAK TALIBAN YANG MAHUKAN PEMBAHARUAN DALAM SISTEM PEMBELAJARAN DI ZOO TERSEBUT.

KINI MUTIARA TERSEBUT SEDANG MENIKMATI UDARA SEGAR LADANG LIMAU YANG KEBETULAN BERSEBELAHAN DENGAN KANDANG IKAN LUMBA-LUMBA TERSEBUT. IA TELAH PON BERTEMU JODOH DENGAN SEEKOR LIPAN YANG TELAH LAMA MENJADI PEMINAT SETIA BELIAU DAN DIKURNIAKAN DENGAN 300 EKOR ANAK LIPAN, IKAN LUMBA2, DAN CACING SETELAH BERPOLIGAMI DENGAN IZIN DARI MAHKAMAH RUSIA. HIDUPLAH DIA DENGAN GEMBIRA SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.

MAKLUMAT TERSEBUT TELAH DISAHKAN TULEN KERANA TELAH MEMPELAJARI SAINS TULEN DI SEKOLAH MENENGAH TINGGI DI RUSIA DAN DIAKUI OLEH PIHAK JAKIM DENGAN DILABELKAN HALAL SECARA DISKAUN TUJUH PULUH PERATUS DARI HARGA ASAL SETELAH DIAMBIL KIRA FAKTOR EKONOMI, SOSIAL, DAN KEPERLUAN DI KEDAI-KEDAI MAMAK SEKITAR PULAU PINANG. SEBARANG PERMASALAH TIDAK DIBENARKAN MERUJUK KEPADA BUKU RUJUKAN DI SEKOLAH TAMIL MELAINKAN HENDALKAH MELALUI SMS ATAU MMS DENGAN KADAR HARGA YANG CUKUP TINGGI AGAR PIHAK PERAIRAN DAN SALIRAN DI MYANMAR BOLEH MEBUAT KEPUTUSAN SAMA ADA MAHU MELEPAS TIKUS YANG TERSANGKUT DI KOMPUTER RIBA ARTIS TERKENAL TANAH AIR, MICHEAL BALLACK, ATAU PUN MAHU MEMBIARKAN SAJA IANYA KEKAL DI SITU SEBAGAI TANDA IKATAN CINTA ANTARA BALACK DENGAN CACING DI LUBANG JAMBAN PAK MEON. PIHAK ZOO ZIMBABWE TIDAK AKAN BERKOMPROMI DENGAN MANA2 SYARIKAT MEE TEMPATAN ATAU PUN LUAR NEGARA DALAM USAHA MEMPROMOSIKAN PRODUK GULA-GULANYA ITU YANG KINI BERADA DI TAHAP KRITIKAL DENGAN INDEKS PENCEMARAN UDARA SEBANYAK 300 KILOMETER PERSEGI. 

BAGI PIHAK2 YANG TERKILAN DENGAN TINDAKAN KERAJAAN RUSIA MEMBENARKAN MUIARA NAGA TERSEBUT MENJADI ILHAM KEPADA IKAN LUMBA2, ANDA AKAN DIHUBUNGI OLEH PIHAK POS EXPRESS PAPUA UNTUK MENDAPATKAN HADIAH PAKEJ PERJALANAN 3 HARI 18 MALAM DARI UTARA MADAGASKAR KE SELATANNYA MEMAKAI TEROMPAH BUATAN ITALI YANG PENUH DENGAN WARNA-WARNI BAGI MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN ANAK SAUDARA PAK MEON YANG BARU SAJA MENAMATKAN RIWAYATNYA SEMASA MUTIARA TERSEBUT DIJUMPAI DI RUMAH PAK MEON. PIHAK POLIS SUNGGUH KESAL DENGAN TINDAKAN PIHAK TERBABIT YANG DIUMPAMAKAN SEPERTI 'MELUKUT DI BANDAR LUKUT' DAN 'HARAPKAN KAU, KAU YANG MAKAN PADI TU'. BAGI SAKSI2 KEJADIAN TERSEBUT DIMINTA JANGAN HUBUNGI SESIAPA PON TERMASUK GURU SEKOLAH TADIKA ANDA KERANA DENGAN MENGHUBUNGI MANA2 PIHAK AKAN MENGKAYAKAN LAGI PIHAK SYARIKAT KOMUNIKASI YANG SEKIAN LAMA MENAKIK DUIT ANDA DARI PANGGILAN2 YANG TAK PENTING. MAKA BERUBAHLAH DARI SEKARANG AGAR KITA MENJADI INSAN YANG DIGELARKAN SEBAGAI AHLI NUJUM NEGARA.


YANG BENAR AKU....YANG SALAH TU KAU....SELAMAT MAJU JAYA DAN MAJULAH SUKAN UNTUK IKAN LUMA-LUMBA.(fm2090)


RUJUKAN

1-NENEK JIRAN PAK MEON (MATI SAMBIL TERSENYUM MELIHAT JAMBAN PAK MEON)
2-NENEK IKAN LUMBA-LUMBA (TIADA MAKLUMAT PASTI DI MANA SEKARANG, MUNGKIN MENYAMAR JADI DUGONG KAT JOHOR)
3-NENEK KETUA BAHAGIAN SALIRAN AIR ZOO ZIBABWE (BERHENTI KERJA KERANA GILA MEROYAN)
4-NENEK KETUA PENGARAH POS EXPRESS PAPUA (SYARIKATNYA KINI SUDAH BANGKRAP, HUTANG DENGAN SYARIKAT KAPAL SELAM RUSIA)
5-KETUA KELAS SEKOLAH RENDAH TAMIL SINGAPURA (DIBUANG SEKOLAH KERANA MENYANYIKAN LAGU DEEPAVALI TANPA PENGETUA SEKOLAH)
6-LANORBASTIKI PRAMAKUITILAPISOS GRANULITUNGKIMEDI REDARAKAYANUMI SIMBOSIS (ISTERI MUTIARA NAGA LAPAN BINTANG IAITU SEBENTUK LIPAN)
7-POLIS NEGARA BERINGIN RENDANG (KINI MENDAPAT GELARAN AHLI NUJUM NEGARA)


asli dari : fasa-mega.blogspot.com

Isnin, September 23, 2013

Jenis-jenis teh dan khasiatnya

20 Sep - Teh merupakan salah satu minuman yang paling popular di dunia selain air. Ia juga kaya dengan maanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Di sini, kami senaraikan jenis-jenis teh yang mempunyai kebaikannya masing-masing.

Teh Hitam
Teh hitam mempunyai rasa yang sedikit pahit dan mengandungi kafein yang paling kira-kira 40 miligram per cawan. Mengikut pakar, ia mempunyai kepekatan tinggi antioksidan yang dikenali sebagai 'theaflavins' dan 'thearubigins', yang mana sangat berguna untuk merendahkan kolesterol. Selain itu, penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang yang minum tiga atau lebih cawan teh hitam setiap hari boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 21 peratus.

Teh Hijau
Teh hijau mempunyai rasa yang lebih halus daripada hitam serta mengandungi kira-kira 25 milligram kafein secawan. Antara kebaikan teh hijau adalah ia penuh dengan antioksidan dipanggil 'catechins', satu kumpulan kecil yang dikenali sebagai EGCG yang boleh mencegah penyakit daripada kanser hinggalah penyakit. Satu kajian juga telah dijalankan dan pakar mendapati bahawa setiap cawan teh hijau yang diminum secara harian boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 10 peratus.

Teh Oolong
Oolong sama dengan teh hitam, tetapi ia diperam dalam masa yang singkat yang mana memberikan lebih rasa. Ia juga mengandungi kira-kira 30 milligram kafein secawan. Mengikut pakar, ia boleh membantu dalam penurunan berat badan. Ini kerana teh oolong mengaktifkan enzim yang bertanggungjawab untuk menyingkirkan 'trigliserida', satu bentuk lemak yang disimpan di dalam sel-sel lemak. Satu kajian menunjukkan bahawa pembakaran kalori bagi wanita yang minum teh oolong adalah lebih sedikit dalam tempoh dua jam berbanding dengan mereka yang minum hanya air.

Teh Putih
Bagi teh putih, daun teh hanya dipilih ketika mereka sangat muda. Jadi teh putih mempunyai rasa yang lebih lembut daripada jenis teh yang lain serta mengandungi kurang kafein, cuma 15 miligram per cawan. Teh putih mempunyai manfaat yang sama seperti jenis teh yang lain dan ia juga berguna untuk latihan kardiovaskular dan pencegahan kanser. Tambahan lagi, beberapa kajian menunjukkan bahawa teh putih sangat berkesan kepada orang-orang dengan diabetes.

Teh berperisa
Untuk jenis ini, tambahan aromatik seperti kayu manis, kulit buah oren dan lavender telah dicampurkan bersama daun teh hitam, daun teh hijau atau daun teh putih. Sebenarnya, teh berperisa mempunyai tahap antioksidan dan faedah kesihatan yang sama seperti teh jenis biasa. Namun begitu, teh yang mempunyai perisa buah-buahan seperti beri biru atau strawberi mungkin mengandungi lebih antioksidan.

Teh Herba
Secara teknikalnya, teh herba bukanlah teh sebenarnya. Ia terdiri daripada beberapa gabungan buah-buahan kering , bunga dan herba serta tidak mengandungi kafein. Walau bagaimanapun, elakkan daripada minum teh herba untuk kurangkan berat badan kerana ia mungkin mengandungi julap yang berbahaya.

Kajian mendapati bahawa minum tiga cawan teh herba setiap hari raya boleh membantu untuk orang dengan tekanan darah tinggi. Selain itu, teh 'chamomile' membantu untuk dapatkan tidur yang nyenyak manakala teh pudina boleh menenangkan perut yang meragam.

Selasa, September 17, 2013

Mat Rempit (D File 17)

Tak perlu risau lagi tentang harga minyak naik..... :-)

Khamis, September 05, 2013

Sudah berpunya.....

25 OGOS 2013 adalah tarikh aku sudah resign dari kelab bujang. Register kelab suami penyayang pulak pas ni....

Khamis, Julai 18, 2013

Salam Ramadhan