fm

Rabu, Februari 08, 2012

7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Ahad, Februari 05, 2012

CINTA RASUL DAN MAULID NABI

 TARBIYAH 

Print
Setiap orang berhak mengatakan dirinya mencintai Nabi Muhammad S.A.W, namun pendakwaan tersebut hanya akan dianggap mitos jika ia tidak dibuktikan dengan ittiba' (yakni mengikuti langkah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W), taat dan berpegang teguh pada petunjuknya. Cinta terhadap Rasulullah S.A.W merupakan salah satu syarat kesempurnaan iman kepadanya, bahkan kecintaan kepada Baginda mesti melebihi segala kecintaan kepada makhluk selainnya. Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya), "Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehinggalah aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya, dan manusia seluruhnya". (Riwayat Imam Bukhari & Muslim). Begitupun mencintai Nabi Muhammad S.A.W tidak boleh dijadikan ukuran dengan sekadar memperingati bulan Rabi'ul Awal, iaitu pada hari kelahiran Baginda. Dalam sejarah-pun, bukan sahaja mereka yang diiktiraf bermazhab Sunni merayakan Maulid Nabi, bahkan golongan yang dikenal sebagai Batiniyyah (salah satu aliran kefahaman yang terdapat dalam ajaran Syiah) juga turut merayakannya.

C. Cherfils di dalam bukunya ‘Napoleon And Islam’ menukilkan bahawa Napoleon Bonaparte juga telah menganjurkan upacara besar-besaran menyambut Maulid Nabi di atas kekagumannya terhadap Rasulullah S.A.W, hingga ada yang mengatakan dengan yakin berdasarkan beberapa dokumen sahih bahawa Napoleon, di akhir hayatnya adalah seorang Muslim dengan nama Muhammad Ali Bonaparte.

Salah satu kumpulan awal yang mahsyur memperkenalkan sambutan Maulid Nabi adalah kabilah Bani Ubaid Al Qaddah, dikenal sebagai Fatimiyyun atau Bani Fatimiyyah (salah satu cabang Syiah) pada pertengahan abad ke-4 H. Mereka menubuhkan kerajaan Fatimiyyah setelah berjaya memindahkan dinasti pemerintahan mereka dari Morocco (Maghribi) ke Mesir pada tahun 362 H. Ia diacarakan oleh puak Batiniyyah untuk menarik simpati masyarakat Mesir ketika itu yang majoritinya begitu memuliakan dan menjiwai rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Sehingga ke hari ini, jika kita pernah melangkah kaki ke Mesir, masyarakatnya akan sedia menghentikan perkelahian yang berlaku jika masing-masing diundang untuk melafazkan salawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, "Sollu 'ala Nabiyy..."

Pemerintahan Fatimiyyah ketika itu melakukan Maulid Nabi untuk meraih sokongan rakyat Mesir, malah pakar sejarah Islam yang bernama Al Maqrizi menjelaskan bahawa selain "Maulid Nabi", begitu banyak perayaan yang dilakukan oleh Fatimiyyah dalam setahun. Al Maqrizi menyebutkan bahawa terdapat lebih kurang 25 jumlah perayaan yang menjadi rutin sambutan setiap tahun dalam masa Fatimiyyah, dan hal itu memburukkan lagi apabila mereka turut merayakan hari kebesaran orang-orang Majusi dan Nasrani iaitu hari Nairuz (tahun baru Parsi), hari Al Ghottos, hari Natal, dan hari Khomisul ‘Adas (perayaan tiga hari sebelum Paskah).

Manakala, sumber yang lain pula menyebut, perayaan "Maulid Nabi" diperkenalkan oleh Sultan Al Muzaffar Abu Said Kaukabri ibn Zainuddin Ali bin Baktakin (549 H - 630 H), seorang gabenor bandar ke-4 terbesar selepas Baghdad, Basrah dan Mosul, iaitu Erbil/ Irbil di Iraq sewaktu zaman pemerintahan Sultan Salahuddin Al Ayyubi (532 H - 589 H). Menurut Imam Az Zahabi, Abu Said Kaukabri merupakan seorang pemerintah yang sangat merendah diri, bermazhab Sunni, dan sangat mencintai para ulama [ Rujuk Siyar A'lam An Nubala 22/336 ]. Malah Abu Said Kaukabri mengetuai tentera Mosul dan Jaza'ir untuk turut bersama-sama Sultan Salahuddin Al Ayyubi di dalam siri-siri peperangan yang penting antaranya perang Hittin. Segala pujian tentang kesolehan dan sikap wara' Abu Said Kaukabri turut direkodkan oleh Ibnu Kathir [ Bidayah wan Nihayah ] dan Imam As Sayuti [ Husnul Maqsid fi Amali Maulid ].

Memang benar secara khususnya, Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah mengarahkan umatnya untuk meraikan hari kelahiran Baginda. Oleh kerana tiada arahan daripada Baginda, maka perkara tersebut tidak boleh dikatakan sebagai - masyru’ - (disyariatkan). Namun, sekalipun ia tidak disyariatkan bukan bermaksud bagi sesiapa yang meraikannya telah melakukan penyelewengan terhadap agama.
Bukanlah semua perkara yang tidak disuruh oleh Nabi itu, maka ia tidak boleh dilakukan secara mutlaq. Sebagai contoh poligami. Poligami itu bukan budaya Islam, bahkan Islam tidak mengarahkan umatnya berpoligami, tetapi dalam masa yang sama juga Islam tidak melarang umatnya berpoligami. Amalan berpoligami telah dilakukan oleh umat sebelum ini lagi, yakni sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Namun, Islam hadir mendisiplinkan umatnya mengenai keharusan berpoligami, bukan melarangnya.

Apa yang perlu ditekankan dalam memaknai citra sambutan Maulid Nabi ialah mengingati kembali nilai-nilai dan hikmah yang terkandung tentang kenapa Rasulullah diutuskan. Lihatlah sebahagian pandangan Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah, ketika beliau menyebut tentang menyambut Maulid Nabi :

"Memuliakan kebesaran hari Maulid Nabi dan mengambil (peringatan) secara bermusim telah dilakukan sebahagian manusia, dan ia menjadikannya sambutan tersebut memiliki nilai yang begitu bermakna, maksudnya yang baik, bertujuan memuliakan Rasulullah S.A.W. Begitupun sesuatu yang baik dilakukan sebahagian mereka ini dianggap buruk oleh sebilangan orang Mukmin yang lurus (sukar bertolak ansur). Sikap tolak ansur ada pada akhlak Imam Ahmad ketika beliau ditanya mengenai tindakan seorang penguasa yang menginfakkan wang 1000 dinar untuk memperindah Mushaf Al Quran. Lalu Imam Ahmad menjawab, biarkan dia, itu adalah infaq yang paling bagus pada harta emasnya" [ rujuk: Iqtida' Sirat Al Mustaqim, Ibn Taimiyyah hal.297 ]

Padahal menurut mazhab feqah ulama Hanabilah (Ulama bermazhab Hanbali - Imam Ahmad Ibn Hanbal), memperindahkan Mushaf Al Quran adalah makruh. Sebaliknya, Imam Ibn Hanbal mengharuskan pula perbuatan tersebut. Apapun ia adalah natijah daripada pandangan Imam Ahmad yang mengetahui tujuan sebenar tindakan penguasa tersebut.
Tulisan ini bukanlah untuk menjustifikasikan kemestian menyambut "Maulid Nabi", tetapi tulisan ini sebagai pencerahan agar kita bersikap lapang dada, tidak asyik bergelumang dengan pertikaian-pertikaian furu'iyyah dan tohmahan-tohmahan "sesat orang itu" atau "sesat orang ini", sehingga menimbulkan tuduhan kafir-mengkafir sesama saudara. Fahamilah ilmu Allah itu sangat luas, dan setiap ulama memiliki disiplin ilmu masing-masing. Para ulama hadis berbeza disiplinnya dengan ulama dakwah, manakala disiplin ulama dakwah berbeza dengan ulama feqah, begitu juga disiplin ulama feqah berbeza dengan ulama tasawwuf. Apa yang penting masing-masing mesti saling kuat-menguatkan antara satu sama lain, bukannya tuduh-menuduh dan jatuh menjatuhkan.

Sambutan Maulid Nabi hanyalah sebuah platform alternatif bagi dakwah 'ammah, mendidik masyarakat di seluruh dunia yang tidak pernah bertemu Nabi merasai nikmat yang begitu besar Allah turunkan di atas muka bumi ini. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa masih ramai yang tidak mengenali Rasulullah S.A.W sama ada dari aspek pemikiran, peribadi, akhlak, politik, pendekatan dan keseluruhan cara hidup Baginda S.A.W. Jika kita merujuk kepada sejarah penulisan Sirah Rasulullah S.A.W, ia telah pun dimulakan oleh Para Sahabat seperti Abu Rafi Mawla yang telah menulis tentang sifat solat dan ibadah Baginda. Ini termasuk Sahl bin Abi Hathmah Al Madani Al Ansari dan ‘Abd Allah bin ‘Amru bin Al ‘As. Penulisan sirah Rasulullah S.A.W secara sistematik telah dimulakan oleh Ulama' Muhaddithun yang juga ahli sejarah seperti Sa`id bin Al Musayyib Al Makhzumi, ‘Urwah bin Al Zubayr bin Al ‘Awwam and Abu Fadalah ‘Abd Allah bin Ka’b bin Malik Al Ansari, Syurahbil bin Sa’ad.

Penulisan sirah Rasulullah S.A.W kemudiannya kian popular ketika zaman Muhammad bin Ishaq yang telah menulis kitab Kitab "Al Mubtada’ wa Al Mab`ath wa Al Maghazi" iaitu buku yang membincangkan secara terperinci kehidupan Baginda bermula kelahiran hingga kewafatan. Ini diikuti oleh Muhammad bin ‘Umar Al Waqidi yang menulis Kitab "Azwaj An Nabiyy", Kitab "At Tarikh wa Al Maghazi wa Al Mab`ath" dan Kitab "Wafat An Nabiyy" dan Kitab "Al Maghazi". Kitab Sirah yang menjadi rujukan utama hingga kini telah ditulis oleh ‘Abd Al Malik bin Hisham (Ibnu Hisham) melalui karyanya yang masyhur iaitu Kitab "As Sirah An Nabawiyyah". Ulama-ulama lain yang turut merekodkan tentang perihal Rasulullah S.A.W ialah Imam Abi Nu'aim Al Asfahani yang menulis Dala’il An Nubuwah, Imam At Tirmizi yang menulis "As Syama’il", Imam As Sayuti menulis "Syama'il As Syarifah". Ibnu Hazm yang terkenal sebagai pendiri mazhab Zahiri juga turut menulis sirah Nabi yang berjudul "Jawami' As Sirah".

Sumber-sumber tersebut telah menghasilkan tulisan-tulisan yang boleh dijadikan rujukan dalam memahami perjalanan hidup Nabi, antaranya ialah :
"Ar Raheq Al Makhtum" oleh Sheikh Shofi'urrahman Al Mubarakfuri
    "Al Fushul fi Ikhtishari Siratur Rasul Salallahu ‘Alaihi wa Sallam" oleh Ibnu Katsir
    "Al Wafa’ bi Ahwal Al Musthafa" oleh Ibnu Jauzi
    "Feqh Sirah" oleh Sheikh Muhammad Ghazali
    "Fiqh Sirah An Nabawiyyah" oleh Muhammad Sa’id Ramadan Al Buti
    "Siratun Nabawiyyah : Durus wa 'Ibar" oleh Dr. Mustafa As Siba'ie
    "Al Manhaj Al Haraki lis Siratin Nabawiyah" oleh Dr. Munir Muhammad Al Ghadban
    "Hayat Muhammad" oleh Muhammad Husain Haykal
    "As Sirah An Nabawiyyah : Tarbiyah Ummah wa Bina' Ad Daulah" oleh Syeikh Soleh Ahmad As Shami
    "Nurul Yaqin fi Sirah Sayyidil Mursalin" oleh Sheikh Al Khudoriy
    "Sirah An Nabawiyyah" oleh Dr. Mohamad Ali As Solabi
    "Dirasah fi Sirah" oleh Dr. 'Imaduddin Kholil
    "Muhammad Salallahualaihi Wasalam" oleh Sheikh Mohamad Redha dan banyak lagi.
 Terdapat juga buku-buku lain yang menceritakan perihal Baginda S.A.W dalam bahasa selain Arab, sebagai contoh :
"Prophet Muḣammad & His Mission" oleh S. Athar Husain
    "Muhammad, The Messenger Of Islam : His Life and Prophecy" oleh Hajjah Amina Adil
    "The Messenger Of God Muhammad : An Analysis of the Prophet’s Life" oleh M. Fethullah Gulen (tokoh pemikir Islam dari Turki)
    "Prophet Muhammad & His Family : A Sociological Perspective" oleh Shamim Aleem
    "Muhammad : Prophet & Statesman" oleh William Montgomery Watt
    "Muhammad : Prophet For Our Time (Eminent Lives)" dan "Muhammad : Western Attempt To Understand Islam" oleh Karen Armstrong (seorang orientalis yang menulis tentang sirah nabawiyah dengan pendekatan ‘ilmiah’)
    "Introducing Muhammad" oleh Ziauddin Sardar (tokoh pemikir Islam dari Iran)

    Di samping itu, terdapat juga koleksi rujukan dalam bentuk cakera padat seperti "The Life of the Last Prophet", sebuah audio biografi oleh Yusuf Islam.

    Terdapat buku-buku dalam bahasa Melayu yang menceritakan perihal Nabi Muhammad S.A.W dan perjuangannya secara terperinci, antaranya oleh :
      "Feqh Al Harakah Dari Sirah Nabawiyyah" oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang     "Sirah Nabawiyyah : Insan Teladan Sepanjang Zaman" oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
    Terdapat juga tulisan mengenai Rasulullah S.A.W yang ditulis dengan bahasa-bahasa puitis karangan Sasterawan Negara, A.Samad Said berjudul "Al Amin".

    Ada juga tulisan-tulisan yang berkonsepkan pembelaan kepada Rasulullah S.A.W, antara judul-judul buku yang berkisar tentang konsep tersebut ialah :
       "Bidayah As Sul fi Tafdhil Ar Rasul" oleh Al Imam Sheikh 'Izzidin Abd Salam     "As Sorim Al Battar" oleh Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah     "An Nifaq wal Munafiqun fi Ahdi Rasulillah Salallahualaihi Wasalam" oleh Dr. Ibrahim Ali Salim     "Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W : Implikasi Hukum, Menelusuri Sejarah & Isu Kontemporari" oleh Riduan Mohamad Nor dan Mohd Asri Mat Daud.
    Umat Islam sangat wajar untuk memiliki sekurang-kurangnya senaskhah sirah Rasulullah S.A.W sebagai koleksi bacaan peribadi, kerana memahami dan meneladani Rasulullah S.A.W merupakan suatu kewajipan bagi semua umat Islam sebagaimana Para Sahabat mengajar nasihat-nasihat Baginda S.A.W kepada generasi mereka saban waktu. Perkara ini tidak akan dapat dicapai melainkan melalui proses pencarian ilmu. Dalam aspek ini, sememangnya kita telah disajikan dengan pelbagai koleksi rujukan mengenai kehidupan Rasulullah S.A.W. Hanya tinggal kini ialah kemahuan, keazaman, keiltizaman diri untuk belajar memahami dan meneladani seterusnya mendidik jiwa dan rohani untuk mengasihi Rasulullah S.A.W.

    Ini kerana, sekalipun keharusan menyambut perayaan Maulid Nabi itu adalah wajar dan dibenarkan, umat Islam mestilah mengerti bahawa mencintai Nabi Muhammad S.A.W sepatutnya tidak bermusim, bahkan mestilah kita mencintai Nabi Muhammad sepanjang hayat kita, dengan makna mematuhi segala arahan, mentaati segala suruhan, menuruti Sunnah Baginda dan menjadikan Baginda S.A.W sebagai uswah yang menghiasi akhlak dan peribadi kita. Lalu di saat tibanya waktu maulid yang istimewa ini, ambillah kesempatan untuk menulis mengenai sirah Nabi Muhammad S.A.W. WAllahua'alam

    Rabu, November 23, 2011

    Siapa Wanita Cantik?



    Wanita cantik ialah:
    1.Melukis kekuatan melalui masalah
    2.Tersenyum saat tertekan
    3.Tertawa saat hati sedang menangis
    4.Tabah di saat terhina
    5.Mempersona kerana memaafkan
    6.Mengasihi tanpa balasan
    7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…
    Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

    1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
    seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjayamemanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

    2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
    percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

    3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
    bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

    4)TABAH DI SAAT TERHINA
    setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

    5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
    bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

    6)MENGASIHI TANPA BALASAN
    kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

    7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

    dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

    P/S PDH : Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang. Cantik itu subjektif!


    © Kimo

    Isnin, November 21, 2011

    Cetakan Kedua

    Klik untuk besarkan gambar

    @ Ini buku saya untuk cetakan yang kedua. Saya terbitkan semula untuk tatapan pelajar-pelajar saya terutamanya untuk ahli Kelab Jurnalistik sekolah. Cetakannya terhad, cukup-cukup terhad. Sudah habis dijual pada hari saya mempromosikannya kepada pelajar.
    @ Kandungannya sama sahaja, cuma ubah suai kulit hadapan dan sedikit dari kata-kata aluan saya.
    @ Bagi yang mahukannya, maaf sebanyak-banyaknya kerana buku ini sudah habis.......

    Jumaat, November 18, 2011

    Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad Umat Nabi Hud AS

    Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.



    Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.


    Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.


    Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

    Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?





    Penemuan Arkeologi di Kota Iram


    Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran.

    Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini.

    Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik

    selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia".

    Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab.

    Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

    Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar.

    Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California.

    Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan.

    Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit.

    Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir.

    Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran .












    Selasa, November 01, 2011

    10 Perkara Tentang Israel Yang Kita Tidak Tahu

    "Sebenarnya banyak perkara yang yahudi sembunyikan pada pengetahuan umum. Ini adalah 10 daripadanya."


    1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya. Kadar pengguna rokok di sana semakin menurun dari masa ke semasa.
    Peratus Pegguna Rokok Di Dunia. Israel Berwarna Hijau
    2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Namun ilmu itu hanya untuk orang luar kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
    3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
    4) McDonald di Israel dibuka pada tahun 1993 (lewat berbanding negara-negara lain). Mereka telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan kafein yang berbahaya.
    5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk, lemah dan sukar untuk memahami pelajaran di sekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

    6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya. Gambar-gambar penggalian boleh di dapati di sini.
    7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri dan antisipasi.
    8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
    9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
    10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.