fm

Jumaat, November 18, 2011

Penemuan Manusia Raksasa Kaum 'Ad Umat Nabi Hud AS

Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab telah menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.



Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.


Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.


Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?





Penemuan Arkeologi di Kota Iram


Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran.

Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini.

Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik

selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia".

Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab.

Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.

Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar.

Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California.

Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan.

Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit.

Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir.

Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran .












Selasa, November 01, 2011

10 Perkara Tentang Israel Yang Kita Tidak Tahu

"Sebenarnya banyak perkara yang yahudi sembunyikan pada pengetahuan umum. Ini adalah 10 daripadanya."


1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya. Kadar pengguna rokok di sana semakin menurun dari masa ke semasa.
Peratus Pegguna Rokok Di Dunia. Israel Berwarna Hijau
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Namun ilmu itu hanya untuk orang luar kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di Israel dibuka pada tahun 1993 (lewat berbanding negara-negara lain). Mereka telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan kafein yang berbahaya.
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk, lemah dan sukar untuk memahami pelajaran di sekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya. Gambar-gambar penggalian boleh di dapati di sini.
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri dan antisipasi.
8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun.

Sabtu, Oktober 22, 2011

Pensyarah Melayu Pertama di Universiti Oxford

Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi - Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.

Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) - penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.

Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima [Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dariUniversiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.

Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.Dr.Al.Akiti juga tersenarai dalam Top 500 Muslim Paling Berpengaruh pada 2010. 

Mampu menguasai 7 Bahasa : Bahasa Melayu, Arab, Perancis, Inggeris, Jerman, Klasik Barat (Latin dan Yunani).Pada 2011, Dato' Dr Afifi Al-Akiti telah di anugerahkan Darjah Paduka Mahkota Perak di mana ia membawa kepada gelaran "Dato'".

Dapatkan lebih info mengenai beliau disini "Dr. Muhammad Afifi al-Akiti" 

P.Ramlee - Lagu


P.Ramlee hanya hadir ke sekolah sebanyak 10 hari dalam sebulan. Selebih hari-harinya banyak dihabiskan dengan ke sana ke mari mengikut pasukan pancaragam.


Sejak kecil lagi P.Ramlee memang berminat bermain muzik. Tidak hairanlah jika banyak masa dihabiskan di rumah Tuan Kamaruddin untuk belajar bermain gitar dan biola.

P.Ramlee juga menjadi penyusun lagu-lagu pancaragam bernama Mustika. Ketika itu P.Ramlee mula mencipta lagu seperti Azizah, Baidah, Abang Dollah, Mee Jawa, Joget Melayu, Malam Thaipusam, dan Padang Kota.

P.Ramlee menyertai pertandingan menyanyi di Radio Malaya, Pulau Pinang kali pertama pada 1945. Tempat ke-4 pada tahun itu dan melonjak ke tempat ke 2 untuk tahun berikutnya. Menjadi juara penyanyi untuk Utara Malaya anjuran Radio Malaya.


Kemudian bakat P.Ramlee berkembang setelah beliau berhijrah ke Singapura. Lagu-agu ciptaannya banyak dimuatkan dalam filem-filem Malay Film Productions di Singapura dan Merdeka Film Productions di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1951, lagu-lagu P.Ramlee mula direkodkan di dalam piring hitam. Kebanyakan lagu adalah dari filem-filem lakonannya. Banyak pengalaman yang ditempuhinya dalam usahanya merakam lagu.

Lagu-lagu P.Ramlee tidak bosan kita mendengarnya, bahkan indah kedengaran ditelinga kita. Pembawaan suaranya menggema merdu, lagu-lagunya membawa irama manis. Menjadi nyanyian dan siulan umum. Terkenalnya lagu-lagu itu bertambah terpuja nama P.Ramlee sebagai bintang filem dan sebagai biduan.

Menurut P.Ramlee, mencipta lagu adalah bergantung kepada jiwa penciptanya. Jika pencipta sesuatu lagu itu sedang dirundung duka, maka lagu yang terhasil dia tidak dapat melahirkan satu lagu yang berirama gembira. Jika pencipta lagu itu sedang bergembira, dia tidak dapat menggambarkan bagaimana tekanan jiwa yang duka.

P.Ramlee juga menekankan penciptaan lagu bukanlah paksaan. Tetapi bergantung kepada ilham yang datang. Kesinambungan antara irama dan lagu perlu. Banyak proses yang perlu dubuat untuk menghasilkan sesebuah lagu. Itulah dapur seorang ahli musik yang menyiapkan resepi dan bumbunya untuk hidangan umum.

Untuk mendengar lagu dendangan P.Ramlee dan menghayati lirik lagu berkenaan, di sini adalah sebahagaian daripada koleksi-koleksi yang telah berjaya dikumpulkan.

Berikut adalah lagu yang pernah dicipta, digubah ataupun dinyanyikan oleh P.Ramlee yang setakat ini yang telah diketahui. Atau dengan kata lain, lagu yang pernah direkodkan.


  • Aci Aci Buka Pintu
  • Aduh Sayang
  • Aduhai Sayang
  • Ahmad Albab
  • Ai Ai Twist
  • Aku Bermimpi
  • Aku Debuk
  • Aku Menangis
  • Aku Tak Berdaya
  • Aku Terpesona
  • Ala Payong
  • Alam
  • Alam Di Tiup Bayu
  • Alam Maya
  • Alangkah Indah Di Waktu Pagi
  • Alhamdulillah
  • Ali Baba Rock
  • Alunan Biola
  • Anak-Ku Sazali
  • Aneka Ragam
  • Angin Malam
  • Apa Guna Berjanji
  • Apabila Kau Tersenyum
  • Apek Dan Marjina
  • Asmara Bergelora
  • Asmara Datang Bersama Sang Bulan
  • Asmara Murni
  • Assalamualaikum
  • Awan Mendung Telah Tiba
  • Awas-awas Jangan Tertawan
  • Ayam Ayam
  • Ayer Mata
  • Ayer Mata Di Kuala Lumpur
  • Azizah
  • Bahagia
  • Bahtera Karam
  • Baidah
  • Barang Yang Lepas Jangan Di Kenang
  • Bawah Rumpunan Bambu
  • Bayangan Wajahmu
  • Beginilah Nasib
  • Belantara
  • Berdendang Ria
  • Berhati Lara
  • Berkorban Apa Saja
  • Bermandi-manda
  • Berpedati
  • Bersama
  • Bertamasha
  • Betapa Riangnya
  • Biarlah Aku Pergi
  • Bila
  • Bila Mama Pakai Chelana
  • Bila Tiba Masa
  • Bintang Hati
  • Bintang Sore
  • Bubor Sagu
  • Budi Dibawa Mati
  • Bujang Merempat
  • Bulan Dan Juga Angin
  • Bulan Jatuh Ke Riba
  • Bulan Mengambang
  • Bumiku Ini
  • Bunga Mekar
  • Bunga Melor
  • Bunyi Gitar
  • Burung Pungok
  • Chemara Jingga
  • Chemburu
  • Chinta
  • Chinta Abadi
  • Choraknya Dunia
  • Cik Cik Keboom
  • Dalam Air Terbayang Wajah
  • Dari Hati Ke Hati
  • Dari Masa Hingga Masa
  • Debaran Jiwa
  • Dendang Perantau
  • Dengar Ini Cherita
  • Dengarlah Kemala Hati
  • Dengarlah Rayuanku
  • Dengarlah Sang Ombak Berdesir
  • Derita
  • Dewi Ilhamku
  • Dewi Puspitaku
  • Di Bibir Mu Terlukis Kata
  • Di Mana Kan Ku Chari Ganti
  • Di Mana Suara Burong Kenari
  • Di Pinggiran
  • Di Pulau
  • Dia Dan Aku
  • Di Renjis-renjis Di Pilis
  • Di Telan Pahit Di Buang Sayang
  • Do Re Mi
  • Duka Berganti Suka
  • Dunia Hanya Pinjaman
  • Dunia Ini Hanya Palsu
  • Embun Menitik
  • Engkau Laksana Bulan
  • Enjit Enjit Semut
  • Entah Di Mana
  • Gadis Dan Terona
  • Gambus Jodoh
  • Gara Asmara
  • Gelang Suasa
  • Gelora
  • Gelora Asmara
  • Gelora Jiwa
  • Gerimis
  • Getaran Jiwa
  • Gitar Berbunyi
  • Gunung Payong
  • Hamidah
  • Hancur Badan Kandung Tanah
  • Hanya Angan Angan
  • Hanya Dikau
  • Harapan Bonda
  • Harapan Jiwa
  • Hari Feista
  • Hati Gelisah
  • Hati Muda
  • Hidup Berdua
  • Hidup Melarat
  • Hilang Terang Timbul Gelap
  • Hoi Hoi Yahoi
  • Hore-hore
  • Hujan Di Tengah Hari
  • Ibu
  • Ilham Tiba
  • Impian Kalbu
  • Inang Baru
  • Indahnya Sang Suria
  • Ingin Tahu
  • Inikah Suratan Hidup
  • Intan Menjadi Kacha
  • Irama Lagu
  • Istana Chinta
  • Isteri Yang Di Rindu
  • Itulah Sayang
  • Jangan Adek Angan Angan
  • Jangan Chemburu
  • Jangan Masam Muka
  • Jangan Tinggal Daku
  • Jari-jariku Sakit Semua
  • Jasa Perwira
  • Jeritan Batinku
  • Jikalau Abang Merindu
  • Jikalau Ku Tahu
  • Jodoh Ta' Ke Mana
  • Joget Istana
  • Joget Malaysia
  • Joget Pong Ketipang Pong
  • Joget Pura Chendana
  • Joget Si Pinang Muda
  • Joget Tari Lenggang
  • Juwita
  • Juwitaku Sayang
  • Kachang Goreng
  • Kalau Kacha Menjadi Intan
  • Kampung Nelayan
  • Kasihnya Ibu
  • Kata Dari Kalbu
  • Kau Turun Dari Kayangan
  • Kejamnya Manusia
  • Kelasi
  • Kelohanku
  • Kelohan Saloma
  • Keluarga 69
  • Kembara
  • Kenangan Abadi
  • Kenek Kenek Udang
  • Kerana Budi
  • Keronchong Kuala Lumpur
  • Ketipang Payong
  • Kesah Rumah Tangga
  • Kesah Mahjong
  • Kita Berdayung
  • Kolam Mandi
  • Ku Jejak Bekas Kakimu
  • Ku Kehilangan Kanda
  • Ku Kejar Bayangan
  • Ku Rela Ampun
  • Ku Rindu Padamu
  • Kumbang Dan Rama-rama
  • Kumbang Dengan Bunga
  • Kwek Mambo
  • Lagu Anak Rantau
  • Lama Aku Merana
  • Lanang Tunang Tak Jadi
  • Larut Malam
  • Lenggang Kangkong Baru
  • Maafkan Kami
  • Mabok Kepayang
  • Madahku
  • Madu Tiga
  • Makan Sireh Di Semerah Padi
  • Malam Bulan Di Pagar Bintang
  • Malam Ini Kita Berpisah
  • Malam Ku Bermimpi
  • Malam Minggu
  • Malam Tak Berguna
  • Manusia
  • Manusia Miskin Kaya
  • Mari Menari
  • Mari Panching Ikan
  • Masa Yang Bahagia
  • Mastura
  • Melodi Asmara
  • Melaka
  • Memikat Hati
  • Menceceh Bujang Lapok
  • Mengapa
  • Mengapa Abang Merajok
  • Mengapa Bintang Sembunyi
  • Mengapa Derita
  • Mengapa Membisu
  • Mengapa Pilu Saja
  • Mengapa Riang Ria
  • Mengapa Tak Berkawan
  • Mengapakah Laguku
  • Merak Kayangan
  • Merana
  • Merayu Asmara
  • Merayu Hati
  • Merpati Dua Sejoli
  • Mesra Ibu
  • Mutiara Permai
  • Nak Dara Rindu
  • Nasi Goreng
  • Nasib
  • Nasib Diriku
  • Nasib Malang
  • Nasib Si Miskin
  • Nasibnya Manusia
  • Nenek Nenek
  • Nilai Bangsa
  • Nujum Pa' Belalang
  • Nyanyian Asmara
  • Obat
  • Oh Bulan
  • Oh Manisku
  • Pabila Malam Tiba
  • Padang Kota
  • Panah Asmara
  • Panca Delima Hilang
  • Pantai Gurauan
  • Patah Tumbuh Hilang Berganti
  • Pelangi Hati
  • Penawar Hati
  • Penghidupan Baru
  • Permata Bonda
  • Perwira
  • Pesta Muda Mudi
  • Pok Pok Bujang Lapok
  • Pujaanku, Pujaanmu
  • Pukul Tiga Pagi
  • Puteri Bersiram
  • Putus Harapan
  • Putus Kaseh Di Semerah Padi
  • Putus Sudah Kaseh Sayang
  • Qadzaan Tuhan
  • Raga Musnah
  • Rambang Petang
  • Rantai Terlepas
  • Rantau Selamat
  • Rasam Dunia (Resam Rindu)
  • Rela Hamba Rela
  • Rindu Asmara
  • Rindu Hatiku Rindu
  • Rindu Hatiku Tidak Terkira
  • Rintihan Di Jiwaku
  • Rukun Islam
  • Saat Yang Bahagia
  • Sabar
  • Sabaruddin Tukang Kasut
  • Saling Kaseh
  • Sam Pek Eng Tai
  • Sampah Hanyut Terapong
  • Sang Rang Bulan
  • Sapu Tangan Tanda Kaseh
  • Satay
  • Saya Suka Berkawan (Gelora Chinta)
  • Sayu Pilu Kalbu Merana
  • Sejoli
  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit
  • Sejak Ku Bertemu Pada Mu
  • Sekapur Sireh Seulas Pinang
  • Seksa
  • Sekuntum Mawar
  • Selamat Berbahagia Wahai Kekaseh
  • Selamat Berjumpa Lagi
  • Selamat Hari Raya
  • Selamat Panjang Umur
  • Selamat Pengantin Baru
  • Semarak Hati
  • Semenjak Mata Bertentang
  • Semerah Padi
  • Senandung Kaseh
  • Senandung Malam
  • Senjakala
  • Senyap Dan Sunyi
  • Sepanjang Riwayatku
  • Seri Bulan
  • Seri Bunian
  • Seribu Satu Malam
  • Sesudah Suboh
  • Si Burung Pungok
  • Siapa Kanda
  • Sikit Kasi Banyak Minta
  • Simpulan Kaseh
  • Sindir Oh Sindir
  • Sua Sue Kemuning
  • Suara Takbir
  • Sukma Rindu
  • Sungguh Malangnya Nasibku
  • Sunyi Dan Senyap
  • Surat Chinta
  • Suria
  • Tak Guna
  • Tak Puas Mata Memandang
  • Tak Sabar Menanti
  • Tak Seindah Bunga
  • Taman Asmara
  • Taman Firdausi
  • Taman Puspawarna
  • Tangkap Ikan
  • Tari Panglima
  • Tari Silat Melayu
  • Tari Tualang Tiga
  • Tasek Madu
  • Telaga Hati
  • Temukanlah
  • Terbang Burung Terbang
  • Terbuku Di Kalbu
  • Terima Kaseh Banyak-banyak
  • Teruskan Lah
  • Tiada Kata Sechantek Bahasa
  • Tidurku Di Rumput Yang Basah
  • Tidurlah Pemaisuri
  • Tidurlah Wahai Sayang
  • Tiga Abdul
  • Tiga Sahabat
  • Timang Timang Anak
  • Ting Tara Tilala
  • Tinggal Impian
  • Tiru Macham Saya
  • Tolong Kami
  • Tudung Periuk
  • Tunggu Sekejap
  • Twist Malaysia
  • Ubat
  • Uda Dan Dara
  • Udara Nyaman
  • Ya Habibi Ali Baba
  • Yang Mana Satu Idaman Kalbu
  • Zapin Budaya
  • Zapin Malaysia
  • Zuraidah


Selasa, Oktober 18, 2011

Laut Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran

Lumut: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.

Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.

“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu. -hm

- Laut pun boleh tenang, inikan pula manusia....... (laut paham, manusia pulak tak paham-paham. Memamg la bengong)

Sabtu, Oktober 01, 2011

10 Negara Terkaya Dunia


10. Austria
Austria adalah negara pada urutan kesepuluh dalam daftar negara terkaya, dengan PDB per kapita mencapai US$ 39,711. Negara dimana permen dengan merek dagang PEZ ini ditemukan, memiliki populasi sebesar 8,41 juta, dengan sebagian besar berbahasa Jerman. Adapun industri utama Austria adalah konstruksi, makanan, dan logam.
9. Ireland
Ireland berada di posisi kesembilan, dengan PDB per kapita mencapai US$ 39.999. Negara dengan jumlah penduduk sebanyak 4,58 juta orang ini menggantungkan ekonominya pada industri utama logam, makanan, dan tekstil.
8. Belanda
Dengan PDB per kapita mencapai US$ 42.447, Belanda menempati posisi kedelapan, Runner up Piala Dunia 2010 ini dikenal untuk tingkat pengangguran yang rendah, dengan populasi mencapai 16,68 juta. Adapun industri utamanya mencakup pertanian, logam, dan produk rekayasa.
7. Swiss
Meskipun dunia mengenal Swiss dari penemuan berupa pisau Swiss Army dan coklatnya lezat, Swiss sebenarnya adalah negara yang bagus bagi investor. Mereka mengklaim PDB per kapita mencapai US$ 46.424 dengan jumlah penduduk 7,86 juta orang. Adapun perekonomian Swiss didasarkan pada industri pariwisata, mesin, dan bahan kimia.
6. Amerika Serikat
Amerika Serikat menempati posisi keenam negara terkaya dengan PDB per kapita US$ 47.084. Tanah kebebasan ini merupakan salah satu negara terpadat di dunia, dengan populasi lebih dari 310 juta penduduk. Industri utamanya meliputi minyak bumi, baja, dan kendaraan bermotor.
5. Singapura  


Satu-satunya negara di benua Asia Tenggara yang berhasil masuk daftar ini adalah Singapura, dengan PDB per kapita mencapai US$ 56.797. Singapura adalah sebuah negara dengan 63 pulau dan rumah bagi 5,07 juta penduduk. Adapun industri utamanya mencakup elektronik, kimia, dan jasa keuangan.
4. Norwegia
Sedangkan di posisi keempat negara terkaya adalah Norwegia, dengan PDB per kapita mencapai US$ 56.920. Kerajaan Norwegia adalah salah satu dari beberapa negara dunia yang masih diperintah seorang raja. Negara dengan populasi mencapai 4,97 juta orang ini wilayah strategis ekonomi ini, memiliki minyak bumi dan gas alam, dan pengolahan yang bagus.
3. Uni Emirat Arab
Uni Emirat Arab dengan PDB per kapita sebesar US$ 57.774 menjadi negara terkaya ketiga dunia. Negara yang memiliki Dubai Mall, pusat perbelanjaan terbesar dunia ini, terdiri dari tujuh emirat dan diatur oleh presiden. Uni Emirat Arab juga rumah bagi 8.260.000 orang dan mengkhususkan diri dalam minyak bumi, petrokimia, aluminium, dan semen.
2. Luksemburg
Di posisi kedua adalah Luksemburg, dengan PDB per kapita US$ 89.562. Meskipun merupakan negara Eropa yang kecil, bahkan lebih kecil dari Rhode Island, Luksemburg memiliki bahasa sendiri yaitu Luxembourgish. Selain menggunakan dua bahasa lain yakni Prancis dan Jerman. Penduduk disini tidak banyak, hanya 0,51 juta orang. Sedangkan industri terbesar adalah perbankan, jasa keuangan, besi dan baja.
1.Qatar
Adapun negara yang menduduki peringkat pertama terkaya berdasarkan PDB adalah Qatar, dengan PDB mencapai US$ 91.379 per kapita. Negara penyelenggara Piala Dunia pada 2022 mendatang ini memiliki populasi sebanyak 1,69 juta penduduk. Seperti banyak negara-negara Timur Tengah, produksi minyak mentah dan penyulingan memainkan peran besar bagi pendapatan negara ini.[businessinsider]