fm

Khamis, Jun 09, 2011

Amalan Agama Menjadikan Hidup Sihat

Ada yang kata, agama adalah penunjuk jalan yang benar yang membuat hidup kita sihat dan lebih baik. Kalau menurut Anda itu klise, sebuah kajian membuktikannya.

Apakah agama membuat kehidupan seseorang jadi lebih baik?

David Hayward, pengkaji dari Duke University menyatakan bahawa aktiviti keagamaan dan penglibatan seseorang dalam kelompok agama, ternyata membuatkan hidupnya menjadi lebih sihat. Kajiannya mendapati hubungan antara keadaan otak, kesihatan, dan agama.

Seperti dilaporkan dalam jurnal PLoS ONE (Public Library of Science ONE), Hayward membuat kajian ke atas 268 orang yang berusia antara 58–84 tahun. Mereka ditanya mengenai penglibatan mereka dalam kumpulan keagamaan dan aktiviti keagamaan.

Lalu dengan scan MRI, para pengkaji melihat perkembangan hippocampus mereka selama 2–8 tahun. Hippocampus adalah bahagian otak yang memberi risioko tekanan dan penyakit Alzheimer di usia tua.

Hasilnya, orang yang menjalani kehidupan beragama, cenderung memiliki ukuran hippocampus yang lebih kecil. Kajian mereka sebelum ini menunjukkan bahawa semakin kecil hippocampus, semakin baik pula keadaan kesihatan seseorang.

“Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang terlibat dalam kelompok keagamaan memiliki keadaan kesihatan lebih baik di usia tua berbanding dengan mereka yang tidak. Tapi keadaan ini berbeza-beza pada setiap orang,” ujar David Hayward.

Tips Menggunakan Komputer Agar Mata Tidak Rosak


Tidak hanya menyebabkan mata menjadi letih, menatap skrin komputer terlalu lama juga boleh merosakkan mata. Untuk mengelakkan perkara tersebut tidak terjadi, berikut beberapa cara menggunakan komputer yang tepat. Menurut sebuah kajian, skrin komputer tidak memancarkan radiasi berbahaya seperti sinar X atau cahaya ultraviolet.

Jadi, keletihan yang biasa terjadi semasa menatap skrin komputer terlalu lama bukan kerana paparan sinar monitor, melainkan oleh faktor lain, seperti yang dikutip dari lifemojo.
Faktor lain tersebut adalah pencahayaan yang buruk, posisi komputer atau barang lain yang tidak betul. Ketegangan yang berlebihan pada mata atau yang biasa disebut Computer Vision Syndrome dapat mengakibatkan mata gatal atau terasa terbakar, penglihatan kabur serta sakit kepala.
Beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk melindungi mata dari keletihan dan ketegangan. Perkara yang paling utama dan harus dilakukan adalah pengaturan posisi komputer dan pencahayaan. (Ergonomik)
1. Jauhkan komputer kurang lebih 20-30 inci atau lebih kurang sepanjang lengan dari mata anda. Usahakan agar monitor sejajar dengan arah pandang mata anda.
2. Sengetkan skrin monitor ke belakang sebanyak 19 hingga 20 darjat. Ini berguna untuk mendapatkan jarak pandang yang optimal.
3. Atur cahaya monitor agar tidak terlalu silau atau terlalu redup. Jika cahaya terlalu terang, gunakan filter atau pelindung anti-silau. Jangan lupa untuk mengatur brightness untuk mendapatkan kontras yang tepat antara huruf dan latar belakang. Jika melihat adanya flicker pada skrin komputer, sebaiknya monitor diganti segera.
4. Jika terpaksa membaca dokumen yang panjang atau menggunakan komputer dalam waktu yang lama, cubalah untuk menggunakan skrin komputer serta ukuran huruf yang lebih besar. Ada baiknya menggunakan skrin komputer LCD kerana lebih boleh diterima dengan baik oleh mata.
5. Gunakan kerusi yang dapat di’adjust’ rendah-tinggi dan ada penyandar. Selain itu, gunakan juga meja yang stabil dan tidak mudah goyang.

Rabu, Jun 08, 2011

Surat Kepada Bill Gates


Yang Dihormati Tuan Bill Gates,


Saya ada membeli komputer untuk kegunaan di rumah dan saya kenal pasti beberapa masalah yang mungkin Tuan terlepas pandang.

1. Di dalam sistem terdapat butang 'START' tetapi saya dapati tidak ada butang 'STOP'. Saya minta Tuan tolong periksa?
2. Saya sudah pelajari 'Microsoft Word', sekarang saya mahu pelajari 'Microsoft Sentence'. Bila Tuan akan menjualnya ?
3. Di dalam komputer saya terdapat 'Microsoft Office', bagaimana dengan 'Microsoft Home' kerana saya menggunakan komputer ini di rumah ?
4. Satu soalan peribadi. Nama Tuan adalah 'Gates', tetapi Tuan menjual 'Windows' kenapa tidak 'Doors'?

Saya menanti jawapan Tuan.

Sekian Terima kasih,

Selasa, Mei 10, 2011

Aku Dan FB (;-D)

Anda sudah lama tidak ke Facebook. Anda telah menerima makluman semasa anda tiada.
1 mesej    11 foto ditanda        28 permintaan menjadi rakan

Kepada sesiapa yang mahu 'add' saya, pesanan saya.....lupakan sahaja hasrat tu kerana saya takkan tambah sesiapa lagi jadi kawan saya. Bukan tak mahu, cuma tak dapat nak bahagikan masa untuknya. Ok....Apa pun terima kasih kerana sudi nak 'add' saya...saya takkan 'add' sesiapa pun...

Isnin, Mei 09, 2011

Biodata Musuh Kita

Sudah kita ketahui siapa itu iblis, dan disini kami akan expandkan tentang data diri iblis secara ringkas. Diharapkan keterangan ini dapat menjadikan diri-diri kita semakin waspada atas tipu daya iblis dan jangan termasuk dari rakan,pembantu,sahabat dan sebagainya.
Nama : Iblis
Kedudukan : Pemimpin tertinggi syaitan jin dan syaitan manusia.
Nama Gelaran : Laknatullah
Lahir :Sebelum Dicipta Nabi Adam AS
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud” (lihat QS.Al-A’raf:11)
Tempat tinggal :Tempat-tempat yang kotor, tandas, dan rumah-rumah manusia yang terdapat gambar & patung, serta rumah yang tidak disebutkan Nama Allah ketika orang memasukinya.
“Apabila salah satu di antara kamu bangun dari tidur hendaknya berwudhu dan mengeluarkan air hidung tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam di lubang hidungnya.” (HR. Muslim 1/146).
“Sesungguh syaitan itu berjalan di dlm diri anak Adam melalui aliran darah.”
Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Apabila sudah hampir tenggelamnya matahari, maka boleh kamu lepaskan anak-anakmu dan tutuplah pintu rumah dan bacalah bismalah, kerana syaitan tidak boleh membuka rumah yang tertutup.” (HR. Bukhari 7/145)
Dari Ibnu Abbas RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda : (Sesungguhnya kami para) Malaikat tidak masuk rumah yang didalamnya ada anjing dan gambar” (HR Bukhari & Muslim, dengan lafaz Muslim). Dalam riwayat Ibnu Umar “(Sesungguhnya kami para) Malaikat tidak masuk rumah yang didalamnya ada anjing dan gambar.”.
Dari Zaid bin Khalid dari Abi Talhah secara marfu’: “Malaikat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada anjing dan patung (gambar).” (HR Muslim).
Kemampuan : Tidak dapat mengetahui yang ghaib, namun dia dapat berubah bentuk menyerupai wujud manusia, hantu, anjing hitam, ular atau wujud lainnya.
“Katakanlah: ‘Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah’, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.” (Lihat QS.An-Naml: 65)
“Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia tersungkur, tahulah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak tetap dalam siksa yang menghinakan.” (lihat QS.Saba:14)
Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya di Madinah terdapat golongan jin yang telah masuk Islam, maka jika kalian melihat sebagian mereka –dalam wujud ular– berilah peringatan tiga hari. Dan apabila masih terlihat olehmu setelah itu, bunuhlah ia, kerana sebenarnya dia adalah syaitan.” (HR. Muslim no. 2236 dan 139 dari Abu Sa`ib, maula Hisyam bin Zuhrah) [3]
Agama :Kafir
Bentuk rupa : Ghaib, ia dan keturunannya tidak mudah dilihat.
“Sesungguhnya ia (syaitan) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” (Lihat QS.Al-A’raf: 27)
Sifat :Sombong.
“Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?’ Iblis menjawab, ‘Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang Engkau ciptakan dia dari tanah’ (Lihat QS.Al-A’raf: 12)
Bahasa: Dapat mengetahui semua bahasa manusia, punya kemampuan membaca, memahami, berbicara dan berkomunikasi.
Jurucakap: Paranormal, Dukun, Bomoh dan penyebar ideologi-ideologi sesat.
…kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita)yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang (QS.Al Hijr:18)
“Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki diantara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Al-Jin: 6) (Lihat Qa’idah ‘Azhimah, hal. 152)
“Syaitan memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitan angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka”. (QS.An-Nisaa’:120)
Pembantu :Kaum wanita yang menampakkan aurat
Rasulullah SAW bersabda : “Wanita itu adalah aurat, apabila ia keluar rumah maka syaitan menghias-hiaskannya (membuat indah dalam pandangan laki-laki sehingga ia terfitnah)”. (HR. At Tirmidzi, disahihkan dengan syarat Muslim oleh Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi`i dalam Ash Shahihul Musnad, 2/36).
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian berketurunan (generasi) di atasnya, lalu Dia akan melihat bagaimana kalian berbuat. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya.” (Shahih, HR. Muslim)
“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” (Shahih, HR. Bukhari dan Muslim)
Masa Bekerja: Sampai hari kiamat.
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan” (Lihatlah QS.Shaad:79)
Kaki Tangan : Orang kafir, Fasik, Murtad, dan Munafik.
“Orang-orang membazir adalah saudara-saudara syaitan” (Lihat QS.Al-Isra:27).
Kekasih di Dunia: Para penjudi, peminum arak, penzina dan mereka-mereka yang membuat maksiat kepada Allah Ta’ala.
“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu dan berjudi itu dan menghalangi kamu untuk untuk mengingat dan solat”. (QS.Al-Maa’idah:91)
Musuh utama: Para Nabi dan Ulama yang memikul tugas kenabian.
“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh(mu)”. (Lihat QS.Fathir:6)
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh yaitu syaitan-syaitan manusia dan jin sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yg lain perkataan-perkataan yg indah-indah utk menipu” (Lihat QS.Al-An’am:112).
Musuh Ketat: Setiap orang mukmin.
“Maka kami berkata: “Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi istrimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka”. (Lihat QS.Thaha:117)
Hobi : Berbuat jahat, merosak dan menjerumuskan manusia dan Jin ke dalam kekufuran dan menyesatkan mereka sejauh-jauhnya.
“Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, Maka Sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar” (Lihat QS.An-Nur: 21)
Cita-Cita: Menjadikan seluruh manusia dan jin menjadi sesat dan kafir dan menjadi pengikutnya.
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya”. (lihat QS.Al-Hijr:39)
Selepas melihat data Iblis di atas, mari kita muhasabah diri kita janganlah termasuk dalam senarai.

Pahala-pahala Berjemaah Di Masjid

1. Sebelum berjalan ke masjid, ketika seseorang berwuduk di rumahnya, bukan berwuduk di masjid, dia telah mendapatkan pahala atas wuduknya.
2. Ketika dia memakai pakaian dan wangi-wangian dengan niat kerana akan masuk masjid, maka dia akan mendapat pahala tersendiri. Kerana Allah SWT telah memerintahkan agar seseorang berhias setiap masuk masjid.
3. Ketika seseorang berjalan ke masjid dengan melangkahkan kaki, maka tiap langkah kakinya itu mendapatkan kebaikan tersendiri yang mendatangkan pahala.
4. Ketika masuk masjid, seseorang akan mendapat pahala bila membaca doa masuk masjid.
5. Masih ketika masuk masjid, dia juga akan mendapatkan pahala ketika melangkah dengan kaki kanannya.
6. Setelah masuk masjid, seseorang akan mendapat kesempatan mendapatkan pahala dari solat tahiyatul masjid.
7. Kemudian ketika seseorang duduk di masjid sambil menunggu datangnya waktu solat, dia sudah dikira melakukan iktikaf bila dia meniatkannya. Menurut mazhab As-syafi’iyah, iktikaf boleh dilakukan asalkan dengan niat dan berdiam di masjid, meskipun hanya sesaat saja.
8. Begitu azan berkumandang, dia juga akan mendapatkan kesempatan mendapatkan pahala tersendiri dengan mendengarkan azan dan menjawabnya.
9. Setelah mendengar azan, dia akan mendapatkan kesempatan mendapatkan kebaikan lagi ketika membaca doa selepas azan.
10. Selesai doa azan, dia akan mendapatkan lagi kesempatan mendapat pahala dengan solat sunnah qabliyah.
11. Setelah iqamat,lalu imam mengatur barisan, dia akan mendapatkan pahala lagi bila ikut memperhatikan imam dan mengatur barisannya agar lurus dan rapat.
12. Pada saat solat jemaah dilaksanakan, dia akan mengikuti semua gerakan imam dengan baik. Kalau imam berdiri, maka dia berdiri, kalau imam rukuk, maka dia rukuk, kalau imam sujud maka dia ikut sujud. Semua tindakannya mengikuti imam itusudah mendatangkan pahala tersendiri.
13. Ketika imam sampai pada bacaan “waladhdhaallin”, maka dia menjawab, “amiin.” Jawaban itu mendatangkan pahala tersendiri.
14. Dia juga akan mendapatkan pahala tersendiri ketika mengucapkan salam ke kanan dan ke kiri, dibandingkan saat solat sendirian di rumah, atau berjemaah di rumah. Kerana salam itu doa untuk orang yang di kanan dan kirinya. Dan kerana di masjid jumlah jemaahnya lebih banyak, maka doa yang akan diterimanya jauh lebih banyak.
15. Selesai solat wajib, dia akan mendapatkan pahala lagi bila membaca beberapa zikir atau doa.
16. Kemudian kesempatan berikutnya lagi adalah ketika dia melakukan solat sunnah ba’diyah solat.
17. Di dalam masjid, dia tentu akan bertemu dengan banyak jemaah solat lainnya. Ketika bertemu dan memberi salam, dia akan mendapatkan pahala tersendiri.
18. Sambil memberi salam, apabila dia juga berjabat tangan, maka dia pun akan mendapatkan pahala tersendiri.
19. Senyumnya kepada sesama saudaranya adalah sedekah. Dan ini akan menambahlagi kesempatannya untuk mendapatkan pahala.
20. Ketika hendak berpisah dengan sesama jemaah di masjid, maka dia akan mendapat pahala bila mengucapkan salam atau membalas salam.
21. Dia juga akan mendapatkan pahala bila diikuti dengan berjabat tangan ketika akan berpisah dengan sesama muslim.
22. Ketika pulang dari masjid, dia membaca doa keluar masjid. Hal itu menambah lagi pahalanya.
23. Di masjid terbuka kesempatan untuk berinfaq, maka bila dia memanfaatkan kesempatan itu, dia akan mendapatkan pahala tersendiri dari berinfaq.
24. Di dalam masjid seringkali digelar khutbah atau majelis ilmu (kultum). Bila dia mendengarkan nasehat dan penyampaian ilmu dengan niat menjalankan perintah Allah SWT dan kerana menuntut ilmu itu wajib hukumnya, maka dia akan mendapatkan kebaikan tersendiri.
25. Ketika keluar, dia melangkah dengan kaki kirinya. Satu lagi tambahan pahala akan didapatnya.
26. Ketika pulang, dia mengambil jalan lain yang tidak sama dengan jalan yang dilalui semasa pergi ke masjid.
Ini adalah sunnah Rasulullah SAW yang tentu mendatangkan pahala tersendiri.
27. Setiap langkah kaki saat pulang dari masjid, maka dia akan mendapatkan pahala lain tersendiri.
27 Keutamaan solat di Masjid. Tentu ini hanya sebagian kecil dari keutamaan solat berjemaah di masjid.