fm

Sabtu, Jun 05, 2010

Dapatkan 5 Melalui 5

1. Solat Dhuha 

Rezeki murah dan keberkatan akan diperolehi melalui solat Dhuha.

2. Solat Tahajjud

Cahaya dalam kubur melalui solat Tahajjud.

 3. Membaca Al-Qur’an

Kemudahan dalam menjawab pertanyaan Mungkar & Nangkir melalui membaca Al-Qur’an.

4. Sedekah

Kemudahan melintasi Siratal Mustaqim melalui Puasa & Sedekah.

5. Zikir

Mendapat perlindungan ARSY ILAHI pada hari HISAB melalui Zikrullah.

Ada Berani???

Apa macam, ada berani ke duduk atas pak belang ni? Selambe je budak tu lepak atas die. Budak-budak ni releks je takkan la korang tak berani. Aku? Mane rimau tu, meh sini aku sekeh-sekeh kepale tu! Huhu....

Jumaat, Jun 04, 2010

Cinta Dan Waktu

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. Cinta sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki Cinta. 

Tak lama kemudian Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu. "Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!" teriak Cinta. "Aduh! Maaf, Cinta!" kata Kekayaan, "perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. 

Cinta sedih sekali, namun kemudian dilihatnya Kegembiraan muncul dengan perahunya. "Kegembiraan! Tolong aku!", teriak Cinta. Namun Kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta. Air semakin tinggi membasahi Cinta hingga ke pinggang dan Cinta semakin panik. 

Tak lama kemudian muncullah Kecantikan. "Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!", teriak Cinta. "Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut Kecantikan. Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis teresak-esak. 

Saat itu muncullah Kesedihan. "Oh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata Cinta. "Maaf, Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja..." kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya. Cinta putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. 

Pada saat itulah tiba-tiba dia terdengar suara, "Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!" Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. 

Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah Cinta sedar bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang menyelamatkannya itu. Cinta segera menanyakannya kepada seorang penduduk di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. 

"Oh, orang tua itu? Dia adalah Waktu." kata orang itu. "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenaliku pun enggan menolongku" tanya Cinta kehairanan. "Sebab…" kata orang itu, " sesungguhnya hanya Waktulah yang tahu berapa nilai dari Cinta itu ..." 

Sajak: Dia Yang Kukenali Semalam

(Klik untuk besarkan gambar)

Rabu, Jun 02, 2010

Jom Boikot!!! Please!!!

(Klik untuk besarkan gambar)

Usah cakap banyak lagi! Usah beri alasan lagi! Usah pentingkan diri sendiri!
Umat Islam wajib berjihad dan salah satunya dengan memboikot produk -produk Yahudi Laknatullah. Membelinya bererti kitalah yang menyumbangkan peluru dan bom untuk umat Islam khususnya di Palestin. Dengan duit itulah yang akan menghancurkan kita kelak. 
Kita mesti bertindak dari sekarang.
Allahu Akbar!!!

p/s: Atas nama Allah saya merayu kepada semua, sokonglah kempen boikot ini dan harapkanlah redha Allah serta  pembalasannya di akhirat kelak.

Selasa, Jun 01, 2010

Boikot Israel


Boikot Israel

1. Hentikan penaklukan dan keganasan Israel ke atas tanah Palestin.
2. Hentikan projek penempatan dan perumahan Israel.
3. Bebaskan Gaza dari sekatan.
4. Boikot produk yang memberi sokongan kewangan kepada Israel.
5. Membantah segala bentuk kekejaman, penindasan, permusuhan, perlanggaran, perampasan, pencerobohan, pengkhianatan, pengusiran dan penafian hak.
6. Israel tiada hak di tanah Palestin.